Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak update blog. Hari ini, Allah bagi saya masa untuk menaip sesuatu.

Berkaitan ceramah motivasi "Insan Mulia, Insan Berjaya" di MRSM Merbok pada 7 April 2012 yang lepas.

Masa yang diberikan kepada saya 2 jam untuk sessi ceramah dan 30 minit untuk sessi soal jawab.

Memang dari awal, saya sudah menjangkakan tempoh masa 2 jam yang diberikan kepada saya terlalu panjang. Saya menjangkakan akan ada 2 masalah. Yang pertama, saya akan keletihan bercakap selama 2 jam tanpa henti. Yang kedua, para pelajar akan rasa 'boring' mendengar terlalu lama.

Memandangkan pihak pengurusan sana meminta saya berceramah selama 2 jam juga. Saya bersetuju dengan permintaan mereka.

Para pelajar lelaki yang sedang mendengar ceramah

Saya sedang menceritakan Sifat Sifat Pelajar Cemerlang

Bakal pemimpin negara masa hadapan. Semoga mereka semua berjaya

Seramai 217 pelajar yang mendengar ceramah saya pada pagi itu. Semuanya pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM Disember ini.

Pelajar perempuan yang sedang mendengar dan mencatit apa yang saya sampaikan.
.
Selepas habis sessi ceramah. Para pelajar berehat untuk minum. Dan kemudian disambung dengan sessi soal jawab.

Secara keseluruhannya, saya masih kurang berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan.

1) Saya rasa terlalu lama. Energy level saya berkurang pada 30 minit yang terakhir. Saya sendiri dah keletihan.

2) Masa 2 jam yang diberikan 'memaksa' saya bercakap pelbagai topik. Yang mana saya rasa terlalu banyak yang saya sampaikan. Saya sendiri tak tahu sama ada mereka dapat atau tak apa yang saya sampaikan.

Selang beberapa hari, saya menghubungi Cikgu Siti Zabedah. Bekas Guru Prinsip Akaun saya di MRSM Taiping dulu yang kini mengajar di MRSM Merbok.

Beliau meminta saya datang sekali lagi ke MRSM Merbok untuk memberi ceramah yang sama kepada pelajar Tingkatan 4. Beliau mendapat feedback yang positif daripada para pelajar Tingkatan 5 yang mendengar ceramah saya hari itu.

Insya Allah.

Semoga Allah memberi kelapangan kepada saya dari segi masa.

Semoga Allah membantu.

Semoga jika ada diantara para pelajar di MRSM Merbok yang mendengar ceramah saya, dan mengamalkan sedikit ilmu yang saya sampaikan hari itu. Saya berasa sungguh gembira. Semoga ia menjadi bekalan saya di sana nanti.

Wassalam

* Kalau ada adik adik Form 5, MRSM Merbok yang terbaca blog ini. Abang minta adik bagi sedikit 'komen membina' untuk Abang perbaiki lagi Ceramah Motivasi yang disampaikan hari itu.

2 comments:

  1. Assalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah disamping keluarga tersayang.

    semuga ceramah yang di beri kepada anak anak remaja mendapat manafaat dan dapat mereka praktikan tips dan sebagainya yang tuan haji sampaikan. Semuga Allah bukakan hati hati mereka agar menjadi insan yang bertaqwa.

    semuga Allah beri ilham kepada tuan haji mempertingkatkan gaya cara ceramah yang di beri.

    Tahniah dan terima kasih kerana sudi share dengan kita warga MFUAD.

    AJ

    ReplyDelete
  2. Great job.. Well done!! Kena selalu bagi lecture Insya-Allah akan biasa dengan 2 jam yg diberikan.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top