Assalamualaikum,

Selepas mencapai persetujuan antara saya dan owner berdasarkan sebut harga yang saya beri, owner mula membayar first payment sebanyak 40% kepada saya.


"Abang, abang jangan takut bila abang bagi duit sebanyak ni kepada saya. Insya Allah, saya akan cuba buat yang terbaik untuk abang. Sebenarnya, sekarang ni saya tengah takut. Saya takut kalau saya tak amanah dengan duit yang abang berikan kepada saya ni. Maksud saya, saya takut kalau saya tak buat untuk abang seperti mana yang saya janji dalam kontrak ni. Di akhirat esok, Allah akan tanya saya kalau saya buat tak ikut perjanjian dengan abang", saya memberitahu kepada Abang Agus.

Sebenarnya, saya memang takut.

Sebagai kontraktor, banyak ruang untuk saya 'menipu'. Saya boleh memberikan kepada tuan reban barang yang kurang kualiti tanpa diketahui oleh tuan reban. Tapi saya tak mahu buat begitu. Saya takut, di akhirat nanti Allah akan mencampakkan saya ke dalam api neraka sekiranya saya menipu secara halus ni.

Saya berjanji dengan Abang Agus dan Kak Faz, "Saya janji dengan abang, saya akan guna barang yang baik untuk reban abang dan kakak. Dan saya akan buat reban sepertimana saya buat reban ayam saya sendiri. Kalau saya tak mahu orang lain guna barang yang tak elok untuk reban saya, saya pun tak mahu guna bahan yang tak elok untuk reban abang."

Itu komitmen saya kepada mereka. Dan itu janji saya kepada Allah.

Dan sekiranya ada sedikit terkurang yang saya lakukan berbanding apa yang saya janjikan, saya akan gantikan dengan benda lain untuk reban itu lebih dari yang sepatutnya.

Tugas saya bermula sekarang.

Saya berdoa dalam solat saya, "Ya Allah, permudahkanlah aku untuk mencari barang barang untuk membina reban ini. Doronglah hatiku untuk pergi beli di kedai yang boleh menawarkan harga yang terbaik untukku. Jauhilah aku daripada ditipu oleh orang lain dalam proses pembinaan reban ini. Bantulah aku ya Allah"

Ini penting. Saya mahu segala tindakan saya dibantu dan didorong oleh Allah.

Saya mula membuat pencarian barang barang di hardware hardware sekitar Kuala Kangsar, Taiping dan Parit Buntar.

Setelah membuat semakan hampir di 7 hardware, saya membeli barang yang diperlukan untuk membina reban ayam.

Syukur Allah permudahkan.

Spesifikasi untuk reban ayam ini adalah 360' x 50' x setingkat. Menggunakan tiang konkrit dan kuda kuda besi. Dan menggunakan atap Aloi Zink.

Setelah ditempah dan membuat bayaran, satu persatu barang mula sampai ke tapak reban di Kuala Kangsar.
Mula mula, tiang konkrit dan bata yang sampai dulu
Kayu 2"x4", kayu 2"x1" dan beberapa saiz lagi
Simen
Bata
Zink
Lori yang agak besar masuk ke tapak. Agak sukar untuk lori ini bergerak di tapak reban dengan kawasan yang terhad.
Proses menurunkan zink bermula.
Proses menurunkan C Channel. Bukan mudah untuk turunkan dalam kuantiti yang banyak ni
Tapak Reban yang sudah tersedia
Kerja kerja membuat empat segi tapak reban bermula.Kerja ini sebenarnya mudah. Tapi, apabila saya nak buat empat segi tepat untuk kawasan seluas 360' panjang dan 50' lebar. Ia bukan mudah. Saya mengambil masa seharian untuk selesaikan masalah ini. Malangnya ia tidak semudah yang di sangka.


Satu hari kerja saya berlalu.Dan kerja masih tidak selesai. Saya masih tidak dapat 4 segi tepat seperti yang saya perlukan. Step ini amat penting, kalau saya tersalah buat empat segi ni, reban saya nanti akan senget. Dan segala kerja kerja selepas ini akan jadi susah.

Pulang ke rumah, di sebelah malam. Saya menunaikan solat Hajat. Dan seawal jam 5 pagi, saya bangun sekali lagi menunaikan solat Tahjud dan Solat Hajat.

Saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, aku ada masalah sekarang ini ya Allah. Dah seharian aku cuba buat 4 segi di reban tu, tapi tak dapat ya Allah. Aku mohon kepada Mu, Kau bantulah aku ya Allah."

Keesokkan harinya, saya pergi ke tapak reban itu. Sepanjang perjalanan. Saya berdoa dan berselawat kepada Rasulullah. Berniat di dalam hati. "Ya Allah, permudahkan urusan ku hari ni. Bantulah aku hari ini"

Saya mulakan kerja saya di reban dengan  menunaikan Solat Sunat Dhuha. Berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah. Menjelang tengah hari, segala kerja saya untuk buat 4 segi di reban selesai.

Saya sujud syukur kepada Allah.

Maka, kerja kerja lain boleh diteruskan setelah masalah 4 segi ni diselesaikan.

Pekerja mengangkat tiang ke tapak reban.
Tiang tiang disusun sebelum dinaikkan.
Alhamdulillah. Masalah awal saya dapat diselesaikan. Semoga Allah terus mempermudahkan urusan saya selepas ini.

Amin.

Wassalam

5 ulasan:

  1. Assalam,

    Semuga di rahmati Allah.

    Tahniah tuan haji.

    Semuga di permudahkan Allah.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan Firdaus,

    Sy tlah lma mngikuti blog ini,alhamdulillah byk bnde dpt dplajari..

    teruskan dgn usaha tuan,smuge berjaya..

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Wah2, patutlah lama senyap je. RUp2nya ada orang nak ternak ayam pula ya. Hehe

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tn Haji,

    Tahniah. semuga Allah permudahkan dan besarkan lagi rezeki tuan hj. Tajuk blog ni kena tukar ke Kontraktor Reban Ayam.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tn haji. Moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top