Assalamualaikum,

Tak disangka sangka. Guru saya di MRSM Taiping dahulu pergi menunaikan haji bersama saya. Satu pakej dengan saya iaitu Zahafiz.

Syukur Alhamdulillah. Ada juga kawan di sana.

Tuan Haji Khairul Anuar Bin Dato' Haji Shafie. Guru saya di MRSM Taiping dulu.

Selain Tuan Haji Khairul, saya juga tidak menyangka bersama saya dalam jemaah Zahafiz adalah Tuan Haji Azlan dan Tuan Haji Kamal. Kedua dua mereka adalah penternak ayam. Tuan Haji Azlan di Bukit Gantang dan Tuan Haji Kamal di Sungai Siput.

Semasa di Mekah, saya ada juga meng'update' gambar gambar kami di Mekah di Facebook. Melalui Facebook, saya dapat tahu kawan saya di Sheffield dahulu, Profesor Zaidi turut menunaikan haji bersama isterinya.

Maria meminta nombor telefon Kak Amnah dan kami bertemu di Restauran Felda di Safwah Tower.
Di sinilah terdapatnya Restauran Malaysia. Di Safwah Tower tingkat 3. Berhadapan pintu No 1. Pintu King Abdul Aziz.

Kami makan Nasi Beriayani Ayam. Saya yang baru selesai menunaikan Umrah. Bersama Prof Zaidi dan Kak Amnah. Kawan baik kami semasa di Sheffield dahulu. Setelah hampir 9 tahun tidak bertemu Prof Zaidi, tak sangka bertemu kembali di Mekah. Allah jua yang menemukan kami. Alhamdulillah.

Maria dan Kak Amnah yang kelihatan muda walaupun dah beranak 5.

Semasa berjumpa mereka, saya bertanya siapa lagi kawan kawan yang pergi menunaikan haji. Prof Zaidi menceritakan yang Prof Hamdi dan Haji Mesari juga turut menunaikan haji pada tahun ini. Namun, saya tidak berkesempatan bertemu dengan mereka.

Selain itu, Prof Zaidi juga menceritakan kawan saya Haji Azwan turut pergi menunaikan haji tahun ini. Sungguh saya tak sangka. Azwan ni kawan baik saya. Saya tak tahu dia pergi menunaikan haji tahun ini. Ini kerana dia pun dapat 'call last minute' dari Tabung Haji.

Prof Zaidi memberi nombor telefon Haji Azwan dan terus saya berhubung dengan Haji Azwan.

Keesokannya, kami menunaikan Umrah bersama.

Alhamdulillah. Bertemu dengan kawan baik di sana. Tuan Haji Azwan.

Sebenarnya, saya dah dua kali terserempak dengan Azwan ketika di Arafah dan Mina. Namun, saya tak tahu yang Azwan datang menunaikan haji tahun ini. Dan saya tak berani tegur, takut salah orang.

Sehinggakan terdetik dihati saya, saya nak ambil gambar dengan orang yang wajahnya 'sebijik macam Azwan'. Saya nak tunjukkan kepada Azwan bila balik Malaysia nanti yang dia ada kembar seiras di dunia ni.

Tak sangka orang yang saya terserempak dua kali itulah Azwan. Masya Allah.

Saya ada memberi nombor telefon Prof Kamil kepada Azwan. Dan dia turut menghubungi Prof Kamil ketika berada di Madinah. 'Cemburunya' saya lihat Azwan dapat bertandang ke rumah Prof Kamil.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Dunia yang luas ini kecil sebenarnya. Ikan dilaut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top