Assalamualaikum,

JUMLAH KUTIPAN TERKINI : 27 MAC 2012. JAM 8:48AM ADALAH RM1980.

Alhamdulillah. Hari pertama pelancaran sumbangan dana untuk membawa Ustazah Arbakyah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembaca di blog saya.

Syukur Alhamdulillah.


Jika ditambah, jumlahnya sekarang RM1180.

Sekadar perkongsian dengan para pembaca, saya tertarik dengan dua penyumbang. Iaitu yang menyumbang RM20 dan RM30.

Bagi saya, jumlah bukan suatu ukuran. Namun, saya kagum kerana walaupun sedikit, tetapi mereka masih mahu menyumbang. Ia kecil. Tetapi, amat signifikan.

Signifikan di dunia dan signifikan di akhirat.

Di dunia, dia dapat melatih dirinya agar selalu menderma walaupun dalam kuantiti yang kecil. Sesuatu yang kecil dan sedikit tetapi jika ia dilakukan secara berterusan adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang menderma banyak sekali tetapi lepas tu terus sepi.

Di akhirat. Usah dikenang. Setiap satu yang disumbangkan akan digandakan sebanyak 700 kali ganda.

"Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya. Jika tidak dia pada waktu itu akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang orang yang soleh" Al Munafiqun Ayat 10.

Sebelum tiba ajal maut kepada kita. Sebelum kita menyesal kerana kurang bersedekah. Ayuh kita lakukan sekarang. Semoga ia menjadi bekalan buat kita di sana.

Dan ingatlah janji Allah. Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Anda hanya akan merasa kemanisan bersedekah apabila anda rajin bersedekah. Ayuh kita lakukan.

Wassalam.

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..seronoknya tgk nilai tu dah dpt seribu lebih...kejap je..Syukur...terima kasih beri peluang pada kami sama2 berkongsi wpun sedikit tp insyaAllah signifikan!lain kali buat lagi yer Haji! =)

    Btw, ada request, teringin nak tgk muka Ustazah Arbakyah...insan terpilih yang dipilih Allah untuk membuka mata hati kita untuk menderma tu..Subhanallah...kalo ada peluang, post la kat sini yer Tn Haji!Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Hmm.. nanti saya usahakan untuk ambil gambar ustazah.

    Nak ambil gambar dia rasa segan la pulak.

    Tapi, boleh. Sebab dia selalu datang ke rumah sy main dengan anak sy.

    Terima kasih kepada yang menderma.

    BalasPadam
  3. Assalam,

    semuga di rahmati Allah disamping keluarga tersayang.

    Ada closing date? Mesti ada mereka yang bukan dari Malaysia ingin turut menyumbang.

    Jazakaullah

    BalasPadam
  4. InsyaAllah saya akan bankinkan RM50

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ... hj firdaus dan muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekelian ... moga diluaskan Allah laluan untuk utzh arbakyah ,amin... terharu dgn usaha hj firdaus, semoga allah memberkati usahanya membuka jalan utk utzh menjadi tetamu Allah. hj firdaus.. sy baru masukkan rm200 td, itu kadar yg sy mampu buat masa ini..

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam,

    Kutipan akan dihentikan apabila jumlah RM4500 berjaya dikumpul ataupun tarikh keberangkatan Ustazah tiba iaitu pada 27 April 2012.

    Jika ada kekurangan, saya akan tambah kekurangan itu.

    Sama sama kita usahakan.

    Wassalam

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top