Assalamualaikum,

Selepas kami habis menunaikan kerja kerja haji, pihak Zahafiz telah menganjurkan Program Rehlah Hudaibiah Kesyukuran & Tahlil.

Programnya adalah berkelah di Padang Pasir sambil makan kambing panggang dan nasi beriyani.

Tujuannya adalah bagi meraikan kejayaan para jemaah yang sudah selesai menunaikan Fardhu Haji dan membuat tahlil untuk ahli keluarga para jemaah yang sudah meninggal dunia. Disamping Datuk ingin membuat sumbangan kepada anak anak yatim di Saudi.

Iklan dilekatkan di pintu lif bagi memudahkan para jemaah mendapat maklumat terkini mengenai program yang diatur oleh pihak Zahafiz

Saya dan Maria yang menaiki bas

Jemaah lelaki yang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Maghrib

Para jemaah wanita yang mengambil tempat

Anak anak yatim yang sedang dalam proses menghafal Al Quran yang bakal menerima duit sumbangan daripada Datuk

Para jemaah menanti waktu Maghrib

Selesai solat Maghrib diadakan sedikit Tahlil. Kemudian Datuk menyampaikan sumbangan kepada anak anak yatim tadi. Inilah yang dikatakan Datuk Zainal. Sumbangan derma menjadi kelaziman dalam hidup beliau. Beliau sentiasa mencari ruang untuk memberi sumbangan. Alhamdulilah. Kalau ada 100,000 orang Islam macam ni di Malaysia. Tak miskin orang Islam rasanya.

Selepas itu, pihak Zahafiz telah memberi hadiah kepada para jemaah mengikut kategori tertentu. Antaranya yang tarikh lahir mereka yang disambut ketika di Tanah Suci, mereka yang berjaya Khatam Al Quran di Tanah Suci, jemaah paling romantis, jemaah paling tua, jemaah prihatin, jemaah yang buat Haji Ifrad dan pelbagai kategori lagi.

Sumbangan kepad Haji dari Batu Kurau ini. Beliau berjaya khatam Al Quran sebanyak 3 kali sepanjang berada di bumi Mekak dan Madinah

Saya mendapat hadiah Jemaah Prihatin. Kerana menjaga Pak Cik Tajudin ketika di Madinah dan Mekah.

Para jemaah sedang menyaksikan pemberian hadiah kepada para jemaah yang terpilih

Lauk yang dihidangkan. Kambing panggang. Ayam panggang. Nasi beriyani dan sayur. Maria dapat hadiah birthday kerana sambut hari lahir di sana.

Maria dan Mak bergambar sebelum pulang ke hotel selepas selesai menunaikan solat Isyak

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Zahafiz kerana menganjurkan program sebegini. Walaupun program ni sebenarnya tak termasuk dalam pakej yang ditawarkan kepada kami. Datuk mahu kami merasai pengalaman berkelah di padang pasir di Saudi. Terima kasih sekali lagi.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top