Assalamualaikum,

Sebelum saya menceritakan pengalaman saya menunaikan haji baru baru ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai Rukun Haji dan Wajib Haji.

Bagi saya, perkara ini amat penting bagi memastikan haji kita sah dan diterima Allah.

Apabila anda betul betul faham mengenai Rukun Haji dan Wajib Haji ini, ia akan memudahkan anda memahami apa yang saya lakukan semasa menunaikan haji.

Bagi mereka yang belum menunaikan haji, saya yakin dan teramat pasti anda masih kurang jelas akan perjalanan haji. Ini kerana saya juga mengalami perkara yang sama sebelum ini. Saya hanya tahu asas asas haji ini setelah 'berkursus' dengan sahabat saya yang sudah pun 7 kali menunaikan haji.

Insya Allah, saya akan cuba untuk menceritakan kepada para pembaca seringkas mungkin agar mudah untuk anda faham.

RUKUN HAJI

Bahasa mudah untuk Rukun Haji ini adalah, perkara yang wajib kita lakukan. Jika tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak, maka HAJINYA TIDAK SAH. Rukun-rukun haji ini adalah:

1) Niat
2) Wuquf
3) Tawaf
4) Saie
5) Bertahlul (Bercukur/Bergunting )
6) Tertib pada kebanyakan rukun

* Tertib pada kebanyakan rukun inilah yang menyebabkan ramai orang pening. Anda betul betul perlu faham. Kerana rukun ini perlu dilakukan secara 'TERTIB'. Namun ia boleh dilakukan tidak mengikut turutan. Kerana 'TERTIB' haji ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

WAJIB HAJI

Wajib haji adalah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak dilakukan salah satu daripada perkara WAJIB HAJI, hajinya masih sah namun perlu dibayar dam. Jika ditinggalkan secara sengaja, ia berdosa namun haji masih sah.

Wajib-wajib haji adalah:

1) Berniat ihram di miqat
2) Meninggalkan larangan ihram
3) Mabit di Muzdalifah
4) Melontar di Jamratul Kubra
5) Mabit di Mina
6) Melontar anak batu di ketiga tiga Jamrah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, Jamratul Kubra)

Yang akan memeningkan lagi kepala anda adalah untuk menggabungkan Rukun Haji dan Wajib Haji. Dan ia dilakukan secara TERTIB. Dan mengikut masa yang ditetapkan.

Dan ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Namun, setiap cara itu perlu dilakukan mengikut tertibnya.

Perjalanan haji ini hanya mengambil masa sekitar 4-5 hari untuk diselesaikan sepenuhnya semua Rukun dan Wajib Haji.

Jika anda sudah pening kepala, mari saya mudahkan perjalanan haji ini dalam bentuk carta. Anda akan dapat lihat haji boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Dan anda boleh faham bagaimana untuk menggabungkan Rukun Haji dan Wajib Haji mengikut kesesuaian anda.

Carta aliran dibawah ini hanya menunjukkan cara bagi mengerjakan Haji Tamattuk Sahaja. Perjalanan Haji Ifrad dan Haji Qiran sedikit berbeza. Insya Allah akan saya terangkan secara ringkasa dalam entri yang lain.

Cara Pertama: Kebanyakan Jemaah Malaysia membuat cara ini. Terutama bagi mereka yang uzur atau sedikit berumur.

Cara Kedua: Dalam kes ini, jemaah perlu berjalan kaki dari Mina - Jamrah - Masjidil Haram - Mina. Berjalan kaki sejauh 15km dalam satu hari. Hanya jemaah muda dan sihat sahaja boleh melakukan cara ini kerana ia memerlukan fizikal yang kuat.

Cara Ketiga: Tak ramai jemaah yang boleh melakukan cara ini. Ini kerana mereka perlu bergerak dari Muzdalifah ke Mekah menggunakan pengangkutan sendiri. Bukan mudah mencari 'transport' dari Muzdalifah ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf.

Cara Keempat: Cara ini juga agak kurang popular dikalangan jemaah haji Malaysia. Ini kerana bukan mudah untuk mencari pengangkutan dari Arafah ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah Tawaf. Kemudian perlu ke Muzdalifah pula untuk bermabit di sana.

Jika anda pening dan sukar faham kesemua cara ini, cukuplah jika anda fahamkan perjalanan Cara Pertama dan Cara Kedua sahaja. Ini yang lebih popular dan praktikal untuk kita semua.

Semoga penceritaan saya yang ringkas ini memudahkan anda faham serba sedikit perjalanan haji.

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

3 ulasan:

  1. Arghhh!!! Pening kepala...

    BalasPadam
  2. salam firdaus sefamili.kpd anon.mula memang susah nak faham...tapi jika tiap tahun( beberapa tahun) ikuti kuliah kursus haji lama-lama insyallah boleh faham.

    BalasPadam
  3. Assalam,

    Alhamdulillah! Terima kasih membuat penjelasan atas rukun dan wajib haji di blog ini.

    Semuga tuan haji dan keluarga diredhai Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top