Assalamualaikum,

Saya pergi menunaikan haji pada 6 Oktober 2011. Kalau hendak dikategorikan, saya termasuk dalam golongan yang pergi dalam Penerbangan Awal. Saya di KT21.

Saya tiba di Madinah dahulu sebelum ke Mekah.

Apa yang ingin saya ceritakan pada kali ini adalah mengenai keadaan jemaah haji yang semakin hari semakin ramai tiba di Masjidil Haram. Dari segi pengalaman para jemaah haji, setiap orang akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Bergantung bila mereka pergi. Mereka yang pergi dengan penerbangan awal tidak sama dengan mereka yang pergi dengan penerbangan akhir.

Saya dan ahli jemaah dari kumpulan KT21 tiba awal di Mekah. Pada hari hari pertama kami tiba di Mekah, saya dapati keadaan di Masjidil Haram masih kurang sesak. Nak dikatakan lengang, tak juga. Ini kerana sudah ramai jemaah yang tiba lebih awal dari kami di Masjidil Haram ini.

Pada peringkat awal saya tiba di Masjidil Haram, keadaan masih lengang seperti ini.

Di dataran Kaabah juga tidak terlalu sesak pada hari hari pertama saya di Mekah

Para peringkat awal, saya tidak menghadapi banyak masalah. Agak mudah untuk melakukan tawaf sunat. Agak mudah untuk mendapat tempat bersolat di dataran Kaabah. Segala galanya agak mudah kerana para jemaah haji masih ramai yang belum tiba di Mekah.

Jika saya hendak melakukan Umrah Sunat. Ia agak mudah. Tidak sukar untuk ke Tanaim. Tidak sukar untuk tawaf. Tidak sukar untuk saie. Masih banyak ruang ruang terdapat di Masjidil Haram.

Namun, setiap hari berlalu saya dapat merasai penambahan jemaah di Masjidil Haram. Kalau hendak di anggarkan, setiap hari penambahan sekitar 50000 - 80,000 jemaah baru tiba di Masjidil Haram.

Semakin tiba hari untuk melakukan ibadah haji, jemaah semakin memenuhi Masjidil Haram. Dan saya semakin terasa kesesakan di masjid ini sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Pada waktu ini, kami para jemaah sudah sukar untuk melakukan tawaf sunat. Sudah sukar untuk mendapat tempat di dataran Kaabah. Semakin sukar untuk melakukan umrah sunat.

Pada waktu ini, saya sendiri sukar untuk mendapat tempat untuk berdoa di Multazam. Apa yang dapat saya perhatikan adalah para jemaah semakin berebut untuk melakukan yang terbaik.

Bukan sahaja di tingkat bawah yang penuh. Ini gambar di tingkat atas masjid. Tempat yang tidak berbumbung. Namun, disini pun kawasan dipenuhi dengan jemaah. Agak sukar untuk saya mencari tempat untuk bersolat di sini.

Kesesakan di tingkat atas turut berlaku apabila semakin hampir dengan hari Wukuf. Padawaktu ini, hampir 3 juta orang sudah memenuhi Mekah dan tertumpu di Masjidil Haram.

Bagi mengatasi masalah kesesakan ini, saya terpaksa memikirkan cara bagaimana saya mahu melakukan yang terbaik untuk saya. Saya terpaksa keluar lebih awal dari hotel untuk ke Masjid. Pendek kata, jika saya mahu bersolat di dataran. Saya perlu ke masjid lebih awal dari mereka yang datang awal.

Saya sangkakan pada waktu ini, orang sudah ramai di Masjid. Rupa rupanya, masih belum cukup ramai. Waktu kemuncak yang paling ramai di Masjidil Haram adalah pada 10-12 Zulhijjah. Saya akan tunjukkan gambar keadaan padat yang teramat sangat dalam entri entri selepas ini.

Gambar orang ramai mula keluar dari Masjid selepas solat Isyak. Anda kata ini ramai? Tunggu, saya akan tunjukkan nanti gambar yang lebih sesak dan padat berbanding gambar ini.

Kesesakan ditempat Saie menjelang hari wukuf.

Kesesakan di bahagian masjid bawah tanah

Kesesakan di dataran Kaabah sehingga perlu dikawal oleh pihak polis.

Mereka yang bertawaf sunat sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Pada waktu ini, tawaf 7 pusingan pasti dan pasti mengambil masa lebih dari 1 jam.
.
Inilah kesesakan yang terpaksa dihadapi oleh para jemaah di Masjidil Haram seminggu sebelum hari Wukuf.

Semoga para pembaca mendapat sedikit gambaran mengenai keadaan di Masjidil Haram sekitar seminggu sebelum hari wukuf. Semoga sedikit ilmu ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua.

Wassalam

5 ulasan:

  1. Assalam,

    Masya Allah!

    Jemputlah kami ke rumah MU, ya Allah. Kami rindu untuk ke rumah MU. Perkenankan lah.

    Semuga tuan hari dan keluarga diredhai Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Akak dan suami pun jemaah pd musim 1432H tp kami pergi dgn Gemilang KT84. Sememangnya penuh sesak pd hari kami sampai ke Mekah pd 28 Okt 2011. Maka kami perlu lakukan tawaf qudum. MasyaAllah, ikutkan rasa takut melihat manusia yg ramai tp berdoa tk henti kpd Yang Maha Esa supaya mudahkan segala urusan ketika di sana. alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam,

    Ya Allah, ku mohon kepada Mu, Kau jemputlah AJ ke rumah Mu. Agar rindu dihati untuk melihat rumah Mu itu terubat.

    Kak Yati, terima kasih kerana beri komen di sini. Pada pandangan saya, Kakak di KT84 yang merupakan antara penerbangan terakhir pasti terkejut melihat orang yang begitu ramai apabila tiba di Masjidil Haram. Kakak tiba sekitar 5-6 hari sebelum hari wukuf. Pasti dan pasti orang sudah pun ramai tiba di Mekah pada waktu itu.

    Saya sendiri tak dapat nak gambarkan betapa ramai orang yang melakukan tawaf pada waktu itu. Sehingga saya sendiri pun terpaksa 'stop' buat umrah sunat pada waktu itu.

    Dan tawaf sunat saya juga agak terhad pada waktu itu. Memang orang terlalu ramai di dataran Kaabah. Setiap 7 pusingan tawaf mengambil masa sekitar 1 jam - 1 jam setengah untuk diselesaikan sepenuhnya.

    Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kak jua.

    Wassalam

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Salam sejahtera.

    Amin amin amin. Terima kasih atas doa ini.

    Semuga Allah beri taufiq dan hidayah kepada tuan haji dan keluarga.

    Jazakaullahukhairan kathira'

    AJ

    BalasPadam
  5. syukran hj firdaus ...izinkan sy promot blog tuan sebagai rujukan anak2 murid sy memahami bab haji

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top