Assalamualaikum,

"Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah itu kerana Allah Taala".

Allah memerintahkan kita seluruh ummat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan. Dan perintah Allah ini disahut oleh seluruh Ummat islam di seluruh dunia.

Setiap negara Islam akan diberikan kuota untuk menunaikan haji mengikut bilangan umat Islam di negara itu. Kebiasaannya, Arab Saudi akan memberikan sekitar 0.1% daripada populasi umat Islam di sesebuah negara itu setiap tahun. Dan ia boleh ditambah dan dikurangkan mengikut keadaan semasa.

Setiap tahun, sejumlah 3 juta Umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji. Dan angka ini akan mencecah 5-6 juta orang sekiranya pada tahun itu Haji Akbar. Iaitu, Wukuf pada hari Jumaat. 3 juta orang bukan sedikit.

Sebagai gambaran, ayuh kita sama sama saksikan gambar gambar ini.

Ketibaan para jemaah di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah. Bagi mereka yang tiba ke Mekah melalui Jeddah.

Popularnya bahasa Melayu dan Indonesia sehingga iklan pun ada ditulis dalam bahasa ini.

Jemaah Haji Ghana

Jemaah Haji Thailand

Jemaah Haji Kazahkhstan

Jemaah Haji Kyrgyzstan

Bas Jemaah Haji USA

Jemaah Haji British

Cuba teka, jemaah dari negara mana?

Jemaah Haji Magribi

Jemaah Haji Tunisia

Aduh. Tak tahu saya dari mana mereka ini?

Jemaah Haji Jordan

Jemaah Haji Pakistan

Jemaah Haji Afghanistan

Mungkinkah mereka ini jemaah Haji dari Sepanyol

Sudah pasti dari Indonesia

Jemaah Haji Thailand

Kalau tak salah dari Papa New Guine

Saya pun tak tahu segerombolan jemaah wanita ini dari mana.

Pernahkah anda mendengar Negara Burundi

Jemaah Iran

Jemaah Haji Lebnon

Jemaah Haji Pakistan

Jemaah Haji Jepun

Jemaah Haji Thailand

Dan yang terakhir. Jemaah Haji dari Malaysia.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa mengerjakan haji semata-mata kerana Allah, tidak berkata keji dan tidak melakukan perbuatan jahat, orang itu (bersih) kembali seperti ia baru dilahirkan ibunya (tidak berdosa)."

Semoga kami semua para jemaah Haji yang baru pulang menunaikan haji pada tahun lepas semuanya memperoleh haji yang Mabrur dan diampunkan segala dosa. Semoga kami semua kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya.

Amin.

Wassalam

4 comments:

  1. Assalam,

    Amin amin atas doa tuan haji.

    Masya Allah! Ramai nya dari berbilang bangsa dan negeri! Seronok tengok gambar gambar yang di paparkan.

    Semuga tuan haji dan keluarga dan semua warga MFUAD dirahmati Allah.

    Syukran jazilan

    AJ

    ReplyDelete
  2. salam firdaus sefamili, dah part 61...teruskan usaha entri beikutnya..bila nak bab ke arafah?

    ReplyDelete
  3. Bendera yang ada tulis Al-Urdun tu Jordan Haji..Bukan Iran...Wassalam..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1) Kak Roha, nak dicepatkan perjalanan haji ker? Sabar yer. Tak lama dah. 2-3 hari lagi saya akan ceritakan perjalanan haji saya. Insya Allah.

    2) Terima kasih kepada yang menegur. Sudah saya ubah kepada Jordan.

    Wassalam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top