Assalamualaikum,

Beberapa hari sebelum kami menunaikan Haji, dikesempatan ruang dan waktu yang ada pihak Zahafiz telah membuat ziarah luar sekitar kawasan Mekah. Ini kali ketiga kami dibawa menziarahi kawasan kawasan menarik sekitar Mekah.

Untuk ziarah kali ini, antara tempat menarik yang akan dibawa adalah lawatan ke ladang unta, kemudian ke Masjid Hudaibiyah di mana Perjanjian Hudaibiyah dibuat. Seterusnya kami di bawa ke Muzium Dua Masjid dimana semua peralatan-peralatan yang pernah digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat di Muzium ni.

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program ziarah tambahan ni.

1) LADANG UNTA

Kami para jemaah diberi penerangan oleh Mutawif yang bertugas.

Kalau di Malaysia ada lembu dan kambing di atas jalan. Di Mekah ada unta melintas. AWAS. UNTA MELINTAS.

Tempat ziarah kami yang pertama adalah Ladang Unta. Sangkaan saya, ladang unta ada bumbung, rupa-rupanya, ladang unta ini terbuka. Memang unta ini duduk di tempat panas. Hairan bin ajaib, unta boleh duduk atas pasir yg panas sedangkan kami nak pijak pasir panas tu pun tak boleh. Allah Maha Berkuasa...

Saya dan Maria bergambar di ladang unta

Untung tauke unta hari itu. Sebab ramai jemaah kami yang beli susu unta daripada dia. Satu botol kecil dalam 300ml harga SR5.

Hari ini, anak-anak unta kena la berpuasa sebab susu ibu unta habis kena perah sebab nak jual kepada kami.. Sian anak unta ni..

Unta yang sedang 'exercise'.

2) MASJID HUDAIBIYAH

Seterunya kami di bawa ke Masjid Hudaibiyah. Di sinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah semasa Rasulullah nak memasuki Mekah utk proses Fathul Mekah. Rasulullah berjaya masuk ke Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Di sinilah perkembangan Islam fasa kedua bermula selepas Madinah.

Inilah gambar Masjid Hudaibiyah. Di sini kami berniat untuk mengerjakan Umrah.

3) MUZIUM DUA MASJID

Selepas berniat Umrah di Masjid Hudaibiyah. Kami dibawa ke Muzium. Muzium Dua Masjid yang terletak tidak jauh dari Masjidil Haram. Sekitar 15 minit perjalanan menaiki bas. Terdapat pelbagai artifak menarik sejarah dari Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Jika anda ke Mekah, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lawatan ini. Pelbagai bahan sejarah dapat anda saksikan.

Lawatan seterusnya ziarah ke Muzium Dua Masjid

Replika bangunan Masjidil Haram yang baru.

Gambar Masjidil Haram yang lalu.

Rekabentuk Pintu Masjidil Haram dahulu.

Salah satu kepala tiang Masjidil Haram

Gambar Masjidil Haram dahulu

Pancur Emas ini pernah digunakan di Kaabah dahulu

Perigi Telaga Zam Zam dahulu.

Penutup ini pernah digunakan sebagai 'cover' batu Hajarul Aswad

Ustaz sedang menceritakan mengenai sejarah Masjidil Haram

Replika Masjdil Haram satu ketika dulu

Gambar Batu Hajarul Aswad

Pintu ni pernah digunakan di Masjid Nabawi
Replika Telaga Zam Zam yg pernah digunakan satu ketika dulu

Tempat simpan air zam zam pada zaman dahulu

Bukit ini pernah menangis semasa Rasulullah mahu berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bukit pun sayang kepada Rasulullah. Kalau kita tidak ada perasaan sayang kepada Rasulullah. Tak tahulah nak kata apa.

Abu Jahal sebelum mati telah terkena sejenis penyakit yang misteri. Di bukit inilah dia diasingkan dan kemudiannya dia mati di sini.

Selepas tamat ziarah di muzium ni, kami terus bertolak ke Masjidil Haram utk menunaikan umrah yang seterusnya.

Wassalam.

9 comments:

  1. salam firdaus sefamili, alhamdulillah ,semoga dipermudahkan menulis entri berikutnya . semoga mendapat ketenangan hidup.

    ReplyDelete
  2. Dok pening ni nak tulis apa esok?

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Alhamdulillah!

    Semuga Allah beri ilham bagi terus berkongsi dengan kami.

    Jazakaullah

    ReplyDelete
  4. salam, boleh cerita pasal pakcik yang berkerusi roda semasa di Madinah.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam. Kisah Pak cik tu akan bersambung selepas kerja haji. Ada beberapa kisah lagi sedang difikirkan sebelum masuk waktu haji. Lepas tu. Baru masuk Pak cik.

    ReplyDelete
  6. Ali Al-Besuti (Trg)Jan 19, 2012, 7:59:00 PM

    Assalammualaikum...

    Ziarah Luar - Mekah III...Bagaimana lawatan ke Gua Hira' tempat Nabi kita "bersuluk" & mula2 terima wahyu?

    Tak berkesempatan ke sdr mengunjunginya?

    Semoga kita warga MFUAD mendapat menafaat setiap entri/sharing anda semasa ditanah suci....

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. salam ya salam firdaus sefamili, tulislah secara santai, ini bukannya nak buat untuk exam. tulislah apa yang berlaku hari2 yang seterusnya.semoga dipermudahkan.alhamdulillah, wassalam.

    ReplyDelete
  8. Salam semua.

    Sy sedang tulis. Tak siap lagi. Banyak agenda sy dlm sehari dua ini. Sabar menanti ya. Malam ni siap Insyaallah entri terbaru.

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam ya salam firdaus sefamili, alhamdulillah dapat baca entri puasa sunat di mekah...tapi mana hilangnya entri tersebut mungkin kamu nak kemaskinikan lagi ye... semoga dipermudahkan urusan. wassalam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top