Assalamualaikum,

Jika kita ada Kaabah yang menjadi pusat ibadah solat kita. Malaikat juga ada 'Kaabah' mereka.

Malaikat mempunyai 'Kaabah' sendiri yang terletak di langit ke 7. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil ‘Baitul Makmur’ dan terletak bertentangan dengan Kaabah yang berada di bumi.

Seandainya 'Kaabah' malaikat itu jatuh nescaya ia akan menghempap Kaabah yang berada di Makkah. Selain Baitul Makmur, yang berada di langit yang ke tujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadat tempat para penghuninya beribadah kepada ALLAH.

Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya : ‘Kemudian aku dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’.

SEJARAH KAABAH

Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki

Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Kawasan Kaabah sering terjadi banjir kilat kerana Kaabah terletak dikawasan lembah yang paling rendah di bumi Mekah.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Batu Hajarul Aswad. Yang menjadi pertelingkahan untuk diletakkan kembali selepas terjatuh semasa banjir besar.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

PINTU KAABAH

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Babul Kaaba) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Pintu Kaabah. Diperbuat daripada emas tulen seberat 280kg

GAMBAR-GAMBAR KAABAH TERDAHULU

Gambar satelit Masjidil Haram

Gambar Kaabah Lama

Gambar 130 tahun lalu

Gambar Dahulu. Ada pagar untuk kawasan tawaf.

Banjir yang berlaku di Kaabah apabila berlaku hujan lebat. Ini kerana Kaabah adalah kawasan lembah yang paling rendah dalam Mekah.

Lagi gambar Kaabah yang dilanda banjir

Bangunan yang dibina berdekatan dengan Kaabah.

Boleh tawaf dalam keadaan berenang.

Proses penukaran kelambu Kaabah

Kelambu Kaabah yang dibuka untuk ditukar setiap tahun. Anda tidak mungkin berpeluang untuk menyaksikan Kaabah dalam keadaan terbuka sebegini kerana kelambu kaabah ditukar pada hari jemaah haji berwukuf di Arafah.

Gambaran dalam Kaabah.


Video di dalam Kaabah

Pemandangan Kaabah yang terkini.

Makam Ibrahim yang terletak berhadapan dengan Multazam. Tempat yang mustajab untuk kita berdoa.

Bekas tapak kaki Nabi Ibrahim yang terdapat dalam 'Makam Ibrahim'
.
Inilah gambaran Kaabah yang terletak di Masjidil Haram.

Terlalu besar fadhilat berada di Masjidil Haram. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk mereka yang berada di Masjidil Haram. 60 rahmat untuk mereka yang bertawaf mengelilingi Kaabah. 40 rahmat bagi mereka yang bersolat di dalamnya. Dan 20 rahmat buat mereka yang melihat Kaabah.

Mudahnya untuk mendapat rahmat di sana. Teramat rugi bagi mereka yang pergi ke Masjidil Haram, mengetahui fadhilat ini tetapi tidak melakukan ibadah sebaik mungkin di sana.

Semoga, entri kali ini memberi sedikit motivasi kepada kita untuk melakukan ibadah yang terbaik ketika berada di Mekah nanti. Insya Alah.

Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

2 comments:

  1. Assalam,

    Semuga Allah akan memberkati tuan haji dan keluarga.

    Teruja sangat melihat gambar gambar lama dan baru.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami semua.

    AJ

    ReplyDelete
  2. Tuan Haji Firdaus,
    Buat flow-chart... lagi clear
    dengan lokasi & timing esp rukun haji & wajib haji

    kalu boleh masukkan larangan dlm ihram

    Semua dlm satu page lagi bagus... TERBAIK

    Wslm

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top