Assalamualaikum,

Masa semakin hampir untuk pergi menunaikan haji. Boleh dibilang dengan jari. Dalam keterbatasan waktu ini. Pihak Zahafiz menganjurkan Kursus Haji Perdana kepada para jemaah Zahafiz. Dan ia WAJIB.

Namun, di saat awal lagi. Zahafiz meluahkan perasaan. Ramai jemaah Zahafiz yang marah kepada pengurusan Zahafiz kerana memberi 'short notice' untuk menerima tawaran haji di Tabung Haji. Tak kurang, ada pula yang 'maki'. Ada staf yang menangis akibat 'disembur' oleh jemaah. Ya, inilah jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Pihak Zahafiz sebenarnya dari awal lagi memaklumkan kemungkinan akan ada 'short notice' disebabkan kelewatan daripada Tabung Haji. Punca sebenar, dari Tabung Haji. Tapi mangsanya, pihak Zahafiz.

Nampaknya, ada jemaah yang gagal dalam ujian yang pertama. Ujian SABAR. Ini baru ujian kecil jika hendak dibandingkan dengan ujian yang bakal dihadapi di Tanah Suci nanti.

Bagaimana dengan saya? Di dalam kekalutan, saya langsung tak marahkan Zahafiz. Bahkan saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memasukkan nama saya sekeluarga dalam kuota yang mereka peroleh. MATLAMAT SAYA JELAS, SAYA HENDAK PERGI HAJI SEMATA MATA KERANA ALLAH. DAN SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL DALAM PROSES ITU, AKAN SAYA HADAPI DENGAN TENANG. Saya tak kisah. Sebab itu adalah cabaran yang mesti dihadapi oleh setiap jemaah.

Kursus yang dianjurkan bertempat di Masjid Shah Alam. Pada 26-27 Oktober. Bagi saya, penting bagi jemaah untuk datang menghadiri Kursus Perdana kerana ia akan menyimpulkan kefahaman kita semasa Kursus Haji Bersiri 17 minggu tempoh hari. Alhamdulillah, saya semakin faham.

Di tambah pula dengan praktikalnya sekali. Menambah kefahaman kami semua para jemaah. Terutama saya yang baru pertama kali pergi menunaikan haji.

Dalam kursus ini, diselitkan Motivasi Haji, Penerangan Perjalanan Haji, dan Program-program yang akan dianjurkan oleh pihak Zahafiz ketika di Tanah Suci. Bagi saya, ia penting. Tapi, masih ada jemaah yang terpilih tetapi tidak menghadirkan diri kursus ini. Terpulanglah. Mungkin mereka ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.


Antara peserta kursus yg hadir mendengar taklimat.

Sessi berikutnya, praktikal. Para peserta kursus diwajibkan memakai ihram dan terus melakukan amalan tawaf. Nampak tak ditengah tu, ada kaabah.

Ni pulak tempat praktikal sai. Ada pulak bukit safa dan marwah. Boleh tahan jugak la.

Ni pulak gambar semasa melontar di jamrah kubra.
.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dan Allah mempermudahkan segala urusan. Pada masa ini, pihak Zahafiz sudah memaklumkan jemaah akan mula pergi menunaikan haji dengan KT21 atau KT24 atau KT59. Bertarikh 6/7/19 Oktober 2011. Alhamdulillah, saya terpilih untuk bersama KT21 yang berangkat ke Tanah Suci pada 6 Oktober 2011.
.
Syukur Alhamdulillah....
.
Terima kasih Zahafiz. Terima kasih Datuk Zainal dan staf. Terima Kasih Kak Munirah dan Abg Mail di Zahafiz Taiping. Segala pertolongan anda, hanya Allah yang membalas.
.
Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalam,

    Kesabaran kita diuji masa sebelum kita berangkat lagi.

    Membaca catatan Hj, mengimbau kembali haji 2009. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan.

    Syukran

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top