Assalamualaikum,

Seperti yang saya ceritakan tempoh hari,apabila menunaikan haji,anda akan 'dihidangkan' dengan ziarah ke pelbagai tempat. Pada hari hari terakhir kami di Madinah, pihak Zahafiz menganjurkan Program Jalan Jalan Tambah Iman.

Memandangkan namanya pun jalan jalan, kami para jemaah di suruh berjalan sahaja kerana kawasan yang di bawa adalah sekitar kawasan hotel dan masjid sahaja. Jalan jalan yang insya Allah menambahkan iman. Kerana kami dibawa menziarahi tempat tempat bersejarah di sana.

Kami segerombolan jemaah sekitar 500 orang bergerak dengan memakai baju vest kuning ini. Ini bagi memudahkan pihak Zahafiz mengecam kami sekiranya ada jemaah yang tersesat.

Background Masjid Nabawi. Di kawasan luar yang semuanya dipenuhi dengan payung besar yang boleh dibuka dan tutup.

Jemaah wanita dibawa menziarahi Perkuburan Baqi dari luar. Jemaah lelaki boleh masuk ke dalam selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Kemudian kami dibawa ke kawasan sebelah kanan masjid. Tempat inilah berlakunya mesyuarat untuk melantik Khalifah baru bagi menggantikan Rasulullah selepas Rasulullah wafat. Akhirnya, mereka sebulat suara melantik Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah yang pertama.

Masjid Ghamamah. Disinilah Rasulullah pernah menunaikan solat Hajat bagi memohon doa supaya diturunkan hujan di situ selepas waktu kemarau yang teramat panjang. Masjid ini terletak sekitar 200 meter dari Masjid Nabawi. Sebelah kanan.

Lagi gambar Masjid Ghamamah

Seterusnya kami berjalan kaki menuju ke Pasar Kurma yang terletak lebih kurang 400 meter dari Masjid Nabawi. Disebelah kanan masjid di sebelah atas.

Kami membeli belah sedikit di Pasar Kurma ini dan kemudian balik menaiki teksi ke hotel. Saya merasakan sudah penat berjalan dan tak sanggup nak jalan pulang. Walaupun jarak dari hotel ke Pasar Kurma sekitar 600-700 meter. Saya sanggup bayar SR15 kepada pemandu teksi untuk membawa kami pulang. Kerana jika saya masih berjalan, saya takut ibadah saya di waktu petang terganggu akibat kepenatan.

Saya berterima kasih kepada Prof Kamil kerana memberi satu tips yang amat berguna.

Jangan kedekut duit untuk berbelanja perkara perkara yang boleh memudahkan urusan kita untuk beribadah.

Misalnya bayaran naik teksi untuk pulang ke hotel. Walaupun jarak sekitar 600-700 meter, tapi disebabkan waktu itu sudah penat. Dan kalau berjalan juga pulang ke hotel. Takut nanti kita keletihan apabila berada di Masjid. Jalan terbaik. Gunakan wang yang di'sumbangkan' oleh orang ramai kepada kita di Malaysia dahulu untuk perkara perkara sebegini.

Mereka yang menderma kepada kita dahulu pun dapat pahala, dan kita pun dapat pahala. Kiriman 'pahala' dan doa buat mereka jauh lebih bermanfaat buat mereka di Malaysia berbanding tasbih dan minyak wangi yang kita berikan kepada mereka.

Wassalam

3 ulasan:

  1. Assalam,

    Selamat Tahun Baru 2012.

    Terima kasih share gambar lawatan ke masjid Ghamamah dan yang lain lain. Insya Allah bila berpeluang ke sana saya dan keluarga juga berpeluang membuat lawatan.

    Sempena tahun baru semuga kehidupan tuan haji dan keluarga dan semua warga MFUAD diberkati Allah.

    Jazakaullah.

    AJ

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    "Kami segerombolan jemaah sekitar 500 orang bergerak dengan memakai baju vest kuning ini. Nampak gah dan hebat. Seperti sepasukan tentera yang sedia menuju medan perang."

    Ada seorang yang pergi dengan pakej juga mengatakan, bila pergi dengan pakej terasa sesuatu perasaan semacam, seolah2 lebih hebat. Dan ia amat mengganggu kerana beliau takut dengan perasaan itu.

    Ujub, riyak dan takabbur boleh memusnahkan kita, berhati hati.

    Saya hanya mampu dengan muassasah, dan saya tak kata muassasah lebih baik, cuma pernah berlaku semasa di sana jemaah pakej yang menginap di Dar Al Eiyman ( 50 meter depan pintu King Abdul Aziz ) pun tak sempat berjemaah dalam MH! Apa maknanya? Pakej apa sekalipun, kita dapat jemputan dengan pakej Yang Agung, itu sahaja.

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam,

    Kadang kadang, sy terasa kagum dengan AJ ni. Tak jemu jemu memberi komen positif.

    Tapi, saya sentiasa suka mendengar doa doa dari AJ kepada saya sekeluarga. Semoga kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

    Kpd Misabammas:

    Terima kasih atas teguran. Tidak pernah terlintas dihati saya untuk menceritakan sesuatu dengan tujuan riya', takabbur dan ujub.

    Tapi, mungkin ayat saya tu yang memberi tanggapan negatif pada sesetengah pembaca.

    Dan bila difikirkan ada logiknya. Ada kebenaran apa yang dicakapkan. Untuk kebaikan, saya ubah caption untuk gambar itu.

    Terima kasih kerana menegur. Saya suka kalau orang menegur saya dan bersedia menerima teguran itu kalau ianya benar.

    Bukan saya bermaksud pergi dengan pakej HEBAT. Pergi dengan MUASSUSAH tu susah.

    Saya 'terpaksa' pergi dengan pakej sebab hati saya terlalu bercita cita untuk pergi menunaikan haji tahun ini. Kalau saya tunggu muassasah, kena tunggu tahun 2032. Which is too long.

    Sy bersetuju yang penting macam mana amal ibadah kita disana. Saya tengok ramai orang zahafiz sendiri pun yang menunaikan solat di masjid.

    Tetapi, jemaah jemaah tabung haji yang tinggal di hotel janadariah yang jauh dan diatas bukit masih mampu pergi menunaikan solat berjemaah di masjidil haram.

    Apa pun, syukur dan terima kasih atas teguran. Saya hanya manusia biasa. Saya pun tidak pandai menulis. Kadang kadang, tersalah guna perkataan yang membawa tafsiran yang pelbagai.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top