Assalamualaikum,

Salah satu keistimewaan Madinah adalah disitulah terletaknya Makam Rasulullah. Kekasih Allah yang paling agung. Manusia yang perlu kita kasih melebihi kasih kepada orang lain.Tidak beriman seseorang itu sekiranya dia kasih kepada orang lain melebihi kasihnya kepada Rasulullah.

Saya sudah pergi menunaikan umrah beberapa kali. Dulu selalu terfikir, "Apa nak buat di Masjid Nabawi? Apa ibadah yang perlu diberi keutamaan di sana?" Sebelum ini, selalunya saya ada banyak masa lapang di Masjid Nabawi. Sebab kurang ilmu. Saya jadi 'jamm' di Madinah.

Semasa menunaikan Umrah pada tahun 2010, saya bertemu dengan Dr Nazri. Beliau menasihatkan saya untuk memperbanyakkan menziarahi Makam Rasulullah ketika berada di sana.

Ini bagi menunjukkan kita rindu dan kasih kepada Rasulullah. Setiap kali melalui makam Rasulullah, kalau boleh perbanyakkanlah berselawat kepada Rasulullah dan mendoakan untuk baginda.

"Ya Allah, Kau letakkanlah Rasulullah di tempat yang tinggi seperti mana yang telah Engkau janjikan. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku, Nabi Muhammad S.A.W di Padang Masyar kelak. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk minum air dari telaga Al Kauthar, mudah mudahan dengan minuman itu aku tidak akan haus buat selama lamanya"

Inilah doa yang selalu saya baca ketika melalui makam Rasulullah.

Apa lagi yang hendak kita harapkan melainkan Syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W dan Rahmat dari Allah di akhirat kelak.

Mana mungkin kita mendapat Syafaat daripada Rasulullah kalau kita tidak menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda.

Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

Kesesakan ketika melalui Makam Rasulullah

Makam Rasulullah di sebelah kiri, Makam Saidini Abu Bakar di tengah dan Saidina Umar disebelah kanan

Depan Makam Rasulullah

Pintu keluar selepas melawat Makam Rasulullah. Hanya lelaki dibenarkan melalui kawasan ini. Perempuan pula melawat makam Rasulullah dari kawasan Raudhah sahaja ataupun dari luar masjid.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, sesiapa yang menziarahi ku ketika aku sudah wafat adalah sama seperti dia menziarahi aku ketika aku hidup.

Jadi, marilah kita semua sama sama mengambil peluang ketika berada di sana sebaik mungkin.

Namun, terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh jemaah haji ketika berada di hadapan makam Rasulullah. Antara yang sempat saya perhatikan:

1) Berdoa mengadap Makam Rasulullah, sedangkan kita disuruh berdoa mengadap kiblat.
2) Menangis yang keterlaluan meratapi kematian Rasulullah.
3) Meminta doa daripada Rasulullah, misalnya "Ya Rasulullah, bagilah aku masuk ke dalam syurga bersamamu". Kita tidak boleh meminta doa melalui Rasulullah. Sebaliknya, berdoalah kita hanya kepada Allah.
4) Mengadap makam Rasulullah dan tunduk seperti separuh rukuk. Saya pun tidak faham mengapa mereka berbuat begini.

Apabila melawat makam Rasulullah, sebaiknya berilah salam "Assalamualaikum Ya Rasulullah". Berselawat ke atas baginda dan berdoa untuk baginda dan juga untuk kita.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

3 comments:

  1. Assalam,

    Terima kasih atas peringantan tentang tata tertib ketika melawat makan Nabi saw.

    Semuga ianya memberi menafaat kepada kita semua.

    Semuga tuan haji dan keluarga diberkati Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    ReplyDelete
  2. salam MF,

    Terima kasih...N3 yg bermanafaat utk semua..

    Akan menjadi amalan ketika sampainya saya disana...

    Insyallah 2012, menunaikan fardu haji, Amin....

    Selamat tahun baru,semuga hidup MF dan keluarga di berkati Allah,amin....

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam,

    1) Thanks to AJ. Tak jemu jemu memberi komen dlm setiap entri saya.
    2) Kak Rozila, semoga impian menunaikan haji pada 2012 tercapai dan dipermudahkan Allah.

    Wassalam

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top