Assalamualaikum,

Nasihat nasihat Prof Kamil yang seterusnya:

5) BACA TERJEMAHAN AL QURAN

Saya sudah baca mengenai hal ini dalam buku Travelog Prof. Prof menceritakan semasa tiba di Madinah selepas menunaikan haji, beliau terasa seperti kehilangan sesuatu. Di Mekah ada Kaabah. Di Mekah boleh menunaikan umrah. Tetapi di Madinah tiada.

Tazkirah beliau yang seterusnya berkisarkan membaca terjemahan Al-Quran.

"Firdaus, kita orang Malaysia selalu terbiasa dengan amalan membaca Al-Quran. Ada orang Khatam Al-Quran 9-10 kali dalam seumur hidup. Ada yang lebih. Tapi, saya nak tanya. Berapa kali kita pernah khatam Terjemahan Al-Quran?" Prof mengajak saya berfikir mengenai hal ini.

"Saya minta kalau boleh, ketika di sini bacalah Terjemahan Al-Quran secara marathon. Saya tak bermaksud jangan baca Al-Quran, tapi kalau boleh cuba kita baca Terjemahan Al Quran secara marathon. Sekurang kurangnya, kita pernah membaca apa yang Allah hendak sampaikan kepada kita sekali seumur hidup."

"Ramai orang baca Al-Quran, tetapi mereka langsung tak faham apa yang mereka baca. Kesannya, mereka sendiri tak tahu apa yang sedang dibaca. Mereka hanya membaca. Ya, mereka akan dapat pahala membaca. Tapi mereka tak dapat 'mentadabbur' Al-Quran. Mereka tidak dapat menghayati terlalu banyak nasihat nasihat yang Allah hendak sampaikan kepada kita."

"Ketika menunaikan haji, dalam masa 8 hari di Madinah saya berjaya menghabiskan bacaan Terjemah Al-Quran. Dalam 8 hari, saya habiskan 1200 muka surat. Dan saya mula tersedar betapa banyak peringatan peringatan yang terlalu penting yang Allah hendak sampaikan kepada kita sebagai hambaNya."

Selepas penerangan panjang lebar Prof mengenai membaca terjemahan Al-Quran ini, saya rasakan semua jemaah haji wajar melakukannya. Kita akan mula sedar banyak kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita.

Apa yang Prof nasihatkan ini, insya Allah akan saya lakukan. Tetapi saya meletakkan priority saya di sana untuk menghafaz Juzuk 30. Kalau berkelapangan, insya Allah akan saya baca terjemahan. Kalau tak sempat baca di Tanah Suci pun, pasti saya akan baca di Malaysia. Insya Allah.

6) TAUBAT DI TANAH SUCI

"Setiap anak Adam pasti membuat dosa. Kecuali para Nabi dan Rasul." Prof menyambung nasihat beliau kepada saya.

"Dan Allah suka sekiranya kita sentiasa melakukan taubat, memohon ampun kepada Nya".

"Di sini, terlalu banyak ruang untuk kita bertaubat. Kita melakukan solat sunat Taubat setiap malam. Menangislah setiap hari. Mudah mudahan, Allah ampunkan dosa kita sepanjang hidup kita dahulu".

Berdoalah. Semoga Allah menerima ampun kita.

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu, ampunkan dosaku, dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil, dosa yang aku ketahui, dosa yang aku tidak ketahui. Ya Allah Kau ampuni aku. Sesungguhnya aku manusia yang kerdil lagi hina. Ya Allah."

"Ya Allah, aku bertaubat Ya Allah. Aku bertaubat ya Allah. Aku bertaubat ya Allah. Jika aku pernah syirik, pernah menduakan Mu ya Allah. Ampuni aku. Sekiranya ia berlaku bukan kerana aku ingin melakukannya tetapi kerana aku bodoh Ya Allah. Aku tidak berilmu ya Allah"

"Ya Allah, bantu aku. Ajari aku. Berikan ilham padaku. Aku ingin pergi ke rumah Mu semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah"

Bagi Prof, amalan ini penting untuk dilakukan bagi memastikan kita pulang ke Malaysia dalam keadaan bersih. Suci daripada sebarang dosa. Dan teruskan dengan amalan amalan yang kita lakukan di Tanah Suci.

Insya Allah, mudah mudahan kita termasuk ke dalam golongan insan yang terpilih.

3 comments:

  1. Assalam,

    Ilmu yang berharga dari prof.

    Tafsir Al Quran insya Allah akan saya cuba hatam. Aku mohon KAU permudahkan, ya Allah.

    Bab taubat tu memang patut di buat dan sentiasa memohon kehadrat Allah. Kerana kita manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.

    Dengan membaca catatan kali ini, menambah lagi semangat untuk melakukannya.

    Semuga tuan haji dan keluarga dilindungi Allah.

    Syukran

    AJ

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Ya, taubat bukan di Madinah sahaja. Taubat bukan di Mekah sahaja.

    Taubat perlu dilakukan dimana mana sahaja. Semoga Allah sentiasa menerima taubat dari kita.

    Amin

    ReplyDelete
  3. Tuan Haji
    saya copy and paste kat facebook semoga bole saya baca

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top