Assalamualaikum,

Profesor Muhd Kamil Bin Ibrahim. Rasanya, dah ramai yang mengenali beliau. Beliau adalah penulis buku Travelog Haji : Merubah Sempadan Iman yang sudah dibaca oleh hampir 500,000 rakyat Malaysia. Bukan satu jumlah yang kecil. Ia Memerlukan 'pertolongan' dari Allah untuk mempunyai pembaca sebanyak itu.

Prof Kamil turut menulis buku 50 Tips Motivasi Haji dan Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok. Beliau juga merupakan penulis blog, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan di www.muhdkamil.org


Kata aluan dari Prof Kamil.


Bagaimana beliau terdetik menunaikan haji?


Preview sedutan ceramah beliau dalam VCD Travelog Haji.

Siapa beliau? Beliau merupakan seorang bekas Professor Perakaunan di UiTM. Dan pernah juga menjawat jawatan Pengarah Kampus UiTM di Johor satu ketika dulu. Sekarang ini, beliau bekerja sebagai Professor Perakaunan di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau mempunyai seorang isteri, Kak Roza. Blog beliau di www.muhdkamil.org/rozaroslan/ dan juga 4 orang anak.

Mengapa beliau? Saya menjadikan beliau sebagai idola kerana terlalu banyak pengalaman haji beliau yang memberi keinsafan kepada saya. Saya berasa kagum melihat perubahan diri beliau sebelum dan selepas menunaikan haji. Beliau betul betul menjadikan haji sebagai sempadan untuk merubah imannya. Perubahan ke arah yang lebih baik.

Cuba bayangkan, sebagai seorang Professor, ketika berumur 42 tahun sebelum menunaikan haji. Beliau tidak tahu membaca al quran. Kadang kadang beliau mengabaikan solat. Teramat jarang bersolat jemaah. Jarang jarang bersolat terawikh. Tidak pernah berpuasa sunat. Berjudi ketika bermain golf. Itulah beliau dahulu.

Tetapi, sekarang beliau telah berubah sepenuhnya. Dan yang saya suka, beliau tidak mahu berubah seorang diri. Beliau mahu semua orang berubah menjadi lebih baik. Dan beliau merakamkan segala pengalaman haji beliau dalam buku Travelog Haji beliau. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Niatnya hanya satu, beliau mahu orang lain merasai apa yang beliau rasa. Beliau mahu kita mengetahui Kekuasaan dan Kehebatan Allah.

Cuba bayangkan hasil tulisan ikhlas dari seorang Professor. Dan beliau memang seorang yang hebat bercakap. Beliau boleh berucap selama 2 jam tanpa henti. Dan ramai yang menangis apabila mendengar beliau memberi tazkirah. Sesungguhnya, terlalu banyak yang beliau sampaikan menusuk ke dalam lubuk hati saya.

Sebab itulah, saya mengatakan. Anda perlu membaca buku beliau. Anda perlu mendengar ceramah beliau dalam VCD yang terdapat di dalam buku Travelog Haji versi terkini. Insya Allah. Akan timbul keinsafan di dalam hati anda. Anda akan rasa, anda perlu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.

Inilah sebabnya saya hendak sangat berjumpa dengan beliau pada hari pertama saya tiba di Madinah. Sebelum ke sana, saya sudahpun menghubungi beliau melalui emel dan telefon. Dan Alhamdulilah, beliau memberi respon positif. Beliau lapang pada hari kedua saya di Madinah. Hari Jumaat. Insya Allah, selepas ini, saya akan berkongsi nasihat nasihat yang telah beliau berikan kepada saya semasa berada di sana.

Semoga kita semua bermanfaat. Insya Allah.

Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

4 ulasan:

  1. Bestnyer ceramah dlm preview tu. Hari ni nak kena beli buku dia lah.

    BalasPadam
  2. Saya dah dengar ceramah vcd dia. Menitis air mata melihat kebesaran Allah yang dikurniakan kepada Prof.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Seharian ini telah saya habiskan untuk membaca travelog saudara.

    Semoga Allah memberi balasan pahala sebanyaknya atas perkongsian ini. Lebih-lebih lagi buat Prof Kamil sebab saya sendiri merasai apa yang dirasai oleh semua yang membaca buku beliau.

    Will be waiting for your new entry insya Allah.

    Salam buat Kak Maria.

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Blog prof dan puan Raudzah memang menjadi tatapan tiap tiap hari. Selepas mengenali tuan haji dsri blog prof, kini blog tuan haji pun dah jadi bacaan saya tiap hari.

    Semuga Allah beri ilham untuk terus menulis dan berkongsi dengan kita warga MFUAD.

    Jazakaullah

    AJ

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top