Assalamualaikum,

3 minggu lepas, sy ada buat entry pasal Q & A penternak blog ni. Ada 6 emel yg sy terima dlm satu masa. Dan sy tak dpt jawab pun emel2 tu. Sy memohon maaf. Selepas tu, dua minggu sy tak terima emel yg bertanya pasal ayam. Terasa sunyi la pulak emel sy.... Aman pun ada. Hehhehe...

But this week, ada 4 emel yg datang ke emel sy. Utk berkongsi apa yg sy terima, sy sertakan soalan dan jawapan di sini.

EMEL PERTAMA :

En. Firdaus, saya sangat tertarik dengan blog encik firdaus yang menceritakan tentang ayam. Memang menyuntik semangat untuk memulakan perternakan ayam. Jikalau berkesempatan saya ingin berjumpa dengan En. Firdaus untuk menanyakan pasal ternakan ayam.

Daripada: XXXX

EMEL KEDUA :

Abg Firdaus Saya Mohd XXXX dari kelantan tapi kerja kat JB.saya selalu melayari blog abg tentang ternakan ayam pedaging tu..memang saya sangat minat dan ingin menceburi bidang ni..dan saya juga telah mengikuti kursus asas kat kluang johor tapi cuma 3hari jer dan tak pergi melawat tapak yang sebenarnya..disini saya ingin mendapatkan nasihat abg tentang pembinaan reban ayam..saya nak bina reban ayam yang boleh memuatkan 5000ribu ekor anak ayam.tapak untuk pembinaan reban saya dah ada cuma saya ada masalah untuk kira lebar dan panjang reban..jadi saya nak mintak pandangan abg ukuran yang tepat untuk pembinaan reban ni..saya cadang untuk bina reban separa tertutup dengan keluasan 15kaki lebar dan panjang 40kaki tapi orang cakap terlalu kecil(separa tertutup berlantai simen)jadi saya ingin mintak pandangan abg tentang hal ini sekiranya abg tak keberatan...

saya amat berterima kasih atas pertolongan abg

EMEL KETIGA:

saya XXXX berasal dari kelantan. saya amat berminat dengan bidang ini tetapi ilmu tentang bidang ini amat sedikit..sekiranya boleh saya ingin meminta kertas kerja ternakan ayam daging daripada abang..Jasa abang amat saya hargai..

EMEL KEEMPAT:

Tahniah kerana telah menjadi anak muda yang bersemangat waja dan berjaya dalam bidang ternakan ayam daging. Saya ingin mendapatkan nasihat mengenai kos dan penjagaan reban close house utk saiz 40'x230'. Jika tiada masalah sertakan sekali pelan reban tersebut. Terima kasih.

JAWAPAN SAYA

Waalaikumsalam semua. Terima kasih kerana menghantar emel kepada sy dan bertanya pasal ternakan ayam. Sy bangga sebab para pembaca semakin 'berahi' utk menceburi bidang ternakan ayam ni selepas membaca blog sy. Alhamdulillah, at least sy dpt memberi sedikit panduan dan dorongan kepada org lain utk berjaya. Mudah mudahan kita semua berjaya dlm apa jua bidang yg kita ceburi.

Utk makluman semua, kepada mereka yg berhajat utk berjumpa dengan sy buat masa ni sehingga pertengahan November, sy memohon maaf. Sy rasa sy tak dpt penuhi hajat tuan tuan kerana dari skrg sehingga hujung bulan ni, sy teramat sibuk. Dari awal bulan depan sehingga mid November, sy tak akan berada di Malaysia. So, memang tak dpt berjumpa dengan sy rasanya.

Melainkan, ANDA BETUL BETUL NAK JUMPA SY. DAN BETUL BETUL SERIUS NAK MENCEBURI BIDANG NI DAN PERLUKAN NASIHAT DARIPADA SY DLM KADAR SEGERA SEBAB PROJEK TUAN2 DAH NAK MULA, BOLEH LA BERJUMPA DENGAN SY UTK SEDIKIT PANDANGAN DAN TUNJUK AJAR. SEKIRANYA HANYA NAK BERJUMPA DENGAN SY UTK BERTANYA SEDIKIT SEBANYAK TENTANG BUSINESS NI, SY HARAP TUAN TUAN DAPAT TANGGUHKAN HASRAT NI SEHINGGA PERTENGAHAN NOVEMBER. INSYA ALLAH, LEPAS SY BALIK MALAYSIA, SY AKAN CUBA MENCARI MASA YG SESUAI UTK BERJUMPA DENGAN MEREKA YG BERHAJAT.

INGIN SY TEGASKAN, BUKAN SY TAK PERNAH BERJUMPA DENGAN PARA PEMBACA BLOG NI, DAH RAMAI PUN YG SY JUMPA PERSONALLY. CUMA BUAT MASA NI, SY TAK BERKESEMPATAN. HARAP SEMUA FAHAM...

Sy harap penjelasan sy ni clear utk para pembaca yg nak berjumpa dengan sy.

Utk soalan yg seterusnya, apa pandangan sy mengenai permulaan ternakan ayam utk 5000 ekor. Dengan saiz 15'x40'. Dan separa tertutup. Macam ni, kalau tanya sy personally sy tak berapa bersetuju utk mulakan ternakan ayam di bawah 15k ayam. Okaz mesti tak setuju sebab dia mula dulu pun sikit.... Lepas tu Okaz berjaya mengembangkan ternakan dia ke tahap yg memberansangkan skrg ni. Alhamdulillah... Tapi sy tengok Okaz struggle jugaklah mula2 dulu. Mungkin Okaz boleh bagi pandangan utk org yg nak start bela dengan kuantiti yg kecil ni.

Tapi sy still tak setuju kerana bila kita bela ayam skit, cost operation kita per bird akan tinggi. Contohnya, gaji pekerja utk jaga 5000 ekor ayam dan 15000 ekor ayam adalah sama. So, cost operation akan tinggi. Dan ada la faktor2 lain yg menyebabkan sy tak setuju. Kalau nak start jugak, pandangan sy at least 15k ayam per cycle. Dan lepas adik kata nak buat reban saiz 15' x 40' dan org kata kecil. Memang la kecil. Saiz tu hanya utk 600 ekor ayam. Mana muat nak masuk sampai 5000 ekor ayam.

Seterusnya, nak buat separa tertutup. Cakap ajalah sistem terbuka dengan lantai simen di bawah. SAYA TAK SETUJU. Sy dah tengok ramai org tak untung buat sistem ni. So harap maklum...

Seterusnya yg nak minta kertas kerja sy, nanti la. Sy akan copy kertas kerja sy dlm soft copy dan bagi apa yg perlu melalui emel. Tapi, not so soon sebab sy sibuk banyak skrg ni..

Dan akhir sekali pasal kos reban. Kos reban seperti yg sy cakap sebelum ni, adalah sekitar RM15-RM20 per bird. Bergantung sistem mcm mana yg anda nak buat...

Anda nak cari kontraktor utk buat reban.... Hahhahah... skrg ni. Insya Allah sy ada kawan Melayu yg boleh buat reban pada kos sekitar RM15-RM20 per bird. Bergantung kepada spec yg anda mahukan. Skrg pun dia sedang buat reban. Tapi, hanya buat reban sekitar zon utara aja. Kalau di tempat lain. Mohon maaf la... Pakej yg bakal ditawarkan, kursus satu pusingan di reban sy. Bantuan secara teknikal yg detail utk pusingan pertama dan boleh hubungi sy personally utk bantuan ternakan dlm pusingan2 berikutnya. Heheheh.. nak buat cam na.. Cari makan kot sini pulak...Boleh la dpt duit kopi sket.. Hehheh...

Rasanya cukup dulu entry setakat ni. Kita berjumpa lagi dilain waktu. Wassalam...

1 comments:

  1. Salam sedara macam tension je menjawab soalan tu? Takpe saya faham. :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top