Assalamualaikum,


Haji Menuju Allah - Raihan

Sayu... Sebak... Kalau dulu dengar nasyid ni.. Tak rasa apa-apa.. Hari ni, bila sy dengar sekali lagi... hati sy menjadi sayu, sebak... Hati sy terasa terharu... Setiap bait-bait perkataan dlm lirik nasyid ni menyentuh jiwa....
.
Alhamdulillah, setelah hampir 8 bulan menunggu... Akhirnya sy mendapat panggilan telefon dari pihak yg menguruskan haji sy.

"En Firdaus, tahniah. Encik Firdaus dan keluarga dah menerima jemputan dari Allah untuk pergi menunaikan haji tahun ni, buat masa ni kita belum dapat tentukan tarikh penerbangan, tapi kemungkinan besar awal bulan 10. Kita akan tentukan tarikh sebenar dalam masa terdekat. Dan sy minta En Firdaus sekeluarga utk pergi ke Kursus Haji Perdana di Masjid Shah Alam pada 24 & 25 September ni."
.
Alhamdulillah, sy sujud syukur menerima panggilan yg ditunggu tunggu ni. Semuanya bermula pada tahun lepas. Sebelum ni, tak pernah sy terlintas untuk menunaikan haji pada usia semuda ni. Selepas sy dan isteri pulang dari menunaikan umrah tahun lepas, kami pergi mendaftar utk menunaikan haji. Pada masa tu pun, belum lagi terlintas untuk pergi menunaikan haji tahun ni. Mendaftar sebab sy rasa tak salah untuk mendaftar. Lagipun, kalau ikut jadual pun tahun 2032 baru boleh pergi kalau ikut jadual. So, tak lah sy terfikir sangat pasal haji ni.
.
Tapi, inilah yg dikatakan hidayah. Inilah yg dikatakan, Allah memilih sesiapa yg dikehendaki Nya utk menjadi tetamunya. Bukan semua di'pilih' Allah untuk ke sana. Baru sy faham, hanya insa-insan terpilih sahaja yg bertuah menjadi tetamu Allah...
.
Ada org yg kaya, tetapi Allah masih belum menjemputnya ke sana walaupun duit dah melimpah ruah. Mempunyai segalanya, tetapi kalau belum dipilih Allah, dia tidak akan dapat pergi jua...
.
Tahun lepas, sy membeli buku Travelog Haji: Merubah Sempadan Iman dan Travelog Haji Muda. Kedua dua buku ni mengubah mentaliti sy tentang keperluan untuk menunaikan haji pada usia muda. Sy berbincang dengan Maria dan kami mula merancang untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini. Awal tahun ni, kami mendaftar dengan syarikat swasta untuk menunaikan haji. Setelah membuat penyelidikan antara Rayhar, Andalusia dan Zahafiz serta beberapa syarikat lagi, sy memilih utk pergi dengan syarikat Zahafiz. Tak perlulah sy nyatakan kenapa, tapi bagi sy, sy cuba buat pertimbangan yg terbaik dlm semua pihak dan sesuai dengan kemampuan sy.
.
Bermula bulan April-Jun, sy menyertai Kursus Bersiri Asas Haji anjuran Tabung Haji di Parit Buntar. Alhamdulillah, sy dah faham mengenai tatacara pekerjaan haji. Rukun dan Wajib haji semuanya difahamkan berkali-kali untuk mengelak dari membuat kesilapan di sana nanti. Alhamdulillah, sy ada seorang sahabat yg dah 7 kali pergi menunaikan haji dan menceritakan pengalaman beliau di sana. Dan menambahkan lagi kefahaman sy tentang haji. Terima kasih kepada Akhi Saufi atas segala tunjuk ajar...

Bagi sy, apa yg penting adalah niat kita. Mcm yg kita biasa dengar, kalau seseorang tu berhajat dan berazam utk pergi menunaikan umrah atau haji, pasti Allah akan memudahkan urusannya ke arah tu. Dan Alhamdulillah... Sy dah merasainya.. Dulu, sy berazam dan berniat nak menunaikan umrah. Alhamdulillah.. Dipermudahkan Allah. Tahun ni pulak, sy berazam utk menunaikan haji, dan Alhamdulillah. Masih dipermudahkan Allah. Memang benar apa yg dikata, kalau kita berniat dan berazam utk menunaikan haji dan umrah, pasti Allah akan membuka jalan utk kita. Syukur sy kepada Allah.

Bermula selepas balik dari umrah tahun lepas, sy memberli 2 CD Kuliah Haji yg disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad. 2 CD ni mengandungi 30 kuliah dlm bentuk MP3. Memang best, tanyalah siapa yg pernah dengar. Lepas dah dengar CD ni, hati sy makin terasa utk pergi menunaikan haji. Sy mula membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Haji Muda. Semangat semakin membara.

Selepas berbincang dengan ibu dan bapa mertua sy, pada masa tu kami bercadang utk menunaikan haji pada tahun ni. Disitulah segalanya bermula. Sy mula survey syarikat2 swasta yg menawarkan pakej utk menunaikan haji. Dan Alhamdulillah, jodoh sy bertemu dengan Zahafiz Travel And Tours Sdn Bhd.

Kemudian pada bulan April tahun ni, sy dan Maria mengikuti kursus Asas Haji Bersiri selama 17 minggu di Masjid Parit Buntar.

Utk menunaikan haji ni, terlalu banyak yg kami perlu korbankan... Tapi, bagi sy tak salah utk kita berkorban demi menunaikan perintah Allah yg merupakan Rukun Islam yg wajib kita lakukan...

Pengorbanan pertama adalah kami terpaksa berjimat cermat utk mengumpul wang bagi menunaikan haji. Maklumlah, kami nak kumpul sekitar RM20k setiap seorang dalam masa satu tahun. Jumlah yg lebih tepat yg perlu dikumpul adalah RM21,900 x 2 = RM43,800 dlm masa satu tahun. Seperti kata pepatah Arab. "Man Jadda Wajada". Sesiapa yg berusaha pasti dia dapat. Setiap pusingan, sy terpaksa menyimpan RM6000 hasil daripada keuntungan ayam yg sy peroleh. Selepas 6 pusingan, sy berjaya mengumpul sekitar RM24000. Alhamdulillah.. Wang sy mencukupi utk tujuan ni. Maria pulak, memang duit simpanan dia dah cukup. Dan dalam masa yg sama, dia juga simpan RM1500 di Tabung Haji... Dan Alhamdulillah... Duit yg kami perlukan mencukupi...

Satu perkara yg sy nak kongsi dengan para pembaca. Alhamdulillah, bila kita berniat saja nak pergi menunaikan haji. Dan sekiranya duitlah yg menjadi penghalang kita, berdoalah kepada Allah. Sepanjang usaha sy utk mengumpul duit, Allah betul2 mempermudahkan segala urusan sy. Alhamdulillah, hampir setiap pusingan sy memperoleh keuntungan yg tertinggi jika dibandingkan dengan penternak2 ayam CP di zon utara ni. Allah mempermudahkan urusan sy. Sebab itulah, usaha sy utk mengumpul duit tu cepat berhasil.

Sebagai contoh, pada pusingan lepas sahaja, hampir kesemua penternak CP memperoleh keuntungan kurang dari RM1 disebabkan pelbagai masalah yg dihadapi oleh setiap penternak. Dan Alhamdulillah, sy masih lagi memperoleh keuntungan tertinggi dikalangan penternak. Kedua tertinggi yg sy peroleh dlm 6 tahun. Alhamdulillah.... Sy yakin, bila kita berniat nak melakukan ibadah haji, pasti dan pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita. Yg penting, nawaitu mesti ada. Disamping usaha dan doa yg berterusan serta bertawakkal kepada Allah.

Other than that, sy dan Maria terpaksa menangguhkan hasrat kami utk anak kedua. Sekiranya Maria mengandung tahun ni, segala perancangan utk menunaikan haji pasti terbantut. And if this happen, sy pun tak tahu bila sy boleh pergi pulak. Sebab, the plan is after this 'kilang' perlu diaktifkan utk production seterusnya.... Kesian juga tengok Farees, tak dak kawan nak main kat rumah. Terpaksalah dia main dengan Abi ngan Ummi dia saja.

Dan ada lagi satu yg sy terpaksa korbankan.... Bagi sy, ni pengorbanan terbesar yg terpaksa sy lakukan. Sy terpaksa menangguhkan proses pembinaan reban baru sy di Bandar Baru, Kedah. Topik ni saja memerlukan satu entry sebab banyak ceritanya... Nanti sy ceritakan. Penangguhan ni tidak menyebabkan sy rugi, tetapi boleh menyebabkan sy tidak memperoleh keuntungan sekitar RM50,000. Tak pa lah, bukan rugi, cuma tak untung. Dan sy yakin, rezeki adalah kurnian Allah, Dia akan memberi kepada sesiapa sahaja yg dikehendakinya. Setiap satu yg kita gunakan ke jalan Allah, Allah pasti akan menggantikan dengan 700 kali lebih ganda. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat Allah akan berikan. Tak pa lah, biarlah sy berkorban kali ni. Lagipun, apa yg sy kecapi selama ni pun adalah hasil pertolongan Allah. Jadi, apa salahnya sy berkorban utk Allah kali ni. Semoga Allah memberkati usaha sy ni dan melipat gandakan rezeki kepada sy selepas ni. Moga Allah beri yg terbaik....

So.... what's next. Dlm masa 20 hari ni, sy dan Maria sedang mempersiapkan diri utk bertemu Rabbul Jalil... Kami sedang membeli barang keperluan secara fizikal. Dan dalam masa yg sama, keperluan rohani juga perlu dimantapkan.. Seperti menunaikan solat-solat sunat, dan menunaikan solat secara berjemaah di surau. Ni bagi memastikan kami benar2 bersedia utk ke sana. Selain berdoa moga Allah mempermudahkan segala urusan kami di sana nanti.... Dan menjadikan kami sekeluarga sebagai tetamu yg paling istimewa di rumah Nya nanti... Amin..

So, kepada mereka yg berhajat utk mengirim doa kepada sy. Yg berhajat utk sy doakan segala hajat-hajat mereka di hadapan Multazam, boleh emel kepada sy... mfms1981@yahoo.co.uk Insya Allah, sy akan berdoa utk anda dihadapan pintu Kaabah. Tempat yg paling mustajab doanya.... Semoga hajat tuan tuan dan hajat sy tercapai.... Formatnya, akan sy beri dlm next entry.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top