Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Dan Batin... Dah hari raya ke 4. Baru berkesempatan nak update blog. Perancangannya semalam nak update blog ni. Tapi, skrg ni blogspot dah ubah format baru cara2 nak upload entry. Hampir sejam sy terpaksa peruntukkan utk nak upload dan susun gambar2 di bawah ni. Last2, sy dah letih tak siap2 nak upload. Sy tinggal aja. Pagi ni, baru sy datang dan ubah balik. Alhamdulillah, dia bagi option utk divert ke old version. Lebih mudah sy upload melalui old version.

Ni gambar2 yg sempat sy ambil sempena sambutan hari raya hari tu di rumah sy.

Hari terakhir berbuka puasa di rumah sy. Ayah sy buat tempahan dari tukang masak di Titi Serong yg menjadi favourate kami sekeluarga. Dan memang terbukti sedap. Alhamdulillah. Raya kali ni, semua adik beradik sy beraya di rumah. Dan semua dah balik ke rumah pagi hari Ahad.

Lauk berbuka hari terakhir. Ayam Masak Merah, Daging Masak Kari dan Daging Masak Hitam dan yg penting, air asam...

Malam raya, start main bunga api dan mercun...

Aisyah, yg umur 3 tahun pun dah pandai main bunga api. Farees langsung tak berani...

Suasana di pagi raya. Rumah sy dipenuhi jemputan utk makan di pagi raya. Para hadirin membuat sedikit bacaan doa selamat.

Para hadirin menjamah makanan. Tahun ni, menu utama adalah laksa disamping lemang dan kuih muih.

Hari raya kedua, balik kampung di Bagan Serai. Rumah arwah pak long sy. Berjumpa sepupu2 sy yg dah hampir setahun tak jumpa..

Hari raya kedua, terus berangkat ke KL. Farees dlm kereta bermain Angry Bird.

Kemeriahan di KL pulak. Rumah mertua sy dipenuhi dengan sanak saudara. Bayangkan betapa havocnya dirumah bila semua dah berkumpul sekali.
.
Skrg ni, sy di Kuala Lumpur, Keramat. Hari Ahad insya Allah sy akan pulang ke Parit Buntar. Ada lagi beberapa rumah kawan yg sy nak ziarah di KL ni.
.
Kepada para pembaca blog ni, sy ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya ada kesilapan atau kesalahan dlm tulisan sy, sy memohon jutaan kemaafan. Sekiranya ada yg terkecil hati, jutaan kemaafan ku pohon. Sy hanya manusia biasa yg tak lari dari melakukan kesalahan.
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top