Assalamualaikum,

1) Utk sekian kalinya, dlm masa seminggu ni sy langsung tak dpt emel dari pembaca yg nak tanya pasal ayam. Sy ada dua perasaan. Satu sy rasa lapang sebab rasa 'tak terganggu' dengan soalan soalan yg dah berkali2 diterangkan dlm blog ni dlm entry2 terdahulu. Kedua, sy rasa sedih sebab sy pasti dah mengecilkan hati para pembaca yg betul2 nak bertanya sy pasal ternakan ayam ni. Mungkin, sy dah 'mematahkan' semangat mereka yg betul2 bersemangat utk berjuang dlm bidang ni. Apa2 pun, kepada yg betul2 berhajat nak bertanya saya. Sila emel sy directly. Tapi, pastikan soalan tu tak berulang dengan soalan2 dulu. Macam mana nak tahu soalan berulang atau tak. Baca semua entry. Insya Allah. Anda akan lebih faham....

2) Utk pengetahuan semua. Jumlah kutipan utk Majlis Berbuka Puasa dan Aktivit di surau sy yg sy berjaya kumpul adalah RM2600. Daripada jumlah ini, sumbangan yg sy terima daripada pembaca blog adalah seperti berikut:

i ) RM2000
ii ) RM 150
iii) RM 30
iv) RM 20
v) RM 10

Bakinya, sy kutip daripada penduduk setempat dikawasan sekitar surau sy. Kepada mereka yg menderma, sy bagi pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih. Utk makluman semua, kesemua duit ni digunakan utk Majlis Berbuka Puasa di Surau sy sebanyak 12 hari. Setiap hari anggaran perbelanjaan sekitar RM200 utk 60 org makan. Memandangkan budget pun tak besar, tajaan pihak surau utk majlis berbuka hanyalah Nasi Ayam, Nasi Ayam dan Nasi Ayam... Nasi Tomato, Nasi Daging, Murtabak, Laksa dan Bihun. Yalah, RM3 x 60 = RM180. Dan RM20 lagi utk buat air dan upah cuci pinggan.

Tak dpt sy bayangkan betapa besarnya pahala mereka yg telah menderma. Kerana Allah dah menjanjikan akan memberikan pahala kepada org yg memberi org lain makan utk berbuka pahala yg sama seperti org yg berpuasa, tidak kurang walaupun sedikit. Subhanallah. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka yg menderma ini. Amin...

Kepada yg tak menderma, tidak mengapa.. Mungkin anda dahpun menderma di tempat lain. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari amal ibadah kita.

3) Anak ayam sy dah pun masuk. Tak sempat nak ambil gambar pun. Nak cerita pun, asyik cerita yg sama aja. Nanti para pembaca jemu pulak asyik tengok gambar anak ayam sy... Skrg dah berumur 7 hari dan 6 hari. Alhamdulillah. Ayam2 sy diberada dibawah perlindungan Allah setakat ni. Cuma, cuaca hujan sejak kebelakangan ni menyukarkan sedikit sy sebab ayam sejuk. Kena pasang heater lebih lama. Tapi tak pa. Allah beri yg terbaik..

4) Alhamdulillah. CP dah pun masukkan duit hasil jualan ayam pusingan lepas ke akaun sy. Hehehhehe... Boleh beraya sakan la... So bad, duit RM1 dah habis. Duit yg sy berjaya tukar ke duit baru pun RM5, RM10 dan RM50...... Aduh... Mcm mana ni...... Mana nak cari duit RM1 ni.... Nanti kalau anak-anak Okaz datang.. mcm mana nak bagi duit RM1 ni... Hehhehe...

5) Baju raya sy pun tak beli lagi.... Pakai yg tahun lepas aja kot. Cuma nak kena cari baju utk Farees saja. Baju raya dia tahun lepas dah tak muat...

Oklah.. Selamat beribadah di mlm mlm terakhir di bulan Ramadhan ni. Moga kita semua mendapat malam Lailatul Qadar. Amin...

Wassalam

1 ulasan:

  1. firdaus..sy follow yr blog..tp bkn serious psl ayam..just observe seorg pejuang ayam mcm kamu..thniah..cuma psl soklan2 yg bertalu2 yg sama tu sbnrnya awk kena fair la..sy fhm knp jd mcmtu..satu sbb mrk buka blog bkn terus bc entri2 awl..jd, tnpa pandang kiri kanan terus bertalu2 bg u soklan2 yg sama..sy fikir bagus klu u cool je sbb coming soon i am very sure,soklan2 tu akan dtg balik pd awk..jd, the best thing bagus idea awk tu nak tulis buku..jd,jawapan senang yg u boleh bg kat diorg nnti is,inside yr book..so at the same time you boleh promote buku ayam u...tp kena komprehensif la esp ttg persoalan common yg ditanya oleh peminat2 ayam seluruh dunia..ok bro,slmt hari raya dan slmt maju jaya..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top