Assalamualaikum,

Bila sy tengok dunia hari ni, cara didikan utk kanak2 skrg dah jauh berbeza berbanding zaman kita masa jadi kanak2 dulu. Masa kecil dulu, masa sy umur 6-7 tahun. Nak sentuh remote tv pun tak boleh. Takut rosak. Tapi, dunia hari ni dah berubah. Seawal usia 2 tahun, kanak2 skrg ni dah pun didedahkan dengan gadget2 yg mahal. Yg merubah cara pemikiran kanak2 ni. Sy tak katakan benda ni salah. Cumanya, sy terkejut dengan penerimaan kanak2 ni dengan teknologi. Bahkan, ada beberapa perkara yg bila diaorg explore sesuatu benda, mereka lebih expert dari kita.

Sebagai contoh, pada usia 2 tahun 2 bulan, Farees dah boleh buat 'picture matching' ni sendiri. Tanpa dibantu oleh sesiapa pun. Dia boleh ingat kedudukan gambar. Dan boleh tahu mana tempat walaupun gambar tu dah ditutup. Sy kagum melihat perkembangan minda kanak2 ni. Bila guna Ipad dan Iphone, dah jadi macam 'barang mainan' dia saja.

Cuba bayangkan, Farees yg berumur 2 tahun 2 bulan boleh buat macam2 dengan Ipad. Dia dah tahu nak pilih game apa, game tu duduk dlm folder mana. Dia tahu nak masukkan game dalam folder, tahu nak keluarkan game dari folder. Tahu nak main hampir kesemua game. Aduh.... Dunia hari ni. Dan minggu lepas, semua adik beradik sy pulang ke rumah. Kira PRE Raya gathering la, cuba bayangkan. Semua budak2 ni yg berumur 2-5 tahun ni, melekat dengan Ipad masing masing. Perghhhh... Kalau Farees yg umur 2 tahun boleh buat macam2, bayangkan sepupu dia yg umur lebih tua dari dia. Lagi la macam2 yg diaorg boleh buat. Dalam gambar, Farees tengah main Angrybird. Ammar (2 tahun 10 bulan) melihat dia main. Abg Adam (5 tahun) main game. Aiman Hafiz (5 tahun) pun main game Angrybird. Aisyah (2 tahun 8 bulan) pulak mempertahankan Ipad dia dari diambil Aiman. Walaupun sebenarnya Aiman tak nak ambil pun. This was what happen at my house last week. Pesta main Ipad utk kanak2 ni...

Di depan, abg2 yg dah besar pulak. Meneroka penggunaan laptop. Pendek kata, semuanya dah expert dengan gadget masing masing....

Farees melihat Aisyah yg sedang bermain game Fashion.
.
Bila difikirkan kembali, sy memang bersetuju kanak2 at this age didedahkan dengan ipad ngan iphone. Sebab terlalu banyak permainan yg merangsang minda kanak2 ni. Dan yg penting, pelbagai bentuk pembelajaran yg terdapat dlm ipad dan iphone. Hanya yg dah guna ipad dan iphone tahu berbaloinya beli utk percambahan minda anak2 hari ni.
.
Sy bukan apa, cuma terkejut dan macam tak percaya apa yg sy lihat hari ni. Sy tak pernah terfikir , anak2 hari ni matang begitu cepat... Semoga, sahsiah dan pendidikan agama anak2 ni berdiri seiring dengan teknologi yg pesat membangun hari ni. Semoga, teknologi tak 'membutakan' hati mereka dlm hal agama... Amin..
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top