Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk Ramadhan. Tinggal 20 hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yg penuh dengan kebaikan.

Entry kali ni adalah mengenai infak. Utk makluman semua, surau di depan rumah sy, Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah, Parit Buntar telah mengamanahkan sy untuk mengutip dana bagi membiayai program berbuka puasa dan aktiviti surau ini.

Semua hasil dana yg dikutip akan digunakan untuk majlis berbuka puasa yang akan di adakan di surau ini setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Wang ini akan digunakan untuk membeli makanan seperti nasi dan lauk, bihun, laksa, murtabak dll utk diberi makan kepada lebih kurang 50 orang jemaah setiap hari di surau ini. Lebihan daripada kutipan ini akan digunakan utk memberi sumbangan kepada anak yatim dan juga dana bagi aktiviti surau.

Pada tahun lepas, sy mendapat jumlah kutipan yg agak banyak dari pembaca di blog ni. Dan semua wang ini telah sy salurkan kepada pihak surau utk kegunaan majlis berbuka puasa dan aktiviti2 surau. Jutaan terima kasih kepada mereka yg dah sumbangkan kepada pihak surau sy. Tujuan sy membuat kutipan di sini adalah kerana ada di antara kita yg berhajat utk berbuat amal kebaikan tetapi tiada saluran. Ada yg nak menderma tetapi tiada org yg datang kutip. So, mudah2an, bila sy iklan di sini akan tergeraklah hati kita utk menderma.

Berdasarkan pengalaman sy pada tahun2 yg lepas melalui kutipan ni. Ada org miskin yg bagi sumbangan yg besar utk program ni. Tetapi ada org yg kaya bila sy minta tapi tak bagi pun ada. Memberi seribu satu alasan.

Pengajaran di sini... Allah memberi hati kita yg tak sama.. ada org miskin yg hatinya murni.. dan ada org kaya yg hatinya keras... Bersyukurlah kita.. sekiranya Allah menganugerahkan hati yg lembut kepada kita utk membuat amal kebaikan.

Jika hati kita selama ni keras utk mengeluarkan sedikit duit kita utk Islam.. fikir2 lah.. Rezeki yg kita dpt selama ni pun Allah yg beri.. Kalau Allah tarik balik.. masa tu.. baru tahu langit tinggi rendah. Kita kena ingat Allah masa kita senang, supaya Allah ingat kita masa kita susah...

So, kepada tauke2 ayam yg baca blog ni.....dan para pembaca... Sy dengan suka citanya ingin memohon sumbangan tuan2 utk memberi sedikit wang kepada pihak Surau sy untuk menjalankan Majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan nanti. Sumbang lah seikhlas mungkin, sy tak kisah... Walau RM5 sekali pun.

Ingat lah, besar pahala memberi makan kepada org yg berbuka puasa. Pahalanya sama seperti org yg berpuasa tu, tak kurang walau sedikitpun.

Sy sebenarnya bersikap terbuka. Tak kisah la berapa pun org nak sumbang. Sy terima seadanya. Walau pun hanya menderma RM10, sy tetap berterima kasih. Kita mungkin menderma sedikit kali ni, tapi kalau kita boleh buat amal menderma berdikit2, tapi secara konsisten... itu lebih baik dari kita bagi dlm kuantiti yg besar tapi hanya bagi sekali.. Lepas tu tak bagi dah..

Sebenarnya, amalan menderma sesuatu yg bagus. Sebab ia melatih diri kita untuk merasa ingin berkongsi apa yg Allah kurniakan kepada dengan org lain. Insya Allah, tak terjejas pun pendapatan kita bila menderma. Sebenarnya, percayalah... Kita 'miskin' bukan sebab kita kurang 'menerima', tetapi sebab kita kurang 'memberi'. Kalau kita lebih banyak 'memberi', Insya Allah.. lebih banyak yg kita akan 'terima'.

Kepada yg nak menderma, tetapi 'sibuk' dan tak sempat nak bank in duit... kepada yg nak menderma, tetapi 'kekurangan' wang... jangan lupa... Niat dan Azam di dalam hati kita. "Insya Allah, nanti aku bagi". Azam betul2 dalam hati. Andai kata, kita tak terbuat. Kita masih dapat pahala niat.

Mereka yg berminat utk menderma, boleh memasukkan duit sumbangan tu ke akaun Maybank sy, MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD. No akaun : 152116040160. Lepas dah bank in, boleh bagi tau melalui shoutbox, atau emel kepada sy. Insya Allah, kalau Tuan Tuan menderma.... sy tak ambil duit ni utk kegunaan sendiri. Semuanya utk disalurkan kepada pihak surau... Insya Allah...

Wassalam.

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top