Assalamualaikum,

Hari Sabtu lalu, sy menerima kunjungan daripada para pelajar MRSM Kepala Batas seramai 45 org. Lawatan ni di atur oleh Ustazah Che Som, ustazah yg mengajar sy di MRSM Taiping dulu. Ustazah ni jugalah yg mengajar sy utk menjadi seorang Muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Terima kasih ustazah.
.
Seperti yg sy katakan, sy tak suka menerima pelawat ke reban ayam sy. Dan bila ustazah menceritakan kenapa para pelajar ni perlu berjumpa dengan saya, sy pun mengatur tarikh yg sesuai. Iaitu semasa ayam sy dah besar.
.
Bila sy tanya ustazah, apa yg ustazah nak sy sampaikan kepada para pelajar ni. Ustazah kata, cakaplah apa saja nasihat yg berguna utk para pelajar ni. Apa yg Firdaus rasa terbaik utk mereka, itulah yg terbaik buat ustazah. Masa di MRSM, ustazah kata kepada para pelajar yg mereka akan melawat reban ayam. Ada pelajar yg kata, kami tak mahu tengok ayam ustazah. Firdaus, tolong buktikan pentingnya mereka ni jupa kamu...
.
Sy pun memikirkan, berat juga harapan ustazah ni. Ustazah nak sy beri motivasi kepada mereka ni utk berjuang dlm pelajaran. Tambahan pula, mereka ni mengikuti program Ulul Albab MRSM Kepala Batas. Dimana, mereka dikehendaki menghabiskan hafazan Al Quran sebanyak 30 juzuk dlm masa 3 tahun mereka di sana.
.
Seperti yg dijadualkan, hari Sabtu lalu mereka tiba di rumah sy...
.
Sessi bermula dengan Ustazah memperkenalkan diri sy kepada para pelajar. Ustazah pulak masa ni puji melambung sy.. Sampai ter'awang-awang' pun ada. Kemudian, sy memperkenalkan latar belakang dari segi pendidikan dan pelajaran. Dan yg penting, masa ni sy tunjuk gambar2 sy di UK dulu... Perghhh... Budak2 ni meleleh air liur teringin nak belajar di sana. Sy bagi motivasi utk menjadi pelajar cemerlang. Dunia dan akhirat. Kemudian, sy cerita pengalaman dlm perniagaan. Alhamdulillah, masa ni semua pelajar diam dan dengar dengan khusyuk. Dan akhirnya, selepas sejam sy memotivasikan para pelajar ni.. Semua pelajar rasa seronok dan berazam utk belajar bersungguh2 utk ke oversea.... Alhamdulillah.

Para pelajar yg khusyuk melihat video video yg sy pamerkan. Diakhir sessi, sy beri 5 soalan kuiz mengenai apa yg sy sampaikan. Mereka yg menjawab dengan betul akan dapat RM10 bagi setiap soalan. Sessi ni saya saja tambah utk nak tengok mereka ni alert tak dengan apa yg sy sampaikan. Ataupun, sy sorang yg dok syok sendiri bercerita di depan. Alhamdulillah, mereka ni faham sebab ramai yg berebut nak menjawab.

Kemudian, lepas habis 'berceramah'. Sy menjamu para pelajar ni dengan sedikit jamuan ringan. The deal is simple, mereka perlu habiskan semua yg ada sebelum mereka boleh keluar. What a deal, sekejap aja mereka habiskan. Hahhaha.. Alhamdulillah. Bukan senang nak dpt peluang memberi makan kepada para hafiz dan hafizah ni.

Sessi berikutnya, lawatan ke reban. Ni part yg sy paling tak minat. Sebab sy memang tak suka pelawat datang ke reban sy. Tetapi, memandangkan ayam dah besar. Sy benarkan juga la mereka ni masuk. Dengan langkah berjaga2, mereka perlu celup tapak kasut utk disinfect kuman2 dari luar.
Para pelajar wanita mengambil peluang utk bergambar di reban

Para pelajar lelaki yg datang

Dari kiri, maid ustazah, Ustazah, Anak Ustazah, Ustazah Che Som, Ustazah Maria, Muhammad Farees Al Hafiz (Amin) dan saya.

Para pelajar meneruskan perjalanan mereka ke Taiping. Ha... Kalau nak tahu, di sinilah rumah sy. Dekat dengan "Selamat Datang Ke Negeri Perak Darul Ridzuan". Sempadan Perak dengan Penang.
.
Bagi sy, bukan lawatan tengok ayam tu yg penting, tapi sessi motivasi kepada para pelajar tu yg penting. Semoga mereka semua mendapat sedikit manfaat dari apa yg sy cuba sampaikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan sy, dan urusan mereka.
.
Wassalam.

1 ulasan:

  1. bole tau alamat penuh ladang dan alamat email En firdaus tak...


    drpd

    RA Dr Fauzi
    deenler@yahoo.com
    019-2495650

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top