Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak update blog, mlm ni sy berkelapangan nak taip barang sepatah dua kata. Utk pusingan kali ni, maintenance di reban sy agak tinggi. Bermula dengan keadaan kipas di tingkat atas yg daif akibat kesilapan kontraktor pasang kipas ni 4 tahun dulu. Skrg, sy yg merasa bahana nya.

Dan akibatnya, sy terpaksa buka semua kipas ditingkat atas, dan kukuhkan kayu yg support kipas ni sebelum pasang balik. Sy ingat kejap ajer nak buat, rupa2nya ambil masa hampir sehari utk buka dan pasang balik 5 buah kipas ni. Nasib baik sy boleh buat sendiri, kalau tak susah gak sy.


Step pertama. Semua kipas dibuka dahulu. Dan kemudian pasang kayu yg kukuh utk pegang kipas ni.

Pekerja sedang pasang balik rangka kayu utk pegang kipas.


Lepas siap rangka, kipas di pasang balik. Bukan senang nak pasang kipas ni. Susah gilaa...


4 daripada 5 kipas yg dah siap dipasang.


Alhamdulillah, siap pasang semua kipas balik. The storey doesn't end there. Lepas tu semua pulley kipas kena tukar dan juga belt. Total kos hampir mencecah RM1000 utk repair 5 kipas ni sahaja.


Masa petang hari anak ayam nak masuk, satu lagi masalah berlaku. Tali yg pegang kanvas putus. Dan semua kanvas tingkat atas jatuh. Perghhhhh.. Benda ni perlu diselesaikan sebelum ayam datang pukul 9 mlm. Masa berlaku, jam pukul 6 petang. Perghhh.. Dah la kerja2 nak siapkan ambil masa yg panjang...


Sampai pukul 8 mlm, pekerja sy still berhempas pulas utk repair balik semua yg rosak.


Dan masalah tak terhenti disitu, kali ni mesin automatik utk ayam minum pulak buat hal... Kena tukar terus. Lagi RM300 utk tukar mesin ni. Tak per la, dah 6 tahun pun mesin ni berbakti.. dah banyak jasa ditabur kepada sy...

.

Dan skrg ni semua kerja2 maintenance sy yg buat sendiri bersama pekerja2 sy. Kalau nak upah orang, mak aih, lagi banyak belanja nak kena keluar.. So, kepada yg nak bela ayam.. Hahhaha.. kena belajar slow2 cara nak repair semua ni..

.

Wassalam

5 comments:

  1. ko yang repair ke pekerjako yang repair????? heheheheh.....

    Bagus la Fidot.... Ko pandai jaga budget business ko.. I'm impressed!!!

    ReplyDelete
  2. Salam... Tahniah Bro!

    ReplyDelete
  3. Apa yg nak ditahniahkan?

    ReplyDelete
  4. mak ai besau nye kipas...mcm kipas jet

    ReplyDelete
  5. mak aii bela ayam n apap2 pon..pokoknya,kene jadi seorg yg bijak n creative!

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top