Assalamualaikum,

Bulan 4 hari tu, ada seorang sahabat sy kata dia 'terpaksa' beli Ipad utk anak dia yg umur 3 dan 5 tahun. Dia pun cerita la pasal kebaikan Ipad in term of pembelajaran anak2. Dia kata anak saudara dia pun ada Ipad seorang satu. Perghhhh... Jauh dlm sudut hati sy mengatakan, tak terlalu awal ker nak belikan Ipad utk anak yg berumur 3-5 tahun.
.
Masa berlalu.... Bulan lepas, abg sy pulang ke rumah dengan anak2nya. Anak 3 org. Umur 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun. Perghhh... setiap seorang satu Ipad. Perghhhh..... Terkejut sy dibuatnya. Dan bila sy tengok budak2 ni, dia org begitu familiar dengan teknologi ni. Sy betul2 terkejut. Tu la first time sy boleh sentuh Ipad. Dan sy baru nampak kenapa sekarang ni ramai ibu bapa yg belikan ipad kepada anak2 mereka. Memang banyak benda boleh belajar melalui Ipad.
.
Then, abg sy yg sorang lagi pun beli juga Ipad utk anak dia. Perghhhh... This just can't happen. Dan.... Rupa2nya Maria dah pun beli Ipad2 melalui Online. Harga RM1799, 32GB. Dan minggu lepas baru dpt Ipad ni.


Gambar Ipad dlm kotak.


Masa baru sampai. Still dlm kotak.


Sy berhati-hati memasang screen protector. Harga protector ni pun dah RM70. Perghhh...


Ni cover pulak. Pandai Apple ni. Semuanya dijual berasingan. Cover ni pun dah mahal. Cover depan dan belakang pun lain.


Gambar belakang Ipad. Ada engrave nama Mariafirdaus di belakang tu.


Dan Farees begitu cekap menggunakan Ipad ni. Dia dah belajar cara nak sentuh touch screen ni. Alhamdulillah..


Main sambil belajar. Ada program yg sebut huruf dan dia kena sentuh huruf tu. Dan Farees dan pass main game ni. Alhamdulillah...

.

Skrg mentaliti sy dah berubah. Dulu sy selalu kata Ipad ni membazir aja beli. Tapi, lepas tengok kebaikan dia, sy rasa worth dan memang canggih pun. Cumanya, ipad ni betul2 mahal. Semuanya duit. Nak download pun kena bayar, walaupun ada yg free, tapi with limited application. Tapi ok la, tak mahal sangat pun software2 dia. Boleh tahan la. Kalau dulu beli buku utk anak, skrg masa utk beli software utk anak2.

.

Moga Ipad ni boleh membantu perkembangan dan pembesaran Farees.

.

Wassalam

1 comments:

  1. pppeerrrgghh!!!!!! Aku pun kena setuju la ngan pendapat ko.... But iPad is too expensive for me (due to my current situation)... hehehehe....

    Pandai nye Farees!!! dah pandai ABC dah.... Arissa still tak pandai cakap pun lagik.... Somehow buat Mommy Arissa risau....

    Bile agaknye bole jumpa koran sekeluarga.... :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top