Assalamualaikum,

Semalam, sy ke Kulim utk urusan pembelian kayu utk buat reban baru. Ini kali ke 3 sy visit kilang ni. Sebelum ni, sy dah visit kilang kayu di Ayer Tawar Perak 2 kali utk survey kayu. Utk kilang kayu di Ayer Tawar, 2 bulan lepas, masa sy lawat ke sana, harga kayu tu RM x2,500. Tapi minggu lepas sy ke sana harga kayu dah naik dan jumlah harga baru adalah RMx8,500. Beza sekitar RM6k utk dua bulan. Perghhhh...

Memandangkan harga kayu di sana pun dah naik, sekarang harga dah tak lari dengan harga di Kulim ni. Takut harga makin naik, sy pun cepat2 la beli kayu ni di sini. Sy booking kayu utk dua reban terus.


Tempat memotong kayu.


Pemandangan kawasan tempat potong dan simpan kayu.


Kayu balak yg dihantar ke kilang.



Lagi gambar kayu yg ada di kilang.

.

Perjanjian antara sy dengan tauke kilang tu, dia akan menggunakan kayu yg ada jenama. Bukan kayu campur. Samada kayu Mengkelat, Kayu Merbau, Kayu Keratong dan seangkatan dengannya.
.

Kalau deal kali ni berjalan lancar, insya Allah lepas ni kalau nak beli kayu lagi, boleh ke kilang ni lagi.

.

Wassalam

1 comments:

  1. lain kali boleh cuba beli kayu dekat kilang papan di Tampin Negeri Sembilan(064411327,Heng Hai) dengan harga yang berpatutan....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top