Assalamualaikum,

Hahha.. Dah lama tak update blog. Bukan apa, no news mean no update. Tak banyak perkembangan sy di sini. Tu punca sy kurang update blog.

Ayam skrg dah umur 12 dan 9 hari. So far so good. Masa 7 hari, ayam di kedua dua reban berat 175g. Which is not so bad considering anak ayam yg datang kecil. CP cakap ibu muda.

Nak menambahkan cerita, hari Sabtu hari tu, CP terlupa nak hantar dedak ayam ke reban saya. Dah la hari Ahad cuti, Isnin pun Cuti, sah sah dedak dah tak cukup direban sy. Sebagai langkah penyelesaian, sy terpaksa sewa lori dan pinjam di reban CP yg lain di Selama sebanyak 30 beg. Nasib baik Selama, kalau tak reban lain yg terdekat Pokok Sena Alor Setar.

Sekarang ni musim hujan di sini, agak sukar menternak ayam terutama masa anak ayam masih kecil. Ayam kecil memerlukan panas yg cukup. Kalau sejuk, ayam mudah terdedah kepada penyakit. Berak cair.

Baru2 ni, kipas angin sy ada problem. So dah nak kena repair kipas angin pulak. Nasib baik boleh repair sendiri. Kalau tak, mahal gak nak hantar gi Cumberland.


Blade kipas yg sentuh body menghasilkan bunyi dan merosakkan kipas tu sendiri. Nak kena buat aligment lain.


Gambar anak ayam di EP07.


Contoh gambar anak ayam yg sakit berak cair. Ayam ni perlu disembelih. Kalau tak penyakit boleh berjangkit ke ayam lain.

.

That's all for now. Till then. Wassalam.

2 comments:

  1. cara pemberian makanan utk anak ayam tu kelihatannya seperti cara manual( maaf kalau sy silap)atau Encik Firdaus guna cara automatik sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. hazam, sy guna manual sistem aja utk makanan. minuman aja yg auto. nak buat cam na, makanan auto mahal.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top