Assalamualaikum,

Sambungan dari entry yg terdahulu. Sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Sekiranya mereka sudah tiada, jangan lupa kirimkan doa setiap hari buat mereka.


* Mungkin inilah luahan hati ibu bapa kita yg kita tak dengar. Tapi, kita diberi peluang utk dengar luahan hati seorang ibu melalui video pendek ni.

Kita kurang menghargai apa yg kita ada. Tetapi mula merasa kehilangan bila benda tu dah tiada. Jadi, semasa hayat ibu bapa kita, cubalah lakukan yg terbaik utk menggembirakan mereka.

Azam sy, sy nak cuba jadi anak yang terbaik utk ibu bapa sy. Alhamdulillah, Allah memberi peluang sy tinggal bersama mereka, dan sy rasa seronok utk terus hidup bersama mereka.

Hari tu, mak sy ada cerita ada seorang kawan dia yg anak dia bagi RM3000 sebulan kepada dia. Perghhh... mendengar cerita mak sy tu, sy pun berazam mudah mudahan satu hari nanti sy dpt bagi kat mak saya RM3000 sebulan. Buat masa ni, sy hanya mampu bagi RM1000 utk parents sy sebulan. Insya Allah, kalau dah ada reban baru nanti, boleh la sy mempercepatkan hajat di hati sy ni.... Bila sy tengok, kalau mak sy ada banyak duit pun bukannya dia guna duit tu secara membazir, tetapi dia lebih suka guna duit utk bersedekah. Dan dia gembira dengan cara tu. Dia kata tu ajalah bekalan dia di akhirat.

Moga kita semua menyayangi ibu bapa kita seperti mana mereka menyayangi kita semasa kita masih kecil.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top