Assalamualaikum,

Hahaha... Dah lama sy tak update blog. Dah dekat seminggu. Kesian para pembaca yg asyik dok buka blog ni, tengok tengok tak der update. Minta maaf la. Biasala, minggu ni, sibuk sket.

Entry kali ni, sy nak citer pasal kehebatan seorang penternak yg ternak ayam dlm kapasiti yg besar. Bagi menghormati dia, sy tidak berhasrat utk mendedahkan nama penternak dan tempat ternakan ni dibuat. Sy tak mahu kalau sy tulis di sini, nanti ada pembaca yg pergi ke situ dan 'mengganggu dia' disebabkan blog sy. Bagi mengelak sebarang masalah, identiti dirahsiakan.

En. XXX dah menternak ayam dlm 2 tahun setengah. Kapiti ternakan ayam dia 84,000 ekor ayam dlm sepusingan. Banyak tu. Dia ada dua buah reban. Saiz reban 400' x 50' x 2 tingkat x 2 buah. Setiap reban berkapasiti 42,000 ekor ayam. Menggunakan semua sistem automatik. Kiranya, reban idaman sy gak la.

Canggih, memang canggih... Semua kipas boleh ON dan OFF automatik bergantung kepada suhu dlm reban. Kalau panas, kipas ON automatik, kalau sejuk kipas OFF automatik. Perghhhh... Sistem makanan dan minuman dlm reban ni pun automatik. Aircond pun ON dan OFF automatik. Bila sy tengok, sy pun dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang canggih.

Dah tengok canggih macam ni, mesti para pembaca tertanya tanya, berapa kos reban ayam ni.. Haa.. Soalan wajib ni. Jawapannya.... BIARLAH RAHSIA..... Jgn marah aaaa...

Persoalannya, kenapa sy ke reban tu. Pertama, sy nak tengok structure reban tu. Sebab sy pun bercadang nak buat reban ayam dlm saiz tu. Jadi, boleh dpt gambaran dari segi saiz kayu yg sy perlu guna. Kedua, penternak ni amat hebat. Keuntungan setiap pusingan tidak pernah dibawah RM1.50. Pusingan yg lepas dia dapat untung RM1.90 satu reban dan RM1.60 di reban lagi satu. Pergh.. Kalau didarabkan dengan RM1.30 ( untung bersih ).... Perghhhhh... Blink Blink mata dibuatnya...

Cakap banyak tak guna.. Jom kita tengok gambar reban yg sy katakan sebagai MEGA STRUCTURE ni...


Pintu masuk reban ni. Keseluruhan kawasan ni dipagar.
Gambar dlm reban yg baru siap dibasuh. Menggunakan sistem makanan auto dan minuman auto.

Wiring system yg control all the automatic part. This cost around RM20k.

Tempat nak tuang makanan. Lepas tuang, makanan akan terus masuk ke seluruh reban...

Gambar kipas dari belakang.

Gambar generator 100kVA. Harga dlm RM20k. Dia ada dua generator.

Gambar cooling pad di hadapan reban.

Pemandangan sekitar reban yg bersih. Keseluruhan reban ditutup dengan simen konkrit.

Pemandangan reban dari tepi. Yg atas setor tu sekam padi.

Pemandangan tangki minuman ayam.
Last but not least. Gambar sy tengah berbincang dengan MASTER SIFU. Kepada En XXX, sy ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima sy sebagai tetamu. Banyak ilmu yg dia berikan kepada sy. Sy berdoa mudah mudahan Allah memberi keuntungan yg lebih kepada beliau pada masa2 akan datang.

.

Back to the 1 million dollor question.... Berapa kos nak set up tempat ni...??? Cuba teka..


A. RM 800,000

B. RM1,000,000

C. RM1,200,000

D. RM1,500,000


That's all. Wassalam


* Moga satu hari nanti, sy dpt buat macam yg En XXX ni buat...

11 ulasan:

  1. Sy teka satu juta...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    agak dlm RM800K

    BalasPadam
  3. Salam En Firdaus...Siapakah intregrator pemilik reban diatas? RM 1.30 banyak untung tuuu...Harap En firdaus dapat balas mesej saya...

    BalasPadam
  4. hmm koman2 pun kalau kira stendet 1 ekor ayam bersamaan dengan RM17 kos..kalau didarabkan dengan 84000 ekor dah jadi kos RM1428000...jawapan saya xde kat dalam list tu sebab kompem2 dah lebih dari 1.5 juta..hehehehe...sistem automatik tuuuu...lagi la tinggi kos...

    BalasPadam
  5. fully auto makanan , air ,kipas dan cooling pad.RM5/ekor

    kos bina reban RM13 termasuk wiring letrik dan piping air

    sah 1.5j

    BalasPadam
  6. lihat dari control panel dia , kerja pristine dynamics.

    sg siput, perak
    kos dlm 1.2j tahun 2008

    BalasPadam
  7. RM 1.5 juta, dasyat reban beliau..

    BalasPadam
  8. bleh x sy nk tahu tentang kawalan suhu dalam reban encik ini.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top