Assalamualaikum,

Hari ni sy nak bercerita sket pasal Kasih Ibu Bapa. Masyarakat hari ini ramai yg sudah 'kurang mengambil berat' ibu bapa mereka. Ini semua berlaku kerana kekangan kerja yg melampu yg membataskan masa utk bersama ibu bapa mereka. Sy tinggal di kawasan kampung, jadi sy memang dekat dengan org tua di sini. Dan ada di antara mereka ni ada yang tinggal seorang diri, dan ada juga yg tinggal suami isteri dan kebanyakannya sudah berumur sekitar 70 tahun ke atas.

Ada dua cerita yg nak sy kongsi bersama dengan para pembaca.

KISAH PERTAMA

Sy sedang bersembang dengan kawan sy di Parit Buntar di sebuah gerai minuman. Sedang kami bersembang, datang seorang lelaki tua bertongkat dgn wajah yg hampir pitam akibat keletihan berjalan.

Bila sy nampak pak cik tua ni, sy terus ajak pak cik ni duduk minum dulu di meja sy. Sy tanya kenapa nampak penat. Dia jawab dah letih berjalan dari kedai gunting rambut yg terletak lebih kurang 500 meter dari gerai kami minum. Melihat keadaan dia, terus sy ajak pak cik ni minum sekali.

Bila sy tanya kenapa pak cik jalan jauh sangat, dia cakap dah lama sangat dia tunggu teksi tapi teksi tak dak di kawasan tu. Jadi, dia kena jalan kaki sambil bertongkat ke jalan raya besar utk cari teksi. Dan sampai lah dia ke gerai minuman tu akibat terlalu letih.

Sy tanya dia rumah di mana, dia jawab di XXXXX yg terletak lebih kurang 10km dari gerai tu. Yg menjadi masalahnya, rumah dia terletak opposite direction dengan rumah sy. Melihat keadaan pakcik yg dah terlalu penat tu, sy pun cakap la pak cik ambil nafas panjang2 dulu, bila dah ok nanti sy tolong pi hantar dia ke rumah. Dia pun bersetuju.

Dalam perjalanan pulang sy pun bersembang dengan pak cik ni:

Saya : Pak cik sekarang tinggal dengan siapa?
Pak Cik : Pak cik tinggal dengan mak cik dua org saja.
Saya : Anak pak cik semua ada berapa org?
Pak Cik : Anak pak cik semua enam orang.
Saya : Anak pak cik tak dak yg duduk sekali dengan pak cik ka?
Pak cik : Tak. Depa semua duduk jauh.
Saya : Anak pak cik kerja apa?
Pak cik : Anak pak cik ada yang kerja askar, ada kerja nurse, .............................
Saya : Anak pak cik kerja bagus2 jugak. Depa ada kirim duit tak kat pak cik bulan2.
Pak cik : Tak... Depa pun tak cukup duit. Macam mana depa nak bagi kat pak cik.
Saya : Habis tu, pak cik makan ambil duit mana? Duit pencen ka?
Pak cik : Tak, pak cik tak dak pencen. Pak cik dpt duit dari Jabatan Kebajikan Msykt. Sebulan RM200 utk dua org pak cik dan mak cik.
Saya : RM200 sebulan cukup ka pak cik utk dua org.
Pak cik : Tak cukup pun bagi cukup la. Pak cik ni susah, semua org bantu. Air dan letrik pun ambil dari rumah jiran saja. Nasib baik jiran nak bagi. Makan pun apa yg ada saja.
Saya : Anak anak pak cik selalu balik tak?
Pak cik : Jarang jarang balik. Susah la nak cakap. Depa dah buat hal sendiri sekarang ni.

Kesian sy dengar cerita pak cik ni. Dan tak lama kemudian, sy pun sampai ke rumah pak cik ni. Masya Allah, kesian sy rasa, daif sungguh rumah pak cik ni. Masa sampai, keluar seorang perempuan tua, yg lebih uzur dari pak cik tadi. Rupa rupanya ni la isteri pak cik tu. Melihat kedaifan pak cik dan mak cik tu, sy rasa kesian dan sy bagi sedikit duit utk pak cik dan mak cik tu buat belanja. Dia ucap terima kasih dan sy pun pulang.

KISAH KEDUA

Hari Isnin lepas, sy nak berangkat ke Kuala Lumpur. Sebelum bertolak sy pergi ke stesen minyak di sini utk isi minyak kereta. Setiba di Petronas Kg Kedah, ada seorang pekerja stesen minyak di situ meminta tolong sy utk menghantar 2 org tua ke Majlis Daerah Kerian. Dah lama pak cik dan mak cik ni tunggu teksi, tapi teksi tak mai.

Pergh..... Ada masalah la. No satu, sy dah kesuntukan masa sebab nak bergerak ke Kuala Lumpur. Dan kedua, kereta sy dah penuh berisi barang. Tak muat utk nak naik lagi dua orang.

Melihat keadaan pak cik dan mak cik ni yg terlalu daif, sy rasa kesian dan sy kata tak pa la. Tunggu sekejap sy susun barang dalam kereta utk dia org duduk. Lepas tu, sy pun bawa la pak cik dan mak cik ni ke Majlis Daerah Kerian. Dalam perjalanan, seperti biasa la saya pun temuramah la pak cik dan mak cik ni. Bukan apa, sy nak faham, kenapa org yg dah lanjut usia macam pak cik dan mak cik ni masih lagi perlu keluar rumah dan bersusah payah dlm kesihatan yg terhad utk pergi ke Majlis Daerah.

Saya : Pak cik dengan mak cik nak ke Majlis Daerah utk buat apa?
Pak cik : Majlis daerah panggil pak cik pi ke sana.
Saya : Kenapa depa panggil pak cik pi?
Pak cik : Pak cik pun tak tau. Tapi depa bagi surat.
Saya : Mai saya tengok surat tu.

Pak cik tu pun menghulurkan surat tu kepada saya.

Saya : Ni surat saman pak cik sebab tak bayar cukai pintu. Jumlah kena bayar RM21.75.
Pak cik : Apa surat saman? Pak cik tak tau pun. Pak cik pi sebab ingat depa panggil pak cik.
Saya : Tak pa lah pak cik, nanti sy bawa pak cik ke Majlis Daerah tu.

Saya hairan kenapa pak cik tu tak suruh aja org lain yg pergi. Kenapa dia yg perlu pergi. Dah la tua, jalan pun dah tak larat dah. Kesian sungguh sy tengok.

Saya : Kenapa pak cik tak suruh anak pak cik aja yg pi bayar saman ni?
Pak cik : Depa mana ada masa nak mai tolong buat kerja2 macam ni. Kalau pak cik tak pi dengan mak cik, siapa lagi yg nak pi.
Saya : Kenapa pak cik kena pi dua dua orang. Kenapa pak cik tak pi sorang saja?
Pak cik : Pak cik pun bukan larat. Dah tak larat ni. Bawa mak cik utk teman, takut takut jatuh.

Yg sy tengok, dua dua dah tak larat. Dua dua nak jalan pun dah tak betul. Kalau sorang jatuh pun mesti lagi sorang tak larat nak tolong.

Saya : Anak pak cik berapa orang?
Pak cik : Ramai, lapan orang.
Saya : Sorang pun tak tinggal dengan pak cik?
Pak cik : Tak, lepas depa kawin semua buat hal masing masing. Dah tak kisah ngan kami kat sini.

Melihat kedaifan pak cik dan mak cik ni, sy ingat dlm hati, tak per la. Biarla sy aja yg bayar duit saman tu dan kemudian hantar balik dia org ke rumah dia org. Sebab sy pun dah urgent ni nak ke KL.

Setiba di Majlis Daerah, sy minta surat saman tu dan sy pi bayar saman. Setiba di kereta, pak cik tu marah sy. Kenapa sy bayar saman tu? Dia cakap Majlis Daerah panggil dia datang. Bukan suruh bayar saman.

Saya : Pak cik, sy bayar sebab sy kesian kat pak cik. Dan sy pun nak cepat, jadi sy bayar dan kemudian sy boleh hantar pak cik balik terus. Kalau tak, nanti pak cik kena cari teksi pulak. Bukan senang nak cari teksi sini.
Pak cik : Tak, pak cik nak jumpa pegawai di sini jugak.
Saya : Ok lah pak cik, kalau macam tu, pak cik pi ke pintu ni. Jumpa org didalam. Tapi, sy dah tak boleh tunggu sebab sy nak ke KL.
Pak cik : Ok, pak cik nak turun.

Sy pun tinggalkan pak cik tu di Majlis Daerah. Sy kesian tengok, dah terketar2 nak jalan. Tapi, sebab sy pun ada urusan lain, sy tak dpt nak tolong lebih2 pak cik dan mak cik tu.

Pengajaran

1) Sy rasa sedih tengok pak cik dan mak cik tua yg terpaksa menguruskan semua urusan kehidupan mereka bila mereka dah tua. Mereka ni dlm keadaan lemah dan daif serta miskin.

2) Sy kesal dengan sikap anak2 hari ni, ramai yg kurang ambil berat ngan ibu bapa mereka. Ada yg langsung tak menghulurkan duit barang seringgit dua kepada ibu bapa mereka. Sedangkan ibu bapa mereka lah yg menjaga mereka masa mereka kecil dulu.

3) Ibu bapa boleh jaga 10 org anak, tapi 10 org anak belum tentu boleh jaga ibu bapa mereka.

4) Telefon lah ibu bapa anda sekerap mungkin. Balik lah menjengok mereka kerana mereka terlalu rindu kasih sayang dari seorang anak. Hulurkan lah sedikit duit bagi meringankan beban mereka. Walaupun gaji kita kecil, kita bagi sedikit. Insya Allah, dengan KEBERKATAN memberi duit kepada ibu bapa, mudah mudahan Allah akan menambahkan rezeki kepada kita.

Moga kita semua dpt ambil iktibar dari kisah ni. Sekian. Wassalam.

3 comments:

  1. nice post... saya pun dah lama tersedar keadaan masyarakat skrg nie.. abaikan ibu bapa.. salah siapa?

    - kementerian / kerajaan .. kuatkuasakan undang ibu bapa terabai?
    - guru2 di skolah tak ajar bab jaga ibu bapa masa skolah2 dulu?
    - pihak media tak main kan sgt isu ini?
    - atau didikan ibu bapa itu sendiri?

    ReplyDelete
  2. kisah ke dua tu bahaya sikit...kalau tak kenal jangan bagi tumpang... banyak kes sindiket...kalau saya tak kenal jangan harap nak bagi tumpang...tak kisah la org tua ke..dah ada kes pun...kalau kenal tak apa lah...

    ReplyDelete
  3. Salam utk semua
    kita perlu bantu pd org tua yg kesusahan tanpa mempertikai nawaitu seseorg... itu kehendak ISlam. Nanti Allah bantu kita bila kita dlm kesusahan

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top