Assalamualaikum,

Mak sy dia ada duit lebih sket skrg ni, dan dia pun mengambil peluang dengan rezeki yg Allah beri lebih sket kat dia skrg ni, dia infak sekitar RM2500 utk buat lantai masjid yg baru di kg sy di Masjid Hijau.

Sy hanya membantu dia utk menguruskan pembikinan lantai masjid ni. Sekitar 600 kaki persegi. Dan sy minta tolong kawan sy Mortin ( Yg Ada Cerita Pasal Dia Dlm Travelog Umrah - Part 15 ) utk buat kerja ni.


Mortin memulakan pemasangan mozek yg pertama
Dan yg seterusnya. Dijangka esok siap.


Sy tengok sikap mak sy, seronok rasa. Bila dia ada duit lebih sket, dia akan tengok apa yg dia boleh sumbangkan. Samada ke surau, masjid atau pun bantu org susah. Bila sy tanya, kenapa dia cakap utk bekalan di hari kemudian. Mudah2an amalan hari ni diterima Allah utk bekalan ke akhirat. Semoga keikhlasan mak sy ni diterima Allah. Moga diberi rezeki yg lebih kepada mak sy dan dikurniakan kesihatan yg baik kepadanya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top