Assalamualaikum,

Dapat lagi soalan dari pembaca blog. Dia tanya melalui ruang comment dlm entry sy sebelum ni. Utk kebaikan semua, sy jawab di sini.

Soalan :

alamualaikum... abg firdaus,, saye taufiq dari melaka, saye dah lebih kurang enam bulan menjalan kan ternakan ayam daging kecil kecilan.... untuk pengetahuan abg, satu round saye ternak cume 100 ekor sahaja.. tapi saye ade masalah dengan ayam saya yang round 6. round 7.. masalah saye ialah saye pn tak tau kenapa ayam2 saye nie lambat besar n bila dah sampai hari 38 ayam memg saiz ok tapi berat kurang paling ringan pn sekilo sahaja... sedang kan saya menggunakan baka cobb.. bila jadi nya masalah mcm nie saya pn susah nak jual.... munngkin ade pendapt abg untuk menyelesaikan masalh ini...ape pn seala jasa abg amat saya hargai..

Jawapan:

Waalaikumsalam,

1) Sebenarnya, memang ada masalah bila ternak ayam sket. Pendek kata, jaga ayam 10,000 ekor lebih mudah dari bela ayam 100 ekor. Sebab, bila ternak ayam dlm kapasiti yg banyak cost per bird akan berkurang. Dan lebih mudah diuruskan.

2) Sebagai contoh, utk pembesaran ayam yg optimum, anak ayam perlu panas dlm 7 hari yg pertama. Bila kita ternak dlm kapasiti yg besar, kita boleh guna heater utk panaskan anak ayam. Tapi, bila bela sket kita 'tak mampu' nak pasang heater utk panaskan ayam. Dan bila penjagaan pada masa anak kurang baik, ayam akan susah membesar dengan baik.

3) Contoh seterusnya, utk ayam membesar dengan sihat, ayam perlukan ubat yg betul dan mencukupi. Kalau kita bela ayam banyak, kita boleh beli lebih banyak ubat sebab cost per bird still murah. Bila kita ternak ayam sket, misalnya 100 ekor ayam. Kita 'tak mampu' nak beli ubat ayam yg terbaik sebab satu ubat pun boleh mencapai kos RM200 sekilo. Itu baru satu ubat, belum masuk ubat2 lain. Dalam satu pusingan kena guna 5-7 jenis ubat utk membesarkan ayam dengan sihat.

4) Jadi, bila ada pelbagai masalah, macam mana ayam nak membesar dan memberat. Ada lagi punca2 lain kenapa ayam tu tak berat. Tapi, sy hanya nyatakan point yg penting saja.

Sekian. Wassalam.

3 comments:

  1. takut jugak ye bile dengar ayam besar sebab ubat...

    ReplyDelete
  2. Ha... baru ko tahu... ayam makan ubat utk elak ayam sakit. Bila ayam tak sakit, baru dia dapat membesar dengan sihat dan riang. Baru org dpt makan ayam sihat, kalua tak, org makan ayam sakit la...

    Dan jangan takut makan ayam sebab ubat, seminggu sebelum jual ayam, ubat akan dihentikan. So, masa jual ubat biasanya badan ayam free from medicene.

    Harap maklum. Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    suami saya ada menternak ayam kecil-kecilan.. batch pertama dalam 500 ekor.. da selesai dijual... masalah dtg pada ayam batch ke 2.. dah lebih 45 hari.. berat ayam tak lebih dari sekilo.

    sekarang buntu.. nak jual.. payah.. nak biarkan ayam2 tu terus macam tu.. takut sia2 mati..

    mohon pendapat tuan..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top