Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog. Bukan tak nak update, tak tahu apa nak update. Lagi pun, bila sy update, it's a one way communication. Not much respond from reader. Tu yg sy kurang semangat nak update blog. Rasa macam ckp sorang sorang pun ada...

Anyway, result kedua2 reban dah dapat. Dan Alhamdulillah, result memberangsangkan. Walaupun tak lah hebat sangat, tapi boleh tahan. Bersyukur.

Dah boring sy rasa, lepas habis ayam, terus tak der kerja. Biasanya dlm 60 hari, sy kerja dlm 7 hari aja. Masa jual ayam. Yg lain, lebih kepada pergi visit reban sekali sekala. Sebab semua pekerja sy dah mahir skrg ni. Kebanyakan kerja dia org uruskan. Cakap pun sket2 aja.


Untuk mempercepatkan proses basuh reban di reban sy. Sy beli mesin pam angin ni. Bila guna mesin ni boleh menjimatkan masa pekerja sy. Kalau tak nak kena sapu lantai di reban. Tapi skrg tak perlu sapu lagi, hanya guna mesin ni dan terus pam utk kumpul semua habuk dan sampai di satu tempat sebelum di kutip dlm guni. Then baru basuh reban. Lebih mudah dan cepat.


Tengok, sekejap aja lantai bersih. Kerja2 membasuh reban menjadi lebih mudah dan cepat. Motor yg sy beli ni pun murah aja, RM255. Made in China aja la. Yg penting boleh pakai.


Lepas dah siap cuci dan racun di reban, reban ditabur dengan sekam padi. Dan kerja2 ni semuanya dah selesai.


Sekam padi yg dah siap ditabur dlm reban. Skrg semua persiapan menanti kedatangan anak ayam dah selesai. Insya Allah, kalau tiada aral melintang, anak ayam akan masuk hari Jumaat dan Isnin ni. Moga Allah beri yg terbaik. Wassalam

8 comments:

  1. asalamualaikum saudara Firdaus...sebenarnya saya dan mungkin juga orang lain (peminat blog saudara)memang selalu tertunggu-tunggu cerita terbaru tentang perkembangan dan berita terkini dari saudara Firdaus. Setiap hari memang rutin saya menjengok blog saudara kalau-kalau ada cerita/berita terbaru. Saya harap saudara teruskan menulis....terima kasih

    ReplyDelete
  2. kehadiaran saya untuk memberikan semangat untuk blog MariaFirdaus. byk pkra saya yang belajar dari blog ini. harap tidak terhenti ditengah jalan. ini kerana saya sendiri peminat blog MariaFirdaus. teruskan penjuangan agar perjalanan hidup serta perniagaan agar dapat mengambil iktibar serta bersedia sedia dalam menghadapi dalam perniagaan terutama dalam pertenakan Ayam. teruskan usaha!!

    ReplyDelete
  3. amboi firdaus x kan merajuk kot. hari2 k.ros tunggu update baru. projek reban baru camner dah?

    ReplyDelete
  4. ehm...sy follow dlm diam..dr blog ni bt sy smgt...tanah dh di bersih..insyaAllah bln dpan kerja2 pmbinaan reban akan dijlnkn..doakn kejayaan utk sy...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    Saya sentiasa mengkkuti perkembangan blog saudara, saya ingin pelajari bidang ini
    insyaAllah jika diberi jln saya akan ceburi bidang ini nanti.

    ReplyDelete
  6. saya sebagai penternak ayam kampung kecilan juga tertunggu2 perkembangan blogni. banyak input yg berguna.

    soalan? apa kebaikan menggunakan sekam padi dri habuk kayu? adakah habuk kayu boleh memudaratkan anak ayam?

    FYI sya menggunakan habuk kayu utk reban asuhan. thanks. ~zam

    ReplyDelete
  7. salam.......abg ...brape modal yg diperlukan utk memulakan perniagaan pmenternak ayam daging...dengan skala 500 ekor ank ayam....brape yg diperlukan wang utk membiayai makanan 500 ekor ...dan seterusnya......

    ReplyDelete
  8. lagi satu ....sekam padi nih ap gune nyer.dan najis ayam boleh dijual.....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top