Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan Innalillah... Dah lama sy tak update blog ni. Dah berhabuk jadinya.. Dah beberapa org yg tegur personally, secara emel, facebook kenapa sy tak update blog. Sebenarnya, sy sibuk sgt... Banyak kerja yg sy uruskan sepanjang minggu lepas. Terutamanya proses meratakan tanah tapak projek sy yg baru.

Alhamdullilah, peringkat pertama usaha sy utk meratakan tanah ni dah selesai. Ni gambar2 yg sempat sy ambil dari tapak projek baru.

Kerja2 meratakan tanah menggunakan back hoe dan eskabator

Dari pandangan pemandu back hoe yg sedang menolak tanah.

Guna eskabator utk buat titi utk masuk ke tapak projek dari jalan utama.

Gambar titi yg dah siap. Kemudian guna back hoe utk ratakan tanah di tempat tu.

Fasa pertama, meratakan tapak projek yg dah selesai. Tapi, belum masuk fasa kedua. Tanah sy sebenarnya sampai ke pokok sawit di belakang tu. Maksudnya, ada tanah merah yg perlu di keluarkan dari tapak projek ni. Dan proses ni dijangka mengambil masa selama sebulan.
.
Innalillah... Kerja sy tersangkut kat fasa pertama. Tak boleh bergerak ke fasa kedua. Ceritanya mcm ni. Org yg nak beli tanah merah sy dulu, skrg cancel the plan. Dia tak jadi beli tanah. Because of that, skrg kontraktor A yg buat kerja ni dah tak tahu nak tolak ke mana tanah merah ni. Dijangkakan ada sekitar 4000 lori lagi tanah merah tu. Before this, dia hanya mengharap dengan buyer tu ajer. Tapi disebabkan buyer tu buat hal last minit, sy yg terpaksa menanggung akibatnya. Dengan kontraktor ni, dia janji akan bayar sy sekitar RM20,000 lepas semua tanah tu dijual. At least dpt la duit sket. Tapi skrg ni, nampak mcm hilang punca sy jadinya.... Dah la tu, sy pula yg kena bayar sewa mesin sekitar RM10,000 sebab dia tak dpt jual tanah merah tu.
.
Sebelum sy deal dengan kontraktor ni, sy dah survey dengan sorang kontraktor B. Ada ka patut, dengan kontraktor B ni dia minta sy RM30,000 utk dia ratakan tanah sy ni. Kemudian baki tanah merah tu dia akan jual dan semua duit dia akan ambil. Wahhhh.. Kiranya makan besar la dia ni. Sebelum tu, kontraktor B ni belanja RM4,000 utk dia buat Topografi pelan tanah sy.
.
Disebabkan ada pilihan yg kedua iaitu Kontraktor A yg nak bagi duit kat saya, sy pun pilih kontraktor ni. Bila Sy pilih Kontraktor A, Kontraktor B mengamuk la kat sy. Aduh..... Bukan sy tak mau pilih dia, dah dia minta mahal sgt. Sampai minta RM30,000 dari sy. Takkan sy nak ambil dia juga kot. Sedangkan Kontraktor A nak bayar sy duit. Sy rasa siapa pun dlm dunia akan ambil yg dpt duit. Siapa nak bayar duit...
.
Dan skrg Kontraktor A yg sy pilih dah tak dak choice, so dia pi sembang dengan Kontraktor B minta tolong B ambil tanah merah ni. Terus Kontraktor B ni marah kat Kontraktor A. Pertama sebab potong line dia, kedua dia kata sy 'tipu' dia sebab kata nak bagi projek tu kat dia. Aduh..... Kerja sy belum bermula lagi ni, tapi masalah dah mcm2. Kalau nak cerita keseluruhan masalah sy setakat ni, sy takut nanti tak dak siapa yg nak berani bela ayam. Memang mcm2 masalah yg timbul.
.
Mcm mana ni, sy dah mati akal. Esok, Kontraktor A nak try jumpa Kontraktor C pulak. Tanya kalau2 C boleh tolong A. Dah harapan sy mudah2an Allah bagi petunjuk kat sy utk dpt yg terbaik. Sy dah tak tahu nak buat apa skrg ni... Projek sy tak boleh jalan selagi tanah ni tak level. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ini.. Amin...
.
Wassalam...

1 comments:

  1. sabar bro, insyaAllah ada jalan keluar tu. biasala dugaan menjadi usahawan:)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top