Assalamualaikum,

Sy buat entry ni di Butterworth. Di Kedai Econtin. Utk tinted cermin kereta. Sy buat appoinment pukul 10 pagi. Dan dia kata dlm 2 jam siap. Sy pun menunggu dengan penuh harapan sebab banyak lagi kerja nak kena selesaikan di Parit Buntar.

Kalau nak ikutkan, Kedai Honda yg sy beli kereta tu bagi SAFETY TINTED free with 5 years warranty worth RM1500. Tapi Maria tak mau pulak. Dia nak tinted either V Cool Elite atau Ecotin. This is based on her research through internet. Only this two brands had good feedback from customer. So, she insist to have either this one. Since Ecotin cost me cheaper. So, I chosed Ecotint.

Ni gambar masa pasang tinted di kedai tu.

Tinted cermin belakang.

Pasang yg tepi pulak.

Lagi gambar pemasangan tepi. Mula2 sukat di cermin luar sebelum final cut bila dah melekat di bahagian dalam.

Cermin ni perlu di ratakan serata ratanya and it really takes time.
Nampak tak kat tangan dia, yg mengelembung tu. Dia tak dpt lekatkan tinted tu dengan baik. Walaupun dia dah cuba lekatkan hampir 1 jam. Hanya utk bahagian kecil tu sahaja. Dan kemudian, dia terpaksa buka semua lapisan tu, dan buang dan buat lain. Ni utk cermin depan. Utk cermin belakang, siap dlm 1 jam. Utk cermin depan ni tak leh nak siap. Dan selepas berhempas pulas, kena buat lain. So, nak kena tunggu lama lagi la. Aduhh... Meletihkan. Dia kata, kalau tak boleh tunggu, balik dulu. Nanti datang lain. Adoyai. Bukan kerja senang. Nak datang balik sini.

Cermin tepi yg dah siap.

Logo Ecotint di bahagian belakang.
.
Sekarang, jam dah pukul 3 petang. Tapi belum siap lagi. Aduh.. tak larat dah nak tunggu. Agak2, pukul 4 pun tak siap lagi ni... Apa mau buat. Sabar dan redha, dan tunggu ajalah.
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top