Assalamualaikum,

Petang tadi, sy terima anak2 baru. Jumlah 19k dan ditempatkan di reban EP11. Kali ni waktu reban rest agak singkat, dlm 7 hari sahaja dari lepas racun reban. Agak cepat, sepatutnya anak ayam masuk 21 dan 22 hb ni. Tapi saya saja masuk cepat sket.

Pekerja sedang mengangkat kotak anak ayam dari lori masuk ke reban.

Pekerja sedang timbang 3 kotak anak ayam. Biasanya berat 16kg. So, kalau dpt berat sekitar 16kg ok la anak ayam tu. Insya Allah...

Kotak anak2 ayam dah siap disusun dlm reban. Menunggu masa utk dibuka.

Heater anak ayam utk memastikan anak ayam panas semasa waktu malam.

Statement anak ayam di EP11 19k.

Lagi gambar anak ayam dimasukkan ditingkat atas. Ayam tingkat atas betina dan tingkat bawah jantan. Org tanya sy, mcm mana nak kenal anak ayam jantan dan anak ayam betina. Jawapannya.... Cek la setiap ekor. Lepas tu asingkan setiap ekor ikut jantina.
.
Moga kali ni dpt rezeki lebih dengan anak2 ayam ni. Moga Allah beri yg terbaik.
.
* Tadi sy jumpa dengan manager CP, dia datang reban. Dan cakap, "Sorry to say Firdaus, last batch your performance among the worst compared to others. All other farmers gained more profit than you."
.
Tak per la, Allah dah tetapkan sy dpt rezeki banyak tu. Bersyukur ajala.... Kita dah usaha yg terbaik. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.
.
Wassalam

3 ulasan:

  1. asalamualaikum saudara...nak tanya.. betul ke kene cx seekor-seekor dlm jumlah yg bukan sedikit(19000 ekor, banyak tu) utk pastikan JANTINA...nak tau juga berapa lama masa diambil nak lepaskn anak ayam tu ke reban?

    BalasPadam
  2. Salam Hazam,

    Rasanya dah tersalah faham. Bukan sy yg kene check. Semasa di hatchery, pekerja di kilang akan cek setiap ekor utk pastikan jantan atau betina. Then, asingkan. Jantan dlm kotak lain dan betina dlm kotak lain. Bila sampai ke reban, kita terus asingkan ikut kotak, jantan di tingkat bawah, betina di tingkat atas...

    BalasPadam
  3. ohh maafkn sy...terima kasih atas penerangan tadi..blog saudara ini amat berguna utk sy dan org2 lain yg ingin menceburi bidang ternakan ayam di masa akan dtg. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top