Assalamualaikum,

Al kisah, belum penat letih lepas jualan ayam. Kena usahakan pengeluaran baja tahi ayam pulak. Ada satu customer yg minta sy uruskan penghantaran baja ke tempat dia. Sy pun sewa lori, dan nak dijadikan cerita... TARA......

Lori terbalik dan masuk ke dalam sungai akibat titi patah. Mungkin sebab lori tu berat sangat. Habis baja tahi ayam jatuh ke dalam sungai.

Pandangan dari sudut lain gambar lori jatuh ke dlm sungai.

Terpaksa guna 2 back hoe utk angkat lori ni. Dan Alhamdulillah boleh naik.


Baja2 yg masih berada didalam sungai. Terpaksa di angkat secara manual.

Yg menariknya, lori ni boleh jalan lepas angkat naik. Rosak tak banyak sangat. Cuba teka, lori tu dah terlepas ke seberang jalan. Dan tak dak jalan keluar. Macam mana lori ni patah balik ke seberang sini. Jawapannya, lori ni masuk ke dalam sungai dan naik balik ke atas dengan bantuan back hoe. .
.
Itu lah sahaja cabaran2 yg terpaksa dihadapi. Sebenarnya semua ni kira masalah lori la. Tapi sy rasa bertanggung jawab utk pi beri sokongan. Dan bantu sket tauke lori ni utk repair lori dia...
.
That's all. Wassalam

3 comments:

  1. masyaAllah, lori pun bole terbalik..dugaan2

    ReplyDelete
  2. Setelah diteliti jambatan besi tersebut tiada penahan langsung di bahagian bawahnya. Besi yang kuat pun boleh bengkok. Dah nak jadi dan ditakdirkan pulak lori en.firdaus kita plak lalu. YB Daud ada datang melawat tapak kejadian bersama orang2 kuat beliau. Pada hari Isnin berikutnya plak Pengurus RISDA Plantation serta Penyelia projek datang melawat dan bersetuju tentang beberapa perkara yang di bangkitkan berkaitan pengangkutan buah dari dalam ke ramp.

    ReplyDelete
  3. berapalah agaknya kos untuk membaik pulih jambatan tersebut?

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top