Assalamualaikum,

Dah lama tak update cerita ayam. Skrg ayam di EP11 dah berumur 29 hari dan EP07 umur 26 hari. Kalau nak ikut progress, ayam di EP11 nampak kurang besar. Tak macam biasa. Berat pada hari 28 lepas timbang pun ok ok aja. Tak memberangsangkan.

Pada pendapat sy, mungkin sebab bubuh vaksin ND pada umur 23 hari. Sebab dah banyak kali sangat letakkan vaksin. Ayam stress dan kesannya, lambat membesar. Aduh...

So, hari 28 semalam, sy panggil Dr CP utk datang lawat reban. Bagi pandangan nak buat apa dengan ayam ni. Lepas tu, dia pun bagi cadangan untuk bagi ubat Amoxicilin + Norflo utk cuci usus dan ubat antibiotik utk ayam.

Frankly speaking, Dr yg datang pun confuse kenapa ayam ni tak berat. Tapi ayam ni sihat kata Doktor. Masa dia datang, ni antara aktiviti yg biasa Dr buat.

Cek Najis ayam. Kalau najis ayam macam ni, maksudnya ayam tu sihat. Berketul dan warna hitam serta putih.
Ayam2 yg mati pada pagi hari 28.

Dr operate ayam dan cek keseluruhan badan ayam.Dia kata nampak ayam ni memang betul2 sihat. Memang tak dak masalah.

Ni usus ayam. Warna usus ayam yang sihat memang macam ni.

Organ dalam ayam tidak menunjukkan ayam ni sebarang tanda2 sakit.
.
So, Dr advise lepas ni bubuh Vitamin + Gula utk menambah kesihatan ayam2 ni. Oklah. That's all for now. Till then, wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top