Assalamualaikum,

Hari ni ayam di EP11 umur 21 hari dan di EP07 18 hari. So far, Alhamdulillah.. Ayam membesar dengan sihat. So far, tiada masalah2 besar. Semua masalah2 kecil aja.

Masa ayam umur 14 hari, berat ayam mencapai standard yg diperlukan. Alhamdulillah, EP11 berat jantan 460g dan betina 450g. Di EP07 pun sama, jantan 464g dan betina 450g. So, mencapai sasaran utk berat pada hari ke 14.

Masa umur ayam 16-17 hari, ada nampak tanda2 ayam kena cacing. Tapi still peringkat awal. So, tanpa berlengah lagi, sy terus bubuh ubat cacing di kedua2 reban utk prevention. Dan sekarang ni keadaan nampak terkawal. Taik ayam pun dah tak basah sangat dan tak banyak dah taik ayam yg ada tanda2 cacing... Biasanya, utk penyakit cacing, sy bubuh ubat SQ atau ESB3. Yg penting, ubat tu mesti contain Sulphurquinaxeline.... Utk membunuh cacing2 yg ada dlm usus ayam tu...

Skrg sy bubuh vitamin + gula kepada ayam. Utk stimulate dia punya body so that dia boleh absorb makanan ayam jadi daging instead of waste. Doktor CP pun dah datang lawat farm dan dia kata ayam ok. Alhamdulillah..

Baru2 ni sy dpt call dari kawan, dah banyak penternak yg kena serangan ND. Virus ND ni kira agak ditakuti oleh kebanyakan penternak sebab kesan dia amat teruk. Kalau kena ND, kematian boleh mencapai 75% dan kalau kena macam ni.. Alamatnya, bungkus la... Kena tuggu 2-3 pusingan punya untung utk cover kerugian satu pusingan... Nauzubilla..

Minggu lepas, ada farmer CP di Baling, dekat Redang Panjang yg kena ND. Ayam masa umur 30 hari dah terpaksa dijual. Berat ayam masa tu baru 1.4kg-1.5kg. Terpaksa juga jual sebab kematian ayam masa tu amat menakutkan... Sehari mati dlm 500 ekor.. Fuhh.. Berpeluh tuan reban...

Rasanya, cukup dulu utk update hari ni. Till then. Wassalam

1 ulasan:

  1. Salaam. Sy nak tanya, ubat cacing yg awak gunakan tu jenama apa, dimana boleh saya dapatkan. sy buat ternakan ayam secara free-raging, jd serangan cacing ni senang menular. Harap awak boleh bantu sy. Terima kasih.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top