Assalamualaikum,

Pada hari Isnin lepas, sy berkesempatan untuk menghadiri Kuliah Bulanan Datok Hj Shamsuri Ahmad di Taman Kerian, Parit Buntar. Alhamdulillah, Alllah memberi sy masa dan kelapangan utk menghadiri 'taman-taman syurga' bagi menambah ilmu di dada....

Al Fadhil Ustaz Shamsuri memang seorang yg hebat dlm memberi ceramah. Rasanya kalau org di Utara ni, semua kenal dia. Kuliah Maghrib dia seoalah2 ada aura. Bila dia yg bagi ceramah, akan penuh satu surau tu + kena buat khemah khas di luar utk menampung bilangan jemaah yg ramai hadir.

Bagi sy, cara penyampaian dia mudah difahami. Diselit dengan unsur-unsur jenaka, membuatkan seorang pun tak leh tidur dalam kuliah dia... Kadang2, kita dah dengar tentang sesuatu perkara tu dah banyak kali. Kita buat tak tahu aja... benda tu tak masuk dlm diri kita. Tapi, bila Al Fadhil Ustaz Shamsuri yg bercakap, benda yg sama dengan cara pengolahan yg berbeza. Benda tu terus menusuk masuk ke jantung kalbu kita...

Dan sy nak kongsi sket ilmu yg sy dpt kutip dari beliau pada mlm tu dengan rakan2 di sini...

Selepas Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda bersama kaum Muhajirin berkumpul di suatu tempat mendengar tazkirah daripada Nabi Muhammad. Pada ketika itu, kaum Muhajirin berada dlm keadaan yg amat dhaif kerana mereka baru saja berpindah ke Madinah. Mereka berhijrah dengan hanya membawa pakaian dan iman mereka sahaja. Selebihnya di tinggalkan di Mekah.

Di Madinah, mereka menumpang di rumah kaum Ansar yg merupakan penduduk tetap di Madinah. Dlm majlis tazkirah tu, melihat keadaan kaum Muhajirin yg berada dlm keadaan terlalu susah, Nabi Muhammad S.A.W bertanya kepada para sahabat:

"Akan datang satu zaman dimana umat manusia waktu tu berada dlm keadaan yg mewah. Mereka tinggal di rumah besar, kenderaan yg besar, mempunyai segala keselasaan dlm kehidupan dan sentiasa dilimpahi dengan makanan yg mewah." Kemudian, Rasulullah bertanya kepada sahabat "Bagaimana kamu rasa keadaan kamu kalau kamu hidup pada zaman itu?"

Para sahabat menjawab "Nescaya, kami akan lebih mudah dan mempunyai banyak masa utk beribadah kepada Allah." Lantas baginda menjawab "Percayalah, keadaan kamu sekarang ni lebih baik berbanding kamu berada dlm keadaan yg diceritakan tadi". Para sahabat tercengang dan kemudian Nabi Muhammad menjelaskan. Antara yg diulas oleh Al Fadhil Ustaz...

Apabila sesorang manusia tu kaya, dia lebih mudah utk lupa Allah berbanding org yg susah. Org yg Allah uji dengan kesusahan lebih mudah menghadapi berbanding org yg Allah uji dengan kemewahan.

Ada sesetengah org, yg kaya ingin menjadi bertambah kaya dan seterusnya, dalam masa yg sama mereka sibuk dengan urusan perniagaan mereka dan akhirnya mereka akan kurang beribadah kepada Allah. Dan lebih menakutkan, kalau mereka ni rasa kekayaan ni datang hasil usaha mereka sendiri, bukan daripada kurniaan Allah. Dan akhirnya, mereka abai dan angkuh utk patuh perintah Allah.

Al Fadhil Ustaz memberi beberapa ulasan, sudah menjadi sifat manusia utk membuat 3 perkara:

1) Manusia akan berfikir dan berusaha macam mana nak MENJADI KAYA.

2) Kemudian, mereka berfikir macam mana nak MENGEKALKAN KEKAYAAN yg mereka ada.

3) Seterusnya, mereka berfikir macam mana nak MENAMBAH KEKAYAAN yg sedia ada.

Bila dalam keadaan macam ni, bila manusia tu akan berfikir utk beribadah kepada Allah. Kita takut, kita hanya berfikir WANG.. WANG DAN WANG setiap hari dlm kehidupan kita... Dan akhirnya, wang itu jugalah yg akan menghancurkan kehidupan kita kerana kita lupa diri...

Bila difikirkan hal ni, sy merujuk kepada diri sy sendiri... Sy tak mahu melihat org lain... Sy berfikir.... Dulu masa lepas belajar dan mula kerja.. sy berfikir.. MACAM MANA NAK JADI KAYA... Apa yg aku boleh buat utk kaya... Itu yg sy menceburi bidang business ni. Sebab sy nampak org yg buat business lebih cepat kaya berbanding dengan org yg makan gaji.

Sekarang ni, selepas 5 tahun menjalankan perniagaan... walaupun sy belum kaya... sy dah berfikir2 mcm mana sy nak KEKALKAN APA YG SY ADA... Di samping dok berfikir macam mana nak TAMBAH LAGI apa yg sedia ada sekarang ni... Hmmm.. memang kena la apa yg Al Fadhil Ustaz tu kata.. Nak buat macam mana.. ni memang fitrah dan naluri manusia...

TETAPI.....

Adakah Islam menghalang umat Islam menjadi kaya??? Sesekali tidak.. Islam menggalakkan umat Islam menjadi kaya.. Tetapi.. Biarlah kekayaan itu dicari dengan sumber yg halal... Dan tidak bercampur dengan unsur haram atau syubhah... Dan apa yg lebih penting, jadikanlah kekayaan yg kita ada itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan kekayaan tu menjauhkan diri kita daripad Allah...

Itulah keazaman sy skrg ni... Sy berusaha semoga apa yg sy usahakan skrg ni mendekatkan diri sy dengan Allah. Dan kalau ditakdirkan Allah sy kaya suatu hari nanti.. Semoga sy dpt gunakan harta sy tu utk membantu umat Islam yg lain.. Dan boleh gunakan wang itu utk pembangunan Islam... Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.. Dunia dan akhirat.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top