Assalamualaikum,

Setelah melalui penat jerih mengharungi pengalaman nak renew permit maid. Sy rasa better sy kongsi pengalaman tu dengan semua so that dpt menjadi sket panduan kalau kita nak buat sendiri.

1) Utk renew permit, kena check bila passport expired. Kalau pasport expired dlm tempoh satu tahun ke depan, iaitu sebelum tarikh permit baru expired, so kena renew passport dulu. Utk renew passport, boleh pergi ke Konsulat Indonesia. Sama ada di KL (Jalan Tun Razak) atau di Penang (Jalan Burma) Sebelah Hospital Adventist.

Pastikan kalau pergi, bawa maid sekali dan pergi waktu pagi SEBELUM pukul 11 pagi. Konsulat hanya terima permohonan pada waktu pagi. Waktu petang hanya untuk mengambil passport yg dah siap diproses utk permohonan sehari sebelumnya.

Apa yg perlu bawa. Passport maid dan IC majikan. Kena pergi sendiri. Fotokopi IC majikan, Passport Maid dan Permit Maid. Bawa surat utk permohonan menyambung permit maid utk setahun lagi. Addresskan ke Konsulat Indonesia. Kemudian, minta borang di sana. Passport akan siap keesokan harinya. Dan boleh ambil pada waktu petang.

2) Sekiranya Passport masih valid for the next one year. Tak perlu ke Konsulat Indonesia. Utk maid yg 3 tahun ke bawah. Perlu buat Medical Check Up. Utk buat Check Up, kena register di FOMEMA SDN BHD. Sila check website FOMEMA utk tengok list pejabat yg terdapat di seluruh Malaysia. Utk ke FOMEMA, perlu bawa Passport Maid, Dan Fotokopi Passport Maid dan IC Majikan. Dan isi borang. JANGAN LUPA, BAWA BANK DRAFT ATAS NAMA FOMEMA SDN. BHD berharga RM190 ke sana. CASH tidak diterima. Kita kena pilih Klinik mana yg kita nak pi utk check up maid kita. Pastikan klinik yg kita pilih ada X-Ray facilities. Officer akan bagi satu surat. Then bawa surat tu ke Klinik yg kita pilih. Bawa maid dan passport dia.

3) Selepas 4-5 hari check up, boleh check result di online. www.fomema.com.my bahagian Online Result. Lepas result dah keluar, boleh terus ke Imigresen.

4) Sebelum ke imigresen, bawa Passport Maid, fotokopi passport maid dan permit maid yg terdahulu. Juga fotokopi IC majikan. Kalau fotokopi di Imigresen, setiap helai RM0.50, mahal gila caj. Isi borang dan hantar ke kaunter, permit baru akan siap dlm 30 minit.

PERMIT BARU BOLEH DI RENEW 3 BULAN SEBELUM PERMIT ASAL EXPIRED. BETTER BUAT AWAL. KALAU TAK, NANTI KENA SAMAN RM100. SO, BETTER TAKE NOTE EARLIER.

INSURANS UTK MAID TAK PERLU.

Harap membantu. Wassalam.

3 comments:

  1. Kalu nak renew passport maid kat kedutaan besat republik indonesia, kuala lumpur, pastikan ada insurans....start dari 1.1.2011, kau tak ada dia tak layan, insuran boleh beli kat mana2 pejabat pos, tapi kalau dah tak beli dan nak pergi jugak , bolehlah beli dekat RHB bank dekat2 situ (Jln Tun Razak) RM60 /setahun atau RM 85/2tahun. Kat pos office pun sama harga

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nak tanye, berapa RM utk renew passport maid dekat konsulat?

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top