Assalamualaikum,

Minggu lepas, sy berkesempatan melawat reban ayam kawan sy di Bukit Payung, Pokok Sena, Kedah. Sy ada hal sket di Alor Setar, alang2 dah ada di sana, sy pergilah ziarah kawan sy ni.

Kawan sy ni berasal dari keluarga yg tak lah senang sangat. Berumur sekitar 35 tahun. Dua tahun lepas, dia mula menternak ayam daging selepas mendapat pinjaman dari MARA sebanyak RM250,000. Setahun menternak ayam, hasil yg dia dapat agak mengecewakan. Pelbagai masalah dia hadapi. Dan kesannya, keuntungan yg dia dapat amat tipis dan beberapa kali dia 'miss' banyak loan MARA.

Dia kemudian bertanya kepada staff CP, siapa dikalangan penternak yg dapat untuk konsisten setiap pusingan. Dan boleh kongsi ilmu utk menternak ayam. Dan terus staff CP membawa dia berjumpa sy di Parit Buntar.

Di Parit Buntar dia bersembang dengan sy hampir 2-3 jam. Menceritakan dari A-Z apa yg dia perlu buat dan yg tak perlu buat. Sy ckp kat dia, "Sy hanya cerita apa yg sy buat di sini, so abg kena sesuaikan dengan keadaan di tempat abg. Jgn ikut 100%"...

Dan Alhamdulillah, selepas dia balik ke Alor Setar.... Dia mula mengikut petua petua yg sy berikan. Dan Alhamdulillah. Dia mula memperoleh keuntungan yg memberangsangkan. Maklumlah, dia baru mula menternak ayam... Lepas tu kurang pengalaman, jadi susahla nak mendapat keuntungan yg maksimum.

Dan sekarang, dia dah boleh senyum sket... Hampir setiap pusingan tahun lepas dia dapat RM1 dan ke atas. Alhamdulillah, sy tumpang gembira..... Dan baru2 ni, dia buat permohonan loan sebanyak RMXXX,000 dari Agrobank utk buat reban baru. Kalau sebelum ni dia ternak ayam 28,000 ekor ayam sepusingan. Dengan tambahan reban baru, dia tambah lagi 17,000 ekor ayam sepusingan... So, total ayam dia skrg dah 45,000 ekor ayam sepusingan.

Walaupun hidup susah, tapi abg ni bercita cita besar. Sy tanya dia, "Abg, ayam dah banyak ni.. Bila nak buat rumah baru... ? Kesian sy tengok rumah abg ni.. Kecik sangat".. Dan dia kata, "Firdaus jangan la tanya sy bila nak buat rumah baru, tanya la saya bila nak buat reban baru.. Insya Allah kalau ada duit lepas ni sy nak beli tanah lain dan nak buat reban baru lagi.... " Hmmm.... Alhamdulillah, mcm ni lah yg dikatakan seorang USAHAWAN. Ada duit, dia fikir mcm mana duit tu nak menjana duit lagi...

Bagi sy, abg ni memiliki ciri2 seorang usahawan yg Berjaya. Sebab sy tengok ramai org yg hanya pandai membelanjakan wang.. .Tapi dia tak tahu pun nak mencari wang.... Dan ramai yg salah langkah dlm business sebab terlalu 'mewah' berbelanja sedangkan pendapatan tak seberapa. So, kepada org2 di luar sana, sy nasihatkan.... Berbelanja lah dengan sederhana. Seperti yg disyorkan oleh Islam iaitu Bersederhana Dalam Kehidupan...

Dlm entry ni, sy letakkan sket gambar reban ayam brother ni. Utk dikongsi bersama...

Reban ayam yg baru buat.... Saiz 300'x50'.

Stor simpan makanan.

Pandangan sisi reban baru.

Gambar dalam reban baru. Menggunakan sistem manual utk makanan dan automatik utk minuman.

Gambar reban lama....

Inilah rumah abg tu yg sy maksudkan. Sy kagum mereka sekeluarga boleh duduk dlm rumah sekecil ini. Dan mereka sekeluarga rasa selesa. Inilah yg dikatakan 'BARAKAH'. Benda yg kecil kita rasa besar, benda yg sket kita rasa banyak... Ada org dah tinggal di rumah yg besar, tapi rasa rumah tu sempat. Ada org yg tinggal di rumah yg selesa, tapi dia rasa tak selesa. Itulah tanda-tanda hidup dia jauh dari barakah..... Nauzubillah...

Antara pengalaman ngeri yg dia lalui. Jalan masuk ke reban dia putus sebab air banjir.... Dan lori tak boleh masuk ke reban. Akibatnya, dia terpaksa angkut 200 beg makanan dengan motor ke reban..

Jalan yg terputus tu..

Tara.... Cabaran terhebat. Lori terbalik akibat tanah lembut di kawasan tu...

Banyak dedak yg basah akibat terjatuh ke dalam kawasan bendang. Dan banyak beg yg terpaksa di buang sebab dah tak boleh guna lagi...
.
Inilah cabaran... cabaran yg terpaksa di hadapi oleh penternak penternak baru sebelum mencapai tahap matang dan mampu utk beroleh pendapatan yg lumayan dlm industri ni... So, kepada mereka2 yg berminat dlm industri ayam ni, pastikan ada mempunyai kekuatan fizikal, mental dan kewangan yg betul2 kuat.... Sebelum terjun ke dunia ni...
Insya Allah, sy mendoakan kita semua berjaya dlm bidang yg kita ceburi... Amin...
Wassalam

2 comments:

  1. wah.. kagum la dengan abg nie.. walaupun die jadi tokey ayam tp die x manjekn diri dengan kesenangan.. contoh teladan yg bagus.. semoga abg nie berjaya...

    ReplyDelete
  2. Firdaus..saya nak mintak tolong urgent.. boleh tak saya nk kenal ngan kawan firdaus yg buat reban ni saya nak tanya dia mana dia dapat kontraktor untuk buat reban yg kos murah.. saya duk area Sg petani. kontraktor saya yg nak buat reban tu dia senyap pulak.. kol pon dah tak berjawab.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top