Assalamualaikum,

Hari ni sy nak cerita sket pengalaman nak me'renew'kan permit maid sy yg dah nak expired. Dua minggu sebelum ni, sy agak sibuk dan tak sempat nak uruskan buat passport maid sy. Passport dia akan expired 14 Jan ni. Sy ingat bila dah nak expired baru kita boleh renew passport dan permit, rupa2nya permit ni kita boleh renew sebelum 3 bulan expired.

Mula2 sy ingat simple aja. Just buat FOMEMA dan kemudian ke Imigresen.. Done.. Sy tak sedar yg passport maid sy akan expired hujung tahun 2011. So, sy tak boleh renew dia punya permit. So, sy kena buat passport baru utk maid sy so that she can stay longer here.

Perancangan awal, sy nak suruh agen aja buat. Tapi sebab without renew passport pun, tahun lepas agen caj dekat RM200, so atas nasihat kawan.. Sy buat la sendiri. Dia pun bagi tau step2 yg sy perlu ikut.

Hari Selasa lepas, sy ada sedikit kelapangan.. Sy keseorangan menuju ke Konsulat Indonesia di Penang utk renew passport maid... Semasa sy di Juru, sy teringat. Macam mana sy nak renew passport kalau sy tak bawa maid datang sekali. .Aduh.... Baru terperasan yg sy perlu bawa maid sekali ke Konsulat Indonesia tu..

Sy call kawan utk kepastian. Dan CONFIRM. Memang sy perlu bawa maid pun. So, sy patah balik ke Parit Buntar.. Tapi, kawan sy cakap jgn pi waktu petang sebab waktu petang hanya utk pengambilan passport. Pendaftaran utk renew passort hanya waktu pagi. So, sy cadang utk ke sana hari Rabu.

Petang Selasa tu, sy dpt call dari abg sy di KL. Emergency, kami sekeluarga perlu ke KL hari Rabu for a day trip. So, sy terpaksa cancelkan plan nak ke Konsulat Indonesia hari Rabu. Rabu pagi sy ke KL dan Rabu petang balik ke Parit Buntar.

Pagi Khamis, sy plan nak ke Konsulat Indonesia di Penang bersama maid sy. Tapi, awal pagi sy ada urusan di Sg Bakap yg perlu disegerakan. Selepas selesai urusan di Sg Bakap sy balik ke rumah utk bawa maid ke Penang..

Pukul 10.30 pagi sy tiba di Penang. Tapi sy tak tahu tempat Konsulat tu. Sy cek kat internet Konsulat terletak di Jalan Burmah. Dan sy dah sampai di Jalan Burmah, tapi tak jumpa pun Konsulat tu. Then sy teringat, a day before sy cek Konsulat terletak bersebelahan Adventist Hospital. So, sy buka Garmin dan terus ke Adventist Hospital.. Dan pukul 11 pagi sy tiba di Konsulat.

Sy terus ke kaunter utk ambil nombor giliran. Staff tu terus maklumkan dokumen yg sy perlu sediakan. Dan selepas sy, ada lagi seorang yg ambil nombor giliran.. Dan kemudian... TERUS COUNTER CLOSE.. Sy bersyukur, sy hanya beberapa minit awal. Kalau tak, Susah la... At least sy sempat ambil nombor utk urusan application hari Khamis tu.

Pukul 11 pagi kami sampai, pukul 3 petang baru nombor giliran kami sampai. Pergh... setelah 4 jam menunggu baru sampai giliran. Dan Allah nak uji lagi, bila tiba turn maid sy utk ambil gambar, FUHHH... Kamera pulak rosak. Adoyai.. Terpaksa tunggu 20 minit lagi sementara menunggu staff repair kamera tu... Jam 3.30 petang urusan selesai dan kami pulang... Dan yg meletihkan, passport tak boleh siap pada hari yg sama. Dia suruh datang hari Jumaat petang selepas pukul 3.

So, hari Jumaat, selepas solat Jumaat sy bergerak ke Penang dengan seorang kawan utk temankan. Sy dah letih sangat. Dalam 2 minggu ni, banyak masa sy ada dlm kereta. Drive ke sana dan ke sini... Mcm2 urusan... So, bila ada kawan tak la rasa boring sangat.

Kami tiba di Konsulat jam 3.30 petang. Selepas tu, sy perlu menuju ke FOMEMA utk register HEALTH screening for my maid. Sy tiba di BANGUNAN FOMEMA pukul 4 petang. But before register FOMEMA, sy perlu buat BANK DRAFT utk bayaran FOMEMA. Sy berlari lari anak menuju ke bank dikawasan sekitar utk buat bank draft.

DAMMM... Sy sampai ke MAYBANK, bank dah tutup. Jam menunjukkan 4.10 ptg. Dan Bank tutup pukul 4.00 petang. Fuh..... Sy mula pucat. Dan kemudian sy ternampak Bank HSBC di seberang jalan, sy lari ke sana. Dan HSBC pun tutup pukul 4.00 petang. Kemudian, sy nampak Bank Standard Charted, sy berlari ke situ. DAMMM.... Bank ni tutup lagi awal pukul 3.45 petang... Jam masa tu pukul 4.15 petang... Sy dah cuak.. KALAU TAK BOLEH DAPAT BANK DRAF, SY TAK BOLEH REGISTER FOMEMA.. DAN SY PERLU DATANG LAGI HARI ISNIN... ADUH... DAH PENAT ULANG ALIK KE PENANG...

Sy pandang sekeliling... Nampak Ambank jauh sket. Terus sy berlari ke Ambank.. Dan bersyukur sgt2, bank tak tutup lagi. So, sy pun terus ambil no utk buat Bank Deraf. Pukul 4.35 petang, baru urusan sy utk dptkan BANK DRAF selesai.

Sy kena lari balik ke FOMEMA office utk register. Sy dah mula takut, jangan la FOMEMA ni tutup lagi.. Dan Alhamdulillah.. Sy sempat. Tapi, sy perlu pilih Klinik utk buat check up. Dan sy pilih satu klinik di Parit Buntar... Sy sangka sy akan sempat buat check up waktu petang atau malam hari Jumaat. Tapi, segala2nya terlewat.

Bila sy keluar dari pejabat FOMEMA, jam dah pukul 5 petang... Dan waktu ni kereta amat jammm.. Berduyun2 kereta que di Feri utk ke Seberang. Kena tunggu dlm 20 minit di Terminal Feri. Naik Feri dan hanya tiba di Seberang Perai sekitar pukul 6 petang. Meletihkan... Tapi, Alhamdulillah.. get the job done...

Dan hari ni, Sabtu, sy call Klinik utk buat check up utk maid sy.. Sekali lagi.. Allah nak uji.. Doktor pulak tak dak di klinik.. Dia suruh pi hari Isnin pagi. 9.30 pagi... Adoyai... Sy makin kesuntukan masa. Biasanya akan ambil 4-6 hari utk dpt report check up.. Dan SY MESTI ke imigresen utk renew permit before hari Jumaat ni. Aduh... Sy doa moga semuanya sempat dan berjalan lancar. Amin...

So, please pray for me. Hari Isnin pagi ke Klinik utk check up. Once dpt result, teruske Imigresen for registeration. Moga Allah permudahkan.. AMin..

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top