Assalamualaikum,

Malam tadi, sy menerima satu panggilan telefon daripada sahabat sy. Dia antara seorang sahabat yg rapat dengan sy.

Dia nak minta tolong daripada sy, dia kata dia nak letakkan nama saya sebagai penama untuk satu 'aset' yg dia nak beli. Nama pemilik, memang nama dia, tapi nama saya sebagai pewaris sekiranya dia 'meninggal'.

Dia kata, dia sebenarnya nak infakkan duit tu untuk Islam selepas dia meninggal nanti. So, dia kata sekiranya ditakdirkan dia meninggal, dia kata tak perlulah sy maklumkan kepada keluarga dia yg dia ada 'aset' tu. Cukup sekadar sy pergi claim dan kemudian, gunakan duit tu sebaik mungkin untuk diinfaqkan kepada Islam.

Dia meminta sy gunakan duit tu utk bantu mana2 sekolah agama yg memerlukan bantuan. Atau sebarang perkara yg boleh membantu menaikkan nama Islam di mata dunia...

Selepas berbincang, sy bersetuju untuk menjadi 'pemegang amanah' sekiranya berlaku sesuatu kepada beliau.

Sy terharu sebab skrg ni, sy bertemu dengan ramai org yg berfikir... "Apa yg aku boleh sumbangkan untuk Islam...?" Dan dia ni salah seorang yg berfikir macam tu... Sy kagum... Mudah2an segala usaha dan kerja dia diberkati Allah dan diredhai Allah.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top