Assalamualaikum,

Sambil menonton bola sepak final Malaysia vs Indonesia, update blog sket la. Skrg ni, agak sibuk. Tak sempat nak rehat. Badan pun penat2... Terlalu sibuk...

Pagi semalam, dari awal pagi sy ke Kulim, kemudian ke Serdang. Tengah hari sampai rumah. Then makan tengah hari ,terus ke Taiping. Petang balik. Lepas tu ada tetamu datang ke reban nak tanya pasal ayam..

Lepas tu hari ni, awal2 pagi sy terus ke Alor Setar, mula mula ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah di Jalan Tun Abdul Razak. Kemudian, sy ke Pokok Sena utk visit kawan yg menternak ayam. Dia ternak 46 ribu sepusingan. Lepas tu, makan tengah hari. Then terus ke Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah di Jalan Sultan Badlishah, Bangunan Sultan Abdul Halim. Fuh...... Seharian sy di sana. Dengan keadaan jalan di Alor Setar yg jammm teruk akibat construction. Dah la sy bawa kereta manual, aduh.. Bila sampai ke Parit Buntar pukul 5.30 pm, kaki dah menggeletar. Sebab terlalu banyak main clutch dan minyak. Jalan jammm teruk hari ni. Dengan keadaan hujan yang menyukarkan pemandangan... Tapi, Alhamdulillah, tugas2 sy di Alor Setar tercapai hasratnya...

Ayam di EP11 dah umur 8 hari, semalam masa timbang berat jantan 203g dan betina 197g. Alhamdulillah... So far so good. Sy tak sempat lagi nak tengok ayam di EP07. Esok pagi la visit... Tadi sebab sy dah gi visit reban ayam kawan, so malas nak tengok ayam sendiri hari ni.

Dlm perjalanan ke Alor Setar, sy rasa boring. So, sy ambil kesempatan utk call kawan sy Ramachandran yg ternak ayam di Bukit Selambau. Dia ternak 13,000 ekor ayam sepusingan menggunakan sistem terbuka dengan syarikat CAB. Dia dulu mula2 ternak ayam belajar dengan sy jugak.. Kira cikgu call anak murid la.

Bila tanya dia macam mana ngan ternakan dengan CAB. Dia kata so far dia happy dengan CAB. Dan keuntungan memuaskan. So, dia memang tak mau tukar ke company lain la. Stay dengan CAB dia kata. Dulu brother ni kerja kilang, then berhenti dan bela ayam. So, sy tanya la. "Abg menyesal tak berhenti kerja dulu utk bela ayam".. Dia kata, "Huh.... menyesal apa.. Seronok lagi ada... Dulu masa kerja asyik dok kena maki ngan org aja.. Gaji serupa tu jugak. Tapi sekarang ni bila kerja sendiri income lebih dari dulu. Dan skrg dia pun dok plan nak besarkan lagi ternakan dia. Tengah plan nak beli tanah dan buat reban baru...

Bunyi macam seronok la kan... Seolah2 org bela ayam untung banyak.. Lepas tu sy sembang lagi la dengan dia. Dia cerita pasal penyakit ND yg sedang serang banyak ayam di Utara. Macam yg Okaz kata, kena sampar ayam. Dia kata ada kawan dia yg bela ayam 36,000 ekor tapi boleh jual 12,000 ekor saja. Lagi 24,000 ekor ayam mati akibat sakit. Lagi seorang, bela ayam 16,000 ekor tapi boleh jual 4,000 ekor sahaja.. Fuhh... Nauzubillah. Jangan la ND ni serang ayam di reban ayam sy dan direban kawan2 yg sy kenal...

Anyway, lusa sy nak kena buat Vaksin ND kepada ayam sy. So, ni kira langkah pencegahan utk elak penyakit ND. Mudah2an usaha kita ni diberkati Allah dan dipermudahkan. Dan dijauhkan dari mala petaka atau bencana...

So, kepada yg nak belajar pasal ayam.. Nak tahu pasal ayam. Jangan dengar side untung aja. Tapi kena dengar dua2 side... Then buat pertimbangan sewajarnya.... Kalau bela ayam untung besar, dah tentu ramai org yg nak ternak ayam.. Tapi hakikatnya... hmmmm....

Oklah... till then... Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top