Assalamualaikum,

Ayam di EP11 dah habis dijual. Ayam di EP07 pulak hari ni tinggal lagi 600 ekor. Insya Allah pukul 2 petang ni lori terakhir akan datang utk habiskan ayam ni.

Ada satu masalah sebelum ni, jalan masuk ke reban ayam sy ada problem. Ada tempat tu jalan dia macam pecah. Tanah jatuh ke parit. Dan sy dpt call dari CP cakap akan ada lori besar yg akan datang utk ambil ayam di reban ayam sy. So, terus sy takut sebab dulu dah pernah sekali lori besar sangkut kat sini. Tayar terbenam. Di tempat yg sama. Kesannya amat teruk sekali. Dan skrg ni bila tengok keadaan tanah tu yg jatuh, sy takut perkara sama berulang lagi. So, sy kena buat tindakan pantas.


Dulu, pernah satu lori tayar belakang terbenam kat sini. Dah la lori besar. Kena panggil kren angkat. Kos kren lagi, kos nak repair jalan lagi. Dan macam2 risiko lagi. Kalau lori terbalik masuk parit, lagi masalah. So, melihat keadaan tanah yg dah jadi macam ni, sy terpaksa buat sesuatu.
Terus sy pergi beli kayu bakau utk pacak ke tepi parit tu utk kukuhkan jalan tu. Punyalah susah nak cari kayu bakau. Semua hardware tak dak stok. Satu hardware ni ada stok tapi jual mahal. Terpaksa gak beli sebab kes emergency.

Mula2 kena pacak dulu kayu bakau ni ke dalam parit...

Then, kena tempah back hoe pulak utk cucuk kayu bakau ke dalam parit ni...

Kayu bakau yg dah hampir siap. Then, bubuh zink kemudian masukkan tanah merah pulak. Nampak macam simple, tapi kos semua ni hampir mencecah RM410. Fuhh.. tapi tak pa, keluarkan duit utk repair jalan ni sket lagi baik daripada tunggu lori terbalik masuk parit. Lagi rugi banyak.

Dan, seperti yg dikatakan CP, dua buah lori besar 332 bakul datang ke reban. Masa lori masuk sy tak takut. Yg sy takut masa lori nak keluar.

Dah siap tangkap ayam. Lori mula bergerak keluar dari reban. Fuh... Berdebar2.. Masa yg dinanti2kan tiba.. Rasa cuak melanda... Janganla lori ni terbalik di tempat tu...


Sy terpaksa guide lori tu masa dia lalu tempat tu. Dan Alhamdulillah, berjaya lalu dengan selamat... Dan masih ada jarak 2 kaki dari tempat tanah runtuh tu... Lori ni berat hampir 24 tan...

Dan Alhamdulillah, keluar dengan selamat ke jalan raya utama... Bayangkan, satu lori ayam ni bawa 3400 ekor ayam dengan harga sekitar RM34,000. Bayangkan apa terjadi kalau lori ni terbalik masuk dlm parit. Nauzubillah... Dan Alhamdulillah. Selamat...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top