Assalamualaikum,

Dah lama tak update cerita pasal ayam. Sebabnya, terlalu sibuk minggu ni. Minggu ni uruskan jualan ayam. Dah la sy sedikit tension sebab ayam di EP11, yg jantan tak berat. Menambahkan lagi tension dan tak update blog.

Ayam di EP11 dah habis. Kali ni masuk 19,000 ekor ayam. Semua dah habis dijual. Average weight ayam di reban ni 2.10kg sahaja. Terlalu ringan kalau nak dibandingkan dengan pusingan2 sebelum ni. Tapi, Alhamdulillah, still not too bad.

Kalau sapa yg bela ayam, akan tahu result kalau dpt macam ni. Average weight 2.10kg. Mortality 1.5% dan FCR 1.60. Rasanya, not soo bad la.

Kalau diikutkan cerita sy dlm blog ni dari awal pusingan ni, ayam di reban ni memang bermasalah. Ayam jantan tak mau membesar dan makan terlalu kuat. Sedangkan ayam betina pulak terlebih berat tapi makan kurang. Macam mana bleh jadi macam ni.

Bila dah habis ayam jual, baru sy tahu apa puncanya ayam di EP11 ada masalah. Sy masuk anak ayam 19,000 di reban ni. Sepatutnya, ayam jantan di bawah akan ada 9000 ekor dan ayam betina di tingkat bawah ada 10,000. Ini yg sepatutnya. TAPI, bila sy jual ayam. Ayam jantan di bawah ada 12,000 ekor ayam dan ayam betina ada 7000 ekor sahaja di tingkat atas. DAMMMM....

Macam mana boleh jadi macam ni. Dah 5 tahun sy bela ayam, tak pernah pun jadi macam ni. Biasanya, kalau plan 9000 ekor satu tingkat, sy akan pastikan 9000 ekor satu tingkat. Tapi kali ni macam mana sy boleh tersalah masuk anak ayam masa datang. Sy termasuk lebih anak ayam di tingkat bawah dan terletak kurang anak ayam di tingkat atas. Masa anak ayam sampai, sy tersilap letak 12,000 ekor anak ayam di tingkat bawah dan 7000 ekor anak ayam di tingkat atas.

Till now, sy masih tak percaya this could happen. How on earth I could make such mistake. This silly mistake cost about RM5000-RM7000. Supposingly, I will gain more profit. But because of this stupid error, the profit is less. What to do, Allah know's best. So, redha seadanya.

Bila dah habis jual ayam, baru sy sedar kenapa ayam jantan selama ni tak mau membesar. Macam mana nak besar, ayam jantan sebanyak 12,000 ekor berkongsi makanan yg sy plan utk ayam 9,000 ekor. Bila makan, ayam terpaksa berebut2. Dan makanan sentiasa tak cukup. Tu la puncanya ayam tak memberat. Lagi satu, ayam tu terpaksa hidup berhimpit sebab sy masuk terlalu banyak ayam dlm tingkat bawah.

Dan terjawablah juga persoalan kenapa ayam betina berat tapi makan tak habis. Ayam betina hanya ada 7,000 ekor ditingkat atas, sedangkan ayam ni makan utk kapasiti ayam 10,000 ekor. Sebab tu la, ayam ni terlebih makan dan berat. Dah la tu, ayam ni berada dlm keadaan yg amat selesa sebab ruang ditingkat atas lebih besar sebab ayam masuk kurang...

Nak buat macam mana... Masa lori anak ayam datang, driver lori kira... Then sy kira. Then pekerja sy pun kira. Just to make sure everything is right. Tapi, nak buat macam mana... Dah ditakdirkan Allah... Kena terima seadanya dan redha...

So, skrg tinggal ayam di reban EP07 saja lagi. Pagi tadi dah tangkap dua lori hantar ke Penang. Dan lepas solat Jumaat, tunggu 3 lori dari Kelantan utk datang.

Ayam di EP07 memang superb..... Berat Terlampau. Setakat ayam yang dah jual sebanyak 13,000 ekor average weight dlm 2.51kg. Tapi, sebab ayam yg tinggal di reban skrg banyak betina, sy estimate lepas habis semua ayam jual, average weight sekitar 2.43kg per bird. Dan kalau dpt berat macam ni, perghhh... superb performance....

Di EP07, ayam yg dah dijual jantan average sekitar 2.6-2.7kg. Betina pulak semua above 2.3kg.

Rasanya, cukuplah dulu entry setakat ni. Nanti sy sambung lain kali.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top