Assalamualaikum,

Hari ni sy menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik sy di Parit Buntar. Ni gambar pasangan yg pertama. Razi.

Pengantin baru keluar dari kereta

Pasangan mempelai baru tiba. Sessi bergambar seketika. Razi bekerja di Penang dan wife dia kerja di KL dan ada kontrak lagi 3 tahun.. Hmmmmm.... Makan pasir la hang Razi.... Sabar yer kepada kedua mempelai yg baru kawin ni...

Sahabat2 lama yg turut hadir. Dari kanan, Tuan Haji Saufi Al Hafiz, Kamarul, Mazri dengan anaknya, Saya dan Pasangan Mempelai. Sebelah kiri tu sy tak kenal la...

Then, sy dah Saufi pergi ke kenduri kawan sekolah rendah kami yg seterusnya di Dewan Seri Kerian. Pasangan Fairus dan Hanif. Rasanya, kalau dapat anak lelaki diaorg pasti namakan Haniffa. Sambungan kedua2 nama...
.
So, kepada kedua2 mempelai, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan sehingga ke syurga. Dalam hidup, mesti ada banyak tolak ansur. Terima pasangan kita seadanya. Jangan tanya apa yg kita akan dapat dari pasangan kita, tapi tanyalah diri kita.. Apa yg kita boleh bagi kepada pasangan kita.... Kalau kedua2 berfikir macam tu, baru lah rumah tangga aman bahagia... Chewah... Macam bagus aja..
.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top