Assalamualaikum,

Sy ada dapat 3 emel yg tanya saya pasal ayam ni... Untuk memenuhi permintaan pihak yg emel sy, sy jawab di sini utk manfaat lebih banyak pihak...

EMEL PERTAMA:

Salam en. firdaus,
saya berminat tentang projek ayam..boleh share design or contact no integrator or supplier tok reban..
Terima kasih

JAWAPAN SAYA:

Simplenya soalan ni, tak introduce pun... Nak buat kat mana.. Budget berapa... Tiba2 datang soalan macam ni... Tak pa la. Jawab jugak la..

Sebenarnya, sy boleh bagi no phone integrator dan supplier. Sy memang no problem. Tapi sy cuma nak menceritakan luahan hati integrator dan supplier kepada sy. Bila org minta no phone dan sy terus bagi.

Ayat dia org, "Firdaus. You only give them my number if they are really interested in this field. And they are serious. Otherwise, you pandai pandai la"....

Bagi sy, kalau nak contact integrator dan supplier ni, tolong la hanya bagi yg betul2 berminat aja. Sebab, bila saya yg bagi no. Integrator dan supplier ni akan tanya, siapa yg bagi no. Then, cakap Firdaus yg kasi nombor. Then, tengok2 tak serius nak buat.. Cuma saja aja nak tahu. Then, decide to contact integrator dan supplier... Last2 dia org ni ada bad impression terhadap sy. Dia org akan kata, "Alah, kalau Firdaus yg kasi, belum tentu serius"....

Biasanya, sy hanya akan bagi nombor2 mereka kalau betul2 serius. Tapi, hari ni sy letakkan nombor mereka dlm blog ni. Tapi sy mohon, tolong la beri kerjasama kepada sy dan mereka. Kalau tak betul2 serius. Tolong jangan call...

Untuk integrator CP, boleh call Along. 016-5213323. Dia General Manager CP satu Malaysia. So, kalau tak serius, jangan call dia ok. Kalau anda serius, he is more than willing to help you. Trust me, he is a very nice guy...

Untuk supplier, Cumberland. Boleh call Sales General Manager dia. Mr Ho. 012-4203319.

And again, sy dah tolong bagi contact. Tapi, kalau tak betul2 berminat.. Jangan call ok. Kalau nak info pasal ternakan ayam, lebih baik contact penternak sendiri. Dan mereka akan cerita lebih detail. Dah cukup info dan kemudian berminat, baru contact dia org..

EMEL KEDUA:

Terlebih dahulu sy ucapkan tahniah dlm kejayaan saudara dlm ternakan ayam.

2) Sebenarnya sy cuba menolong rakan dlm mencari data dan cara untuk menternak ayam. Akhirnya sy pun terjebak sama. Dgn maklumat yg ada dlm blog saudara byk ilmu baru yg sy dapat. Dalam minggu ini habis belajar dari internet dr belajar simenfero, bokashi, hidroponik dan akhirnya ternakan ayam.

3) Saya ingin bertanyakan soalan, modal permulaan ternakan ayam lebih2 lagi dgn integrator adalah min 10,000 ekor dan kosnya adalah dr 150k-200k. Kos tersebut amatlah tinggi. Dari buat paperwork, mhn pinjaman yg blm tentu lulus. Tiadakah cara yg sesuai buat sy yg tidak tahu apa2 ni nak mulakan ternakan ayam?

4) Telah habis blog saudara sy baca. Tp setakat ini tiada catatan tentang penggunaan poultry management software digunakan. Care to share? Mungkin saudara bole tlg review ckit software percuma ni di http://www.poultry.uga.edu/poultrysoftware.htm dan cara membuat reban http://www.ag.ndsu.edu/extension-aben/buildingplans/poultry dan akhirnya buat satu teknik DIY Bagaimana menternak ayam dengan kos yg rendah.

Terima kasih

JAWAPAN SAYA:

1) Sebenarnya, kalau nak ternak sekitar 10,000 ekor ayam, memang perlu sekitar RM150,000-RM200,000 tak termasuk kos tanah. Dan tak dak cara lain dah. Kalau nak 'terjun' dalam industri ayam, kena bersedia dengan kos yg tinggi. Sy pun tak tahu nak buat cam na lagi, sebab dah mcm tu kos dia... Lain la kalau nak pakai tiang batang pinang, lantai buluh.... Kalau nak pakai arang second hand pun, tak murah pun...

2) Sy dah cek software tu, tak membantu sy pun. Lagipun, software tu lebih kepada nak buat reban di US. Dan di Malaysia, sy dah agak arif dari segi teknik ternakan dan pembinaan reban. So, sy tak rasa software tu membantu...

3) Pada pandangan sy, kalau sesiapa yg buat reban ayam dia tak proper... Asyik nak jimat aja. Nanti reban dia tu akan ada problem. Ayam yg diternak tak boleh membesar dengan baik. Dan untung pun sket aja... So, kalau nak buat reban. Make sure reban tu 'sempurna'.

EMEL KETIGA:

Assalamulaikum,

Firdaus ayam saya cycle yg baru lepas abis tangkap 1.12.10, next cycle masuk 24 & 25.12.2010, 100,000 ekor. Patut masuk 20.12.2010 oleh kerana ada masalah air tu hari dgn Ayamas suruh masuk jugak reban baru tu yg asik tukar tarikh, dah tu reban cina pakat tak mau masuk ayam sekarang depa kata, nanti tangkap kena raya dia.

Result cycle yg baru lepas ni Alhamdulillah, yang paling tinggi saya dapat setakat ni dan yg paling tinggi kat Sedenak sekarang antara 8 penternak. Cousultant punya result pun saya dapat potong.

Terima kasih banyak awak berkongsi pengalaman dengan saya. Blog awak ni saya suka sangat baca, kira yg terbaik saya jumpa cerita pasal ayam. Hari2 saya bukak blog awak.

JAWAPAN SAYA:

Salam,

Alhamdulillah, sy tumpang gembira atas kejayaan Abg. Cuma satu sy ingatkan, sentiasa bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan kepada kita. Kalau kita bersyukur, Allah tambah lagi... Kalau tak bersyukur, takut nanti Allah tarik balik.. Nauzubillah...

Dan jgn lupa bayar zakat hasil keuntungan yg Allah bagi. Bagi setiap rezeki yg Allah kurniakan kepada kita, ada hak org lain juga dlm tu.. So, kita kongsi bersama dgn org2 yg kurang berkemampuan..

Lagi satu, kalau boleh, bantu la sahabat2 abg yg lain di sana yg ternak ayam... Sekadar termampu.. Kita bagi semua org untung.. Bagi semua org seronok.. Biar lebih ramai org kaya.. Dan kita boleh bantu org yg kurang mampu..

Mudah2an, usaha kecil kita ni diberkati Allah..

* Rahsia nak untung besar. Setiap hari.. Doa macam ni. "Ya Allah, aku memohon kepada Mu, berilah keuntungan yang besar kepada sahabat2 aku yg menternak ayam, jauhilah mereka dari sebarang masalah dan beri yang tebaik kepada mereka"... Bila kita doa macam ni, dan sahabat2 kita tak tahu yg kita doa untuk mereka.. Akan ada para malaikat yang mendoakan perkara sama untuk kita. Dan yakin lah, doa para malaikan adalah lebih mustajab berbanding doa kita untuk sahabat kita tu.. So, fikir2kan lah. Dan selamat beramal..

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top