Assalamualaikum,

Semasa sy menunaikan umrah pada April 2010, salah seorang sahabat yg sy baru kenal masa berada di Mekah adalah Dr Mohd Nazri Yazid. Dia adalah seorang Dr Pakar Sakit Puan di KL. Financially, memang sgt kukuh. Masa dia pergi menunaikan Umrah bersama sy, itu adalah kali ke-4 beliau menunaikan Umrah. Tapi, beliau belum menunaikan haji.. Dan antara hajat yg dia doakan semasa di sana, adalah dia nak tunaikan haji pada tahun ni. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dia.. Dia dapat tunaikan haji pada tahun ini.

Semasa di Mekah bersama sy dulu, sy nampak Dr Nazri seorang yg hebat. Dari segi amalan, superb.. Beliau memang selalu datang awal ke Masjid. Ibadah 'wajib' bagi dia, adalah Tawaf Sunat. Setiap hari dia akan tunaikan tawaf sunat sekurang2nya 5 kali. Setiap kali selepas solat dia akan buat tawaf sunat... Dan dia akan guna kesempatan yg ada utk menderma. Mana2 jemaah yg kekurangan wang, dia bantu. Dan dia juga banyak sumbang Al Quran utk Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi...

Baru2 ni, beliau menunaikan haji. Dan semasa di sana, sy sering meminta beliau doakan kepada sy kesejahteraan kami semua di sini. Dan sy minta dia doakan di depan Multazam, moga Allah menjadikan sy seorang jutawan bertakwa sebelum berumur 35 tahun... Dan minta Allah permudahkan urusan ayam sy sebab bela ayam ni memang banyak masalah. Dan Alhamdulillah, pusingan lepas sy dapat harungi cabaran dengan dipermudahkan Allah...

Tiba2, dia minta alamat rumah sy ketika dia masih di Mekah. Sy pun bagi la.. Sy ingat dia saja la nak beli apa2 utk sy.. Sebab sy memang tahu dia memang tak bermasalah dari segi kewangan.... Dia hanya berusaha utk membuat pahala dengan duit yg dia ada.... 3 hari lepas tu... tanpa diduga.. Sy menerima sesuatu dari beliau yg dipos ke alamat rumah sy..

Ni yg mahal ni, tengok SHIP to: FIRDAUS (JUTAWAN AYAM)... Masya Allah.. belum jutawan lagi Dr..... Jauh lagi perjalanan nak jadi jutawan... Tapi, ni Doa dari sahabat.. so sy Aminkan aja lah...
* Tak perlulah telefon sy guna no phone kat situ, no phone tu ada yg tersilap..
Sebotol air zam zam 10 liter yg dipos khas kepada sy.... Alhamdulillah... Syukran Jazilan kepada Dr Nazri. Semoga Allah memberkati dan merahmati beliau sekeluarga..

Dan selepas sy dpt hadiah ni, sy memanjangkan pahala beliau dengan memberi sedikit air zam zam ni kepada jiran2 sy disini. Keutamaan diberi kepada mereka yg ada anak kecil dan masih belajar dan kepad org sakit.. Moga membantu mereka...
.
Apa yg sy nampak, masih ada lagi hari ni org yg berfikir apa yg aku boleh sumbang kepada org lain.. Tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada org tu... Sebab bagi sy, sumbangan Dr Nazri ni memang ikhlas.. sebab kami hanya kawan sahaja pun... Dan tak sangka dia akan pos air zam2 ni ke rumah sy. Sebotol 10 liter berharga RM120.... Perghhh..
.
Apa2 pun, terima kasih diucapkan... Moga Allah memberkati dan merahmati.. Amin..
.
Wassalam

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    Itu la ertinya sahabat...
    Walau sekali jumpa, ukhuwah tetap terpahat...

    - Senduduk P -

    BalasPadam
  2. Salam ya Akh Firdaus,

    Mabruk, alf mabruk! Dengar cerita, sedap hati. :)

    wassalam

    Amzari

    BalasPadam
  3. Salam Firdaus..bertuah awk dpt kenal DR nazri...beliau mmg murah hati..sy kenal beliau dr aug'08 lg sbb sy pegi treatment dgn beliau smpi la menagdung n bersalin die yg operate last dec 2011.. ;)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top