Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi dari blog ni, hari ni update gambar sambutan Hari Raya Aidiladha di Parit Buntar. Tahun ni, abg dan adik sy balik ke Parit Buntar utk beraya di sini. Ni gambar2 sambutan hari raya di sini.

Farees berbaju biru dengan sepupu2nya.... Dari kiri, Adam, Farees, Ammar dan Yusuf.
Para jemaah sedang bertakbir di surau pada pagi hari raya.

Pada hari raya kedua, acara korban lembu dijalankan. Majlis bermula pada pukul 7 pagi.

Sy bertakbir dan bertasbih sebelum menyembelih lembu.

Sy sedang menyembelih lembu. Pengalaman yg mengerikan sembelih lembu ni. Sebabnya, masa sy sembelih lembu ni memberontak dan org yg pegang kaki lembu terlepas. Lepas tu lembu meronta sedangkan sembelihan tak habis lagi. Fuh.... sy terpaksa bertahan dan Alhamdulillah, selepas bergelut, berjaya juga sembelih lembu ni dengan sekali sembelihan.

Lembu yg disembelihah siap sedia utk dilapah kulitnya.

Daging lembu yg siap dipotong dan sedia utk diagihkan kepada penduduk kampung.

Perut dan usus lembu.

Kulit lembu yg digunakan utk membuat gendang.

Dalam masa yg sama, pemuda memasak sup tulang dan nasi putih.

Acara paling penting, membersihkan balik kawasan surau.

Pemuda menyental periuk yg digunakan utk memasak.

Sebelah petang, sedikit kenduri tahlil dan akikah diadakan di rumah sy. Kenduri kecil2an saja.

Selepas bertakbir, bertahlil dan berdoa. Tetamu menjamu selera.

Tetamu sedang mengambil juadah.
.
Itu lah saja gambar yg dpt dikongsi. Sambutan hari raya di sini.. Sederhana tapi meriah... Alhamdulillah semuanya selamat...
.
Wasssalam

1 ulasan:

  1. Wahh cayalah Firdaus.. sembelih lembu tuh..Kalau camni esok akak nak korban, akak cari Firdauslah ye.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top